Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Di dalam kitab " JALAN PINTAS MERAIH HIDAYAH " ( Terjemahan daripada kitab : Al Arbai'in fi Usuluddin ) , karangan Hujjatul islam , Imam Al Ghazali Rahimahullah di nyatakan tujuh faedah berlapar dan salah satunya ialah :
Meringankan badan untuk melaksanakan tahajud dan ibadah serta menghilangkan rasa mengantuk yang menjadi penghalang ibadah. Sesungguhnya modal kebahagian adalah umur , sedangkan tidur mengurangi umur kerana ia menghalang ibadah , yang sumbernya adalah banyak makan.
Abu sulaiman ad Darani berkata " Barangsiapa kenyang ,maka dia akan dihinggapi enam penyakit :
1. Hilangnya kelazatan ibadah
2. Terhalang dari menghafal ilmu
3. Tidak memiliki rasa sayang kepada manusia kerana jika ia kenyang , dia akan mengira bahawa seluruh manusia juga kenyang
4. Berat untuk beribadat
5. meningkatnya nafsunya
6. Bahawa seluruh orang mukmin sibuk di antara masjid-masjid , sedangkan dia sibuk di sekitar tempat buang air.
Sidang pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T...kita sama sama berusaha dan berdoa agar madrasah ramadhan tahun ini mengeluarkan kita daripada enam penyakit di atas.
Wallahua'lam
kAlAu SeMaLAm AkU mAtI
Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Ukay Bistari
No comments:
Post a Comment