Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Friday, March 19, 2010

Mula dan Akhir


Assalamualaikum


Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W , Nabi lagi Rasul.


Malam ini saya akan bertolak ke Marang Trengganu untuk mengiringi pelajar yang ditempatkan sementara di Ukay Bistari untuk pulang ke cawangan Marang bagi memulakan pengajian.


Pelajar cawangan Marang yang sedang bersuluk di Paya Mak Inson, akan menaiki bas pulang ke cawangan Marang pada hari Isnin 22/3/2010 jam 9.30 malam sementara pelajar cawangan Kuantan bertolak dari Alor Star hari yang sama jam 9.00 malam.Kedua-dua kumpulan pelajar ini dijangka tiba pada pagi Selasa 23/3/2010.


Dari Marang saya akan terus ke Kedah untuk meraikan majlis khatam suluk pada hari Ahad ini waktu Asar dan akan bertolak balik ke Kuala Lumpur malam itu juga.


Taqwim 2010 Pusat Tahfiz Al - Kholidi tahun ini lambat dikeluarkan kerana memerlukan beberapa penyelarasan dan diharapkan semua ibubapa dapat bersabar , cuma apa yang saya boleh maklumkan cuti berikutnya ialah bulan Jun, sama dengan cuti sekolah kebangsaan tetapi tarikh sebenar dan jumlah hari bercuti akan saya umumkan kemudian.


Kami di Ukay Bistari juga membuat persiapan terakhir untuk berpindah ke Ulu Yam pada bulan Jun ini dan sekarang gerak kerja ke arah itu sedang dibuat. Saya memohon doa dari semua pihak mudah mudahan usaha ini diberi pertolongan oleh ALLAH S.W.T. apabila berpindah maka tiada lagi Al-Kholidi di Ukay Bistari yang merupakan tempat tertubuhnya tahfiz ini.......tiada yang kekal...melainkan ALLAH.


Mari kita sama sama berdoa agar sebaik sahaja naik sessi pengajiabn bermula seperti biasa...semua pelajar dan ahli khidmat serta ibubapa dapat memainkan peranan masing masing dalam usaha menghafizkan pelajar-pelajar kita.Buanglah sifat terasa lambatnya cuti lalu rasa rindu pada anak anak kerana bimbang ia secara kerohanian akan menjejaskan tumpuan pelajar...anak anak ini duduk dijalan ALLAH......ahli ahli khidmat cuba sebaik mungkin menjaga kebajikan anak anak ini dan selebihnya kita serah kepada ALLAH S.W.T


Wassalam


kAlAu SeMaLaM AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

No comments:

Post a Comment