Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Tuesday, October 19, 2010

Pendaftaran 2011

Assalamualaikum

Alhamdulillah , Selawat Serta salam ke atas Junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W.

Pusat Tahfiz Al kholidi membuka pendaftaran bagi kemasukan 2011 dan syarat kemasukan adalah seperti berikut :

1. Lelaki berumur 11 hingga 15 Tahun pada 2011.

2. Boleh membaca Al Quran

3. Boleh membaca dan menulis Rumi dan Jawi

4. Lulus Temuduga

Al Kholidi memberi tumpuan kepada hafazan dan kuliah kitab fardu Ain dan pengajian akademik tidak disediakan.

Ibubapa yang ingin memohon diharap maklum dengan perkara di atas dan komited dengan halatuju al Kholidi.

Pendaftaran awal boleh dibuat dengan SMS ke 019 334 5370, nama, tarikh lahir pelajar serta nombor telefon untuk dihubungi dan sessi temuduga dijangka diadakan dalam bulan November 2010.

Wassalam

KaLaU SeMaLAm AkU mAtI..

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Batang kali Selangor.

Monday, October 18, 2010

Ungkapan Yang Indah

Assalamualaikum

Suatu hari saya menceritakan masaalah kepada seorang Mu'alim lalu dalam sms dinyatakan :

" Bila minta kepada TUHAN setangkai bunga segar , diberi kaktus berduri.

 Bila minta kupu-kupu , diberi ulat bulu.

Kita sedih dan kecewa...namun kemudian....

kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu -kupu yang sangat cantik.

Itulah jalan TUHAN , indah pada masaNYA !

TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan , tetapi IA memberi apa yang kita perlukan.

Kadang-kadang kita sedih , kecewa dan terluka..tetapi jauh di atas segalanya IA sedang mengatur yang

terbaik dalam kehidupan kita.

YA MUDABBIR DABBIR , YA MUSAHHIL SAHHIL , SAHHIL 'ALAINA FI KULLI 'ASIR "

Inilah kata kata hikmat dari[ada Habib Muhammad Bin habiob 'Ali al Iydrus yang di sms oleh seorang Mu'alim.


kAlAu SeMaLaM aKu MaTi

Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Batang Kali , Selangor

Tuesday, September 21, 2010

MENYAMBUNG PENGAJIAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH S.W.T yang mengurniakan hidayah kepada hamba-hamba pilihan-NYA , Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W , pemimpin ummah.

19/9/2010 bersamaan 10 Syawal, 21 orang pelajar telah melapor diri untuk menyambung pengajian di tempat sementara, Tamu Hill Park , Batang Kali , Selangor.

Ibubapa dan pelajar dibawa melawat ke tapak pembinaan yang dijangka dapat diduduki dalam masa dua bulan dari sekarang insyaALLAH...juga ibubapa diberi taklimat mengenai tempat tinggal dan tempat pengajian di mana Al Kholidi ditawarkan oelh ahli jawatankuasa Surau At Taqwa untuk menggunakan surau mereka sebagai tempat pengajian....saya menyatakan persetujuan dan telahpun membuat kunjungan ke rumah Tuan pengerusi Surau ini....al hamdulillah pengajian sedang berjalan...

Kita berdoa agar usaha ini terus mendapat pertolongan dari ALLAH S.W.T walaupun masaalah yang datang tak kurang hebatnya tetapi ini asam garam perjuangan atas jalan ALLAH S.W.T.

Wassalam

KaLaU sEmAlAm AkU mAtI

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Batang Kali, Selangor


Rombongan tiba melihat tapak pembinaan

Menikmati jambatan tanpa tol

IsyaALLAH siap kak oiii....

sangkut pulak lori ni...

Surau tempat pengajian

Sebahagian pelajar yang melapor diri

Kelas fardu Ain

Kelas Hafiz pimpinan Ust Malek

Kelas Hafiz pimpinan Ustaz Radzi

Sunday, September 19, 2010

HIJAU KUNING

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah , pujian hanya bagi ALLAH yang mentadbir segala urusan makhluknya dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi  contoh ikutan ummatnya.

Lebih Kurang pukul 10.20 malam, sabtu 18/9/2010 bersamaan 9 Syawal, 1431 saya sampai di masjid Ar Redhuan Ulu Kelang di mana semua pelajar Lembah Kelang yang akan pulang ke cawangan Kubang Jelai dan Paya Mak Inson berkumpul di sini untuk menaiki bas sewa khas.

Sewaktu saya sampai bas telah pun tiba dan sebahagian pelajar beserta keluarga masing masing juga telah tiba...saya terus memeriksa senarai yang telah tiba....yang saya perasan nampaklah kasut baru masing masing...kasut raya...alhamdulillah.

Pukul 11.00 malam semua pelajar telah hadir seramai 30 orang dan guru pengiring ialah Ust Ufhran...tiada lagi pelajar yang ditunggu maka 11.06 malam , bas dari syarikat Kiffah Travel membaw pelajar ke negeri hijau kuning.....mudah mudahan selamat sampai.

Ahad 11.00 pagi, pelajar yang ditempatkan di Ulu Yam akan mendaftar di batang Kali buat sementara waktu..insyaALLAH dalam masa dua bulan sahaja....kita tengok pula susana esok...ceria seperti group hijau kuning tak....cuti lama...macam macam boleh jadi...yang pasti keluar masuk pelajar adalah asam garam sesebuah Pusat tahfiz.....yang terlibat dengannya sangat maklum....yang tak sambung mudah mudahan dapat pilih tempat yang lebih bagus....yang masih kekal...saya mohon pada ALLAH sentiasa memimpin kami agar tanggungjawab mendidik dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.


Wassalam


kAlaU sEmAlAm AkU mAtI


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Batang kali , Selangor







Bukan main Lukman senyum yaa...

pesanan ibubapa kut..

Asyik-asyik gambar dia...jangan marah aaa

Pendokong Al Kholidi..anaknya dengan kami tiga orang...macam macam cerita

Mudah Mudahan dapat lah trip dari Kiffah free lain kali..

Wednesday, September 15, 2010

YAMAN

Assalamualaikum,



Alhamdulillah , syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar , Nabi Muhammad S.A.W .



14/9/2010 ( Rabu ) saya dapat message daripada Ust M. Rafiq menyatakan beliau kekurangan RM4300.00 lagi bagi menampung yuran tahunan pengajiannya di Hadralmawt, Yaman. saya kemudian menghantar message sebanyak mungkin kepada kenalan dan al hamdulillah setakat pukul 12.00 tengahari 15/9/2010 ( khamis ) jumlah yang telah terkumpul dalam akaun Ust Muhamad mencecah lebih RM8000.00.



Inilah yang dikatakan rezeki penuntut ilmu dijamin oleh ALLAH S.W.T sementara penyumbang-penyumbang pula dapat meraih kebaikan insyaALLAH dengan setiap detik penuntut ilmu ini melakukan ibadat , pahala yang berpanjangan mengikut keikhlasan penyumbang tersebut.



Saya merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang membantu usaha ini dan hanya ALLAH S.W.T yang akan membalasnya.



Rabu ( 15/9/2010 ) saya sempat ke KLIA meraikan Ust Muhamad Rafiq yang sedang bersiap sedia berlepas ke Yaman  dengan Qatar Airways dalam pukul 8.00 malam dan berkongsi ilmu dengannya betapa sentiasa perlu menjaga niat dan adab belajar ilmu ALLAH serta menggunakan wang sebaik mungkinkerana ia adalah amanah.



Kita mendoakan agar beliau dapat menumpukan pebgajiannya dan bila selesai bertambah-tambahlah orang alim di atas mukabumi ini, InsyaALLAH



Sumbangan jika ada lagi untuk beliau boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional : 10100-41-0000-8088-6  atas nama MUHAMAD RAFIQ NORDIN, ia berguna untuk belanja yang lain-lain seperti pembelian kitab, ziarah ulama dan sebagainya.


Ustaz Muhamad Rafiq Nordin


Antara yang berada di KLIA


Saya bersama M.Syahir yang beserta Ust rafiq ke Yaman


Wassalam

kAlAu SeMaLaM aKu MaTi

USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
Batang Kali , Selangor

SYAWAL AL KHOLIDI

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

13/9/2010 petang saya dapat panggilan telefon dari Pak Din ( Ahli Khidmat Al Kholidi ) menyatakan jalan dan tebing jambatan kedua terakhir rosak teruk kerana sehari sebelumnya hujan lebih kurang 8 jam.

Hati saya tak senang....ziarah iedulfitri bercampur dengan ingatan Ulu Yam...saya di Johor ketika panggilan dibuat.11.45 malam ..rumah terakhir saya ziarah rumah saudara sebelah isteri di Kulai terus saya balik ke Batang kali dan tiba lebih kurang 4.30 pagi 14/9/2010.

Keesokkannya inilah yang kelihatan di jalan masuk tahfiz...kerosakan yang perlu dibaiki segera...saya bercadang membawa ibubapa melawat tapak tahfiz ini hari Ahad ini 19/9/2010...dan esoh kami akan memulakan kerja-kerja membaiki kerosakan agar  ia tidak bertambah teruk..mudah mudah ALLAH mempermudahkannya.

Kerja-kerja menyiapkan bangunan asrama dijangka bermula minggu depan dan semua pelajar Al Kholidi akan memulakan pengajian di cawangan masing masing hujung minggu ini.

Masih belum terlewat untuk saya mewakii warga Al Kholidi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IEDULFITRI dan mohon maaf atas segala dosa zahir dan batin kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan Al Kholidi.


Wassalam,

kAlAu SeMaLAm AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
No 19 , Jalan Mahagoni 1C/1
Tamu Hill Park, Seksyen 4
Bandar Utama Batang kali
Selangor Darul Ehsan







Jambatan Utama masih Steady


batu batu yang dilanggar air

Tebing jambatan yang rosak

Tuesday, August 31, 2010

JAMBATAN AL KHOLIDI

ALHAMDULILLAH

INILAH " JAMBATAN AL KHOLIDI " YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN

JAZAKALLAH ATAS BANTUAN SEMUA PIHAK

SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH KERANA MEMUDAHKAN PENUNTUT PENUNTUT ILMU

SELAMAT BERIBADAT MALAM MALAM LAILATUL QADAR
BUKAN TANDA ATAU ALAMAT YANG DICARI SEBALIKNYA MEMAKSIMAKAN KETAATAN KEPADA ALLAH S.W.T

SALAM DARI : USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
TAMU HILL PARK, BATANG KALI , SELANGOR








Monday, August 23, 2010

Faedah Berlapar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Di dalam kitab " JALAN PINTAS MERAIH HIDAYAH " ( Terjemahan daripada kitab : Al Arbai'in fi Usuluddin ) , karangan Hujjatul islam , Imam Al Ghazali Rahimahullah di nyatakan  tujuh faedah berlapar dan salah satunya  ialah :

Meringankan badan untuk melaksanakan tahajud dan ibadah serta menghilangkan rasa mengantuk yang menjadi penghalang ibadah. Sesungguhnya modal kebahagian adalah umur , sedangkan tidur mengurangi umur kerana ia menghalang ibadah , yang sumbernya adalah banyak makan.

Abu sulaiman ad Darani berkata " Barangsiapa kenyang ,maka dia akan dihinggapi enam penyakit :

1. Hilangnya kelazatan ibadah
2. Terhalang dari menghafal ilmu
3. Tidak memiliki rasa sayang kepada manusia kerana jika ia kenyang  , dia akan mengira bahawa seluruh manusia juga kenyang
4. Berat untuk beribadat
5. meningkatnya nafsunya
6. Bahawa seluruh orang mukmin sibuk di antara masjid-masjid , sedangkan dia sibuk di sekitar tempat buang air.

Sidang pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T...kita sama sama berusaha dan berdoa agar madrasah ramadhan tahun ini mengeluarkan kita daripada enam penyakit di atas.

Wallahua'lam


kAlAu SeMaLAm AkU mAtI


Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Ukay Bistari

Saturday, August 14, 2010

KESEMPURNAAN NIKMAT DUNIA

Assalamualaikum

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan ALLAH S.W.T kepada kita serta selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menyampaikan risalah tauhid sehingga manusia dapat keluar dari kegelapan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud ;

" Siapa berpagi-pagi daripada kamu sentosa pada dirinya , segar pada badannya , di sisinya makanan mengenyangkan harinya maka seolah-olahnya mencapai baginya dunia ".

As-Syeikh al-Marbawi RahimahullahuTaala menerangkan tentang hadith di dalam kitab Bahru al Mazi jilid ke 16, hadith yang ke 68 dengan katanya :

Masaalah : Orang Yang Mencapai Semua Nikmat Dunia

Sesungguhnya boleh dikatakan banyak orang yang tiada tahu akan dirinya telah terhimpun dunia padanya kerana jahilnya, maka dengan hadith ini dapat tahu seseorang  akan dirinya menghimpun dunia itu padanya iaitu :

 Barang siapa berpagi-pagi:

1) sentosa daripada seteru pada dirinya, tiada seterunya buat apa atas tubuhnya,

2 ) segar pada tubuhnya iaitu tiada sakit pada tubuhnya melainkan sihat wal afiat dan boleh melakukan pelbagai kerja dan berfikir,

3) ada di sisinya makanan yang mengenyangkan cukup pada hari itu,

MAKA SEOLAH OLAH TELAH BERHIMPUN BAGINYA DUNIA DAN TIDAKLAH BOLEH BERKATA APA MELAINKAN MAULAH KUAT MENGAMBIL BEKAL AKHIRAT PULA.

Sidang pembaca sekelian....mudah mudahan setiap hari ALLAH merahmati kita dengan nikmat yang tiga ini lalu kita makin kuat beribadat lebih lebih lagi di dalam bulan yang penuh barakah ini.....jika tiga nikmat telah ada masih ada rungutan atau keluh kesah , itulah tanda hamba yang tidak bersyukur.

WALLAHUA'LAM


KaLaU SeMaLAM aKU mAtI....

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhmmad S.A.W.

Syukur atas nikmat umur yang ALAH kurniakan hingga kita dapat bersama Ramadhan al Mubarrak dan kita sama sama berusaha agar bulan yang penuh dengan rahmat serta pengampunan ini dapat kita manafaatkan.

Berbimbanglah dengan satu hadis Nabi S.A.W di mana baginda bersabda yang maksudnya " Berapa banyak daripada orang yang berpuasa padahal tiada baginya pada puasanya melainkan lapar dan dahaga jua ".

Puasa menyebabkan hawa nafsu yang kuat kepada keinginan maksiat menjadi lemah...tetapi jika sedang menjalani puasa, maksiat tidak ditinggalkan maka bayangkan betapa tebal nafsu yang jahat bersarang dalam diri atau mungkin maksiat itu berlaku akibat tidak sempurna cara kita menjalani ibadat puasa tersebut.....kita harus tahu puncanya.

Mari kita gandakan usaha agar madrasah ramadhan akan menghasilkan pengampunan dosa, lautan rahmat dan dilepaskan dari azab neraka ALLAH serta ramadhan ini memberi kesan kepada ibadat kita di mana dapat ibadat yang sempurna serta istiqamah sepanjang hayat.

Selamat berpuasa dan menjalani ibadat ramadhan,

Wassalam,

KaLaU sEmAlaM aKu MaTi...........


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

Monday, August 9, 2010

AL KHOLIDI HULU YAM 2

BLOK ASRAMA

BLOK ASRAMA

LAWATAN DARIPADA WAKIL BKUM, MARA, JALAN RAJA LAUT

JAMBATAN YANG AKAN DIDIRIKAN DI SINI

PILE YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN

Thursday, July 22, 2010

AL KHOLIDI HULU YAM

Assalamualaikum.



Alhamdulillah pujian bagi ALLAH S.W.T yang sempurna sifat-NYA dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W.


Selasa 20/7/2010 saya membawa sahabat saya Al-Ghazali ke tapak pembinaan tahfiz kita di Hulu Yam.Beliau merupakan anak didik As-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makky yang merupakan seorang ulama sangat dikenali di Malaysia dan memiliki Maahad Az-Zein Al- Makky al-'Aly di Bogor Indonesia.Pukul 11.00 pagi ini ( Khamis ) saya akan membawa sahabat saya ini berziarah Tuan Guru Haji Sanusi Bin Haji Salleh di Pendang Kedah sebelum beliau dijangka berangkat pulang ke Indonesia pada hari Ahad ini .

Kami banyak berbincang bagaimana memajukan pusat pengajian memandangkan beliau telah berada di Maahad Az-Zein sejak dari mula dibuka pada tahun 2004 lagi.Alhamdulillah beberapa perkara yang sangat baik terhasil untuk dihalusi termasuk kerjasama dengan maahad beliau bagi membuahkan hasil yang terbaik, InsyaALLAH.


Muslimin dan Muslimat terutama pemegang saham saham akhirat di Al-Kholidi yang melaburkan harta mereka di sini dapat saksikan perkembangan terbaru di tapak pembinaan yang setakat ini berjalan lancar dan kita telah mempercepatkan proses pembinaan jambatan bagi menghubungkan ke tapak tahfiz...semua ini mengikut perancangan akan disiapkan menjelang Syawal nanti, InsyaALLAH.


Mari kita sama sama berdoa agar niat baik ini diperbaiki oleh ALLAH kerana untuk sampai ke tahap ini bukan sedikit dugaan yang ditempuh.Syaitan sentiasa mencari jalan agar usaha ini gagal.Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita semua.

Sahabat saya Al-Ghazali dari Pasentren Bogor Indonesia


( Blok Asrama Sedang Dalam pembinaan )


( PILE untuk pembinaan jambatan )
( Majlis Doa Selamat Ringkas Bersama Pelajar Ukay Bistari )


Wassalam.


kAlAu SeMaLaM aKu MaTi....


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari



















Friday, July 9, 2010

UJIAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH S.W.T yang kasih kepada hamba-hamba-NYA dan Selawat serta Salam atas Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Sepotong hadith Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Apabila ALLAH S.W.T mencintai suatu kaum , IA menguji mereka ".

( Riwayat Imam Ahmad , Tirmidzi dan Ibnu Majah ).

Ujian susah terlebih ringan kerana beradat apabila susah orang yang beriman akan mudah mengingati ALLAH S.W.T tetapi mudah menjadi lalai apabila diuji dengan kesenangan hingga ada yang menjadi sombong...ada yang memisahkan diri mereka dalam pergaulan kerana dianggap yang lain dari mereka tidak setaraf...ada yang menjadi kedekut ( kikir ) walhal semua yang terhasil adalah limpah kurnia ALAH S.W.T.

Mudah mudahan kita diberi kesabaran oleh ALLAH S.W.T apabila ditimpa kesusahan dan dikurniakan sifat syukur apabila diberi kesenangan.

Wallhau'alam.

KaLaU sEmAlAm AkU mAtI

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari

Thursday, July 1, 2010

TERKINI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang memiliki mukjizat dan kesempurnaan akhlak.

2 hari saya berada di Kedah untuk memperkemaskan perjalanan cawangan Kubang Jelai dan Kg Paya Mak Inson dan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T yang sentiasa melimpahkan rahmatNYA sehingga saya merasakan keadaan di kedua dua tempat terutamanya cawangan Kg Paya Mak Inson bertambah baik.

Satu perbincangan dengan Tuan Guru Hj sanusi Bin Hj Salleh tertumpu kepada permasalahan cawangan Kuantan dan akhirnya satu keputusan telah dibuat di mana semua pelajar di sana yang jumlahnya 4 orang akan ditempatkan sementara di cawangan Ukay Bistari. Perjalanan cawangan Kuantan dihentikan sementara dan penyusunan semula akan dibuat bergantung kepada perbincangan dengan Ustaz Zulkifli yang menguruskannya.

Sementara 4 pelajar ini akan dibimbing oleh saya sendiri dan ibubapa terbabit akan dimaklumkan tentang apa yang saya rancangkan untuk 4 orang pelajar ini yang akan dibawa balik ke Ukay Bistari pada hari ini ( Khamis 1hb Julai 2010 ).

Saya memandang kisah di Kuantan sebagai satu iktibar betapa untuk mengekalkan diri kita di tempat yang baik berhadapan dengan halangan halangan yang sangat banyak dan jika tidak dapat melawannya boleh mengakibatkan kita semakin mundur dari sudut hubungan hamba dengan Khaliq. Walaubagaimanapun 3 pelajar terakhir yang meninggalkan Al Kholidi Kuantan sehingga mencetuskan keputusan ini, kita sama sama berdoa agar mereka sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T dan pastinya pada satu saat nanti sejarah ini agar memberi pengajaran kepada mereka.

Kepada ibubapa 4 pelajar...selagi ada kepercayaan kepada kami..usaha akan diteruskan agar 4 pelajar ini mendapat hak mereka yang sewajarnya agar menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak serta istiqomah dalam amal-amal soleh.

Rahmat ALLAH S.W.T yang kita terus harapkan kerana setiap sesuatu ada hikmahnya.

Wassalam,

kAlAu SeMaLaM aKu MaTi

ILAHII ANTA MAQSUDHI WA RIDHOKA.MATHLUUBI

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari.

Sunday, April 11, 2010

' On Target '

Assalamualaikum....


Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH melimpahkan hidayah kepada hamba-hamba-NYA dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Selepas solat Maghrib berjamaah bersama pelajar hari Ahad..sempat saya menyemak kedudukan hafazan pelajar Ukay Bistari dan alhamdulillah saya yakin kita 'on target' dalam mempastikan setiap pelajar dapat menghabiskan sejuzuk sebulan...cuma dua orang yang mungkin lambat sikit tetapi Isnin baru 12 haribulan dan ada baki lebihkurang 18 hari untuk dua pelajar ini mencapai sasaran....


Bagi yang telahpun mencapai target hafazan sejuzuk bulan ini kita meminta mereka mengulang-ngulang hafazan agar ia mantap........bab mengulang jika malas boleh menyebabkan hafazan akan hilang dan yang paling takut adalah berdosa jika terjadi demikian....itulah peringatan saya kepada pelajar disebalik ganjaran besar di sisi ALLAH bagi mereka yang menghafaz al quran.


Ahad 9.00 agi hingga Zohor saya menghadiri mesyuarat Agung Persatuan Institusi Tahfiz Selangor dimana kita adalah ahli persatuan ini...selain perbincangan bantuan atau geran pembangunan darip[ada kerajaan negeri ...antara yang menarik ialah persetujuan di kalangan ahli persatuan agar setiap pelajar yang berhenti dari sesebuah Maahad Tahfiz diserahkan sijil berhenti....apabila pelajar ini memohon untuk masuk ke tahfiz lain ...maka maklumat pelajar atau rekod pengajian dan disiplin akan dimaklumkan kepada tahfiz yang hendak dipohoin oleh pelajar untuk mengelakkan sebarang masaalah......suatu langkah yang dapat mempastikan semua pihak tidak terbeban dengan masaalah yang tidak dijangka..


Projek Huulu Yam akan dimulakan pada bila bila masa mulai sekarang....mudah mudahan ia dapat dana yang mengcukupi dan begitu juga kita bercadang membina asrama di cawangan Kubang jelai..muha mudahan dengan doa kita semua ALLAH memperkenankan...


Wassalam


kAlAu SeMaLaM aKu MaTi.....


Ustas Yunus Bin kamaruddin

Ukay Bistari

Monday, March 29, 2010

PEMBAGUNANAN FASA 1, HULU YAM

Assalamualaikum


Alhamdulillah , pujian ke hadrat ALLAH S.W.T yang sentiasa memberi rahmat dan pengampunan kepada hamba-hamba-Nya dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W penyudah segala Rasul.


Alhamdulillah juga kerana saya baru menerima lakaran pelan bangunan yang akan dibina untuk Fasa 1 di tanah wakaf di Hulu Yam seperti yang muslimin dan muslimat lihat gambar dibawah.Walaubagaimanapun saya sedang menunggu butiran kos daripada sahabat( BELIAU SEDANG MENUNAIKAN UMRAH ) yang membantu menyiapkan lakaran dan anggaran kos ini....jazakallah atas apa yang telah siap....mudah mudahan kerja agama ini mendapat redha ALLAH S.W.T.


Untuk menyiapkan bangunan ini sekiranya cukup kewangan ( dijangka Jun 2010 ) maka saya menyeru ikhwan di luar sana untuk menghulurkan bantuan kewangan dan mudah mudahan ia menjadi saham akhirat yang berkekalan.


Fasa pertama ini untuk memuatkan maksimum 24 pelajar sementara rumah mudir selain diduduki ia akan menjadi tempat memasak, kerja dobi dan dewan makan sementara sementara ruang kosong di tengah-tengah bangunan ini akan dijadikan tempat pengajian dan surau sementara.


Sumbangan ikhwan boleh disalurkan ke akaun berikut :


Penama Akaun : PUSAT PENGAJIAN QURAN AL KHOLIDI


Bank : CIMB


Nombor Akaun : 1476 - 0000 - 1771 - 05


( Semua cek ditulis atas nama : PUSAT PENGAJIAN QURAN AL KHOLIDI )


Saya akan menyediakan resit pelepasan cukai pendapatan atas permintaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 016 - 6655 763 atau email : ykfenan@gmail.com.


Mari kita semua memohon kepada ALLAH S.W.T agar usaha ini diberi kejayaan oleh ALLAH S.W.T dan segala yang kita rancang dipermudahkan serta lebih dari itu ia menjadi sumbangan kita kepada agama ALLAH S.W.T.

Tapak yang tersedia untuk bangunan seperti pelan di bawah








Pelan Bangunan Yang Dicadangkan



Wassalam



KaLaU sEmAlAm AkU mAtI



Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari

Thursday, March 25, 2010

Al Kholidi Marang, Trengganu

Assalamualaikum


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH S.W.T dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Tulisan ini mungkin terlewat tetapi dah ada saya teruskan niat nak masukkan dalam blog ini.


Jumaat 19/03/2010 lebih kurang jam 11.00 malam, saya Abg Man, Ust Radzi bertolak ketrengganu kerana menghantar pelajar untuk memulakan pengajian.


Kami tiba lebih kurang 6.00pagi hari Sabtu...kemudian solat subuh berjamaah.Selepas itu mengemaskan apa yang patut dan semua dibenarkan berehat hingga waktu makan tengahari.


Selepas makan tengahari lebih kurang jam 2.30 petang saya dan Abang Man mula meninggalkan Al Kholidi Marang untuk ke Kedah kerana Ahadnya ingin bersama sama meraikan majlis Khatam Suluk...selesai majlis tersebut lebihkurang jam 11.00malam saya bertolak balik ke KL dan tiba jam 4.30pagi Isnin...


Inilah sebuah perjalanan darat...ada jalan yang rata..ada jalan yang menurun bukit dan ada jalan yang mandaki bukit.....sama seperti perjalanan kehidupan kita...ada masa bersenang senang dan adakalanya penuh dengan kesusahan sementara yang menurut Imam Ghazali....ada jenis dosa yang ALLAH ampunkan dengan cara ALLAH mendatangkan kesususahan dalam hidup.


Untuk itu bersyukur apabila kita diberi kesenangan dan bersabar dalan segala masaalah kerana ALLAH S.W.T tidak sekali kali menzalimi hamba-NYA.


Mudah mudah kita semua sentiasa dipelihara oleh ALLAH S.W.T.
Wassalam.


kAlAu SeMaLam AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari



Solat Subuh....letih semua nampaknya
Berbeza bila waktu makan...alhamdulillah



Pemandangan di Marang...mandi laut

Monday, March 22, 2010

PERTUKARAN NOMBOR AKAUN

assalamualaikum


Alhamdulilah pujian bagi ALLAH dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Akaun Maybank PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI tidak dapat digunakan buat masa ini dan mulai hari ini semua sumbangan, zakat atau infaq daripada ikhwan atau sesiapa sahaja untuk PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI hendaklah menggunakan akaun di bawah :


Nama Akaun : PUSAT PENGAJIAN QURAN AL KHOLIDI


Bank : CIMB


Nombor Akaun : 1476 - 0000 - 177 - 105



Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini dan mari kita sama sama berdoa agar ALLAH sentiasa memelihara pusat tahfiz ini.



Wassalam


USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
Mudir
Pusat Tahfiz Al Kholidi

PERTUKARAN NOMBOR AKAUN

Friday, March 19, 2010

Mula dan Akhir


Assalamualaikum


Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W , Nabi lagi Rasul.


Malam ini saya akan bertolak ke Marang Trengganu untuk mengiringi pelajar yang ditempatkan sementara di Ukay Bistari untuk pulang ke cawangan Marang bagi memulakan pengajian.


Pelajar cawangan Marang yang sedang bersuluk di Paya Mak Inson, akan menaiki bas pulang ke cawangan Marang pada hari Isnin 22/3/2010 jam 9.30 malam sementara pelajar cawangan Kuantan bertolak dari Alor Star hari yang sama jam 9.00 malam.Kedua-dua kumpulan pelajar ini dijangka tiba pada pagi Selasa 23/3/2010.


Dari Marang saya akan terus ke Kedah untuk meraikan majlis khatam suluk pada hari Ahad ini waktu Asar dan akan bertolak balik ke Kuala Lumpur malam itu juga.


Taqwim 2010 Pusat Tahfiz Al - Kholidi tahun ini lambat dikeluarkan kerana memerlukan beberapa penyelarasan dan diharapkan semua ibubapa dapat bersabar , cuma apa yang saya boleh maklumkan cuti berikutnya ialah bulan Jun, sama dengan cuti sekolah kebangsaan tetapi tarikh sebenar dan jumlah hari bercuti akan saya umumkan kemudian.


Kami di Ukay Bistari juga membuat persiapan terakhir untuk berpindah ke Ulu Yam pada bulan Jun ini dan sekarang gerak kerja ke arah itu sedang dibuat. Saya memohon doa dari semua pihak mudah mudahan usaha ini diberi pertolongan oleh ALLAH S.W.T. apabila berpindah maka tiada lagi Al-Kholidi di Ukay Bistari yang merupakan tempat tertubuhnya tahfiz ini.......tiada yang kekal...melainkan ALLAH.


Mari kita sama sama berdoa agar sebaik sahaja naik sessi pengajiabn bermula seperti biasa...semua pelajar dan ahli khidmat serta ibubapa dapat memainkan peranan masing masing dalam usaha menghafizkan pelajar-pelajar kita.Buanglah sifat terasa lambatnya cuti lalu rasa rindu pada anak anak kerana bimbang ia secara kerohanian akan menjejaskan tumpuan pelajar...anak anak ini duduk dijalan ALLAH......ahli ahli khidmat cuba sebaik mungkin menjaga kebajikan anak anak ini dan selebihnya kita serah kepada ALLAH S.W.T


Wassalam


kAlAu SeMaLaM AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

Tuesday, March 16, 2010

21 Mac 2010

Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul
( Tapak Di hulu Yam )


Assalamualaikum,

Alhamdulillah , pujian bagi ALLAH yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki dan Selawat serta salam atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hujung minggu ini 21/3/2010 semua pelajar yang bersuluk akan khatam pada waktu asar dan saya mendoakan agar zikir mereka mendekatkan hubungan masing-masing dengan ALLAH S.W.T.

Pelajar-pelajar cawangan Ukay Bistari akan menaiki bas Sani Ekpress ke Kuala Lumpur pada hari Isnin 22/3/2010 jam 12.00 tengahari( tiket sudah dibeli ) sementara cawangan Kuantan dan Trengganu, tiket bas mereka sedang diuruskan dan dijangka bertolak dari Alor Star pada hari Isnin juga.
Sementara pelajar cawangan Trengganu yang sekarang ini ditempatkan sementara di Ukay Bistari akan bertolak ke cawangan mereka insyaALLAH Jumaat malam Sabtuini.

Mereka diberi rehat dicawangan masing-masing untuk satu hari sebelum memulakan pengajian...

Setakat ini semuanya berjalan baik walaupun diluar suluk saya yang setakat ini mentadbir bergelut dengan sedikit masaalah tetapi kita sama sama berdoa agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Perjalanan Pusat Tahfiz Al-Kholidi seterusnya bergantung kepada rancangan perbincangan pihak yang terlibat dengan kemelut yang dijangka diadakan 21/3/2010 dan saya cuma menunggu hari tersebut serta yakin satu keputusan akan dicapai......yang lebih penting dari itu segalanya mungkin...

Mereka yang mendengar desas desus harap tidak komen dalam blog ini......bila sampai masanya saya akan umumkan ...mungkin Isnin 22/3/2010.....teruskan solat hajat agar PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI terus dipelihara ALLAH S.W.T.


Wassalam


kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...



Ustaz Yunus Bin kamaruddin

Ukay Bistari

Friday, March 12, 2010

SOLAT HAJAT

Assalamualaikum,

Alhamdulillah , pujian bagi ALLAH atas segala limpahan nikmat dan selawat serta salam atas Nabi Muhammad S.A.W sesempurna hamba-NYA.


Majlis suluk sudahpun bermula waktu asar hari Khamis 11/3/2010 dan akan berakhir pada 21/3/2010 ( Ahad ) selepas asar juga.



Rabu 10/3/2010 saya berada di Kedah atas beberapa urusan terutama tentang kemelut yang sedang dihadapi oleh tahfiz dimana wang yang disalurkan melalui akaun tidak dapat digunakan untuk manafaat pelajar dan pengurusan . Setelah berbincang dengan Tuan Guru Hj Sanusi, satu keputusan telah dicapai dan akan saya umumkan selewat-lewatnya selasa 16/3/2010. Buat masa ini segala sumbangan, yuran zakat dan sebagainya boleh dihantar terus kepada saya.


Saya ingin mengajak semua termasuk ibubapa pelajar untuk mengadakan solat hajat masing-masing dan mendoakan agar hak pelajar dikembalikan dan mudah-mudahan ada diantara kita yang dimakbulkan doanya...amin.



Berbalik kepada program suluk....saya nyatakan senarai nombor pelajar yang tidak bersuluk dan mana-mana yang nombornya tiada dalam senarai dibawah bermakna pelajar ini dalam suluk. Pelajar yang bersuluk tidak boleh dihubungi sehinggalah hari khatam....10 hari aje.....dulu 40 hari pun okey .


SENARAI PELAJAR TIDAK BERSULUK YANG DITEMPATKAN DI KUBANG JELAI


07 , 14 , 18 , 30 , 31 , 33 , 36 , 39 , 46 , 47 , 48 , 51 , 53 , 54 , 59 , 61 , 62 , 63 , 64 , 65 , 66 , 67 , 69 , 70 , 72 , 73 , 77 , 77 , 80 , 91 , 118 , 120 , 127 , 130 , dan 132.


SENARAI PELAJAR TIDAK BERSULUK YANG DITEMPATKAN DI UKAY BISTARI


01 , 05 , 25 , 27 , 37 , 41 , 71 , 74 , 139 , 140 , 172 , 84



Ada beberapa orang pelajar yang masih dalam cuti sakit saya tidak nyatakan di sini, mudah mudahan mereka cepat sembuh...



Akhirnya mudah-mudahan semua pelajar kita dan ahli-ahli khidmat sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T.....dan segala masaalah ALLAH permudahkan jalan keluarnya..
Wassalam.


KaLaU sEmAlAm AkU mAtI


Ustaz Ynus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari.


tengah bersantai...petang rabu..




Rumah Suluk setelahbeberapa ubahsuai















Pujian bagi ALLAH yang bersifat pengasih serta penyayang kepada hamba-hamba-NYA dan Selawat serta Salam ke atas kekasih-Nya