Assalamualaikum
Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan ALLAH S.W.T kepada kita serta selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menyampaikan risalah tauhid sehingga manusia dapat keluar dari kegelapan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud ;
" Siapa berpagi-pagi daripada kamu sentosa pada dirinya , segar pada badannya , di sisinya makanan mengenyangkan harinya maka seolah-olahnya mencapai baginya dunia ".
As-Syeikh al-Marbawi RahimahullahuTaala menerangkan tentang hadith di dalam kitab Bahru al Mazi jilid ke 16, hadith yang ke 68 dengan katanya :
Masaalah : Orang Yang Mencapai Semua Nikmat Dunia
Sesungguhnya boleh dikatakan banyak orang yang tiada tahu akan dirinya telah terhimpun dunia padanya kerana jahilnya, maka dengan hadith ini dapat tahu seseorang akan dirinya menghimpun dunia itu padanya iaitu :
Barang siapa berpagi-pagi:
1) sentosa daripada seteru pada dirinya, tiada seterunya buat apa atas tubuhnya,
2 ) segar pada tubuhnya iaitu tiada sakit pada tubuhnya melainkan sihat wal afiat dan boleh melakukan pelbagai kerja dan berfikir,
3) ada di sisinya makanan yang mengenyangkan cukup pada hari itu,
MAKA SEOLAH OLAH TELAH BERHIMPUN BAGINYA DUNIA DAN TIDAKLAH BOLEH BERKATA APA MELAINKAN MAULAH KUAT MENGAMBIL BEKAL AKHIRAT PULA.
Sidang pembaca sekelian....mudah mudahan setiap hari ALLAH merahmati kita dengan nikmat yang tiga ini lalu kita makin kuat beribadat lebih lebih lagi di dalam bulan yang penuh barakah ini.....jika tiga nikmat telah ada masih ada rungutan atau keluh kesah , itulah tanda hamba yang tidak bersyukur.
WALLAHUA'LAM
KaLaU SeMaLAM aKU mAtI....
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari
No comments:
Post a Comment