Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Wednesday, September 15, 2010

SYAWAL AL KHOLIDI

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

13/9/2010 petang saya dapat panggilan telefon dari Pak Din ( Ahli Khidmat Al Kholidi ) menyatakan jalan dan tebing jambatan kedua terakhir rosak teruk kerana sehari sebelumnya hujan lebih kurang 8 jam.

Hati saya tak senang....ziarah iedulfitri bercampur dengan ingatan Ulu Yam...saya di Johor ketika panggilan dibuat.11.45 malam ..rumah terakhir saya ziarah rumah saudara sebelah isteri di Kulai terus saya balik ke Batang kali dan tiba lebih kurang 4.30 pagi 14/9/2010.

Keesokkannya inilah yang kelihatan di jalan masuk tahfiz...kerosakan yang perlu dibaiki segera...saya bercadang membawa ibubapa melawat tapak tahfiz ini hari Ahad ini 19/9/2010...dan esoh kami akan memulakan kerja-kerja membaiki kerosakan agar  ia tidak bertambah teruk..mudah mudah ALLAH mempermudahkannya.

Kerja-kerja menyiapkan bangunan asrama dijangka bermula minggu depan dan semua pelajar Al Kholidi akan memulakan pengajian di cawangan masing masing hujung minggu ini.

Masih belum terlewat untuk saya mewakii warga Al Kholidi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IEDULFITRI dan mohon maaf atas segala dosa zahir dan batin kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan Al Kholidi.


Wassalam,

kAlAu SeMaLAm AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
No 19 , Jalan Mahagoni 1C/1
Tamu Hill Park, Seksyen 4
Bandar Utama Batang kali
Selangor Darul Ehsan







Jambatan Utama masih Steady


batu batu yang dilanggar air

Tebing jambatan yang rosak

1 comment:

  1. Nur..
    Alhamdulillah, tahniah buat ustaz dan isteri yang begitu sabar dalam membangunkan Al-Kholidi.Saya telah menyertai konvoi melihat tapak di Ulu Yam..Jauh di lubuk hati meskipun belum siap sepenuhnya..biarlah..Insyaallah ia akan tersergam dengan megah juga nanti.Saya berdoa agar kerajaan terbuka minda dan hatinya untuk membantu pusat-pusat pengajian agama seperti ini.Saya terharu melihat kesungguhan ustaz membangunkan Kholidi dan kesetiaan isterinya Junaidah, yang menjadi tulang belakangnya selama ini.Saya sedar bukan mudah untuk membangunkan modal insan lebih-lebih lagi apabila melibatkan ke jalan agama...terlalu banyak ranjau yang harus ditempuh asal tidak mudah melatah insyaallah segalanya akan terurus dengan izin Allah.Meskipun anak saya sendiri telah mendatangkan masaalah di Kholidi namun untuk tidak berpaling dari Al-Kholidi tidak sama sekali.Bukan kerana ada muslihat yang tersirat namun semata-mata fisabilillah..Biarlah susah sama susah senang sama senang.Saya yakin selagi kita berusaha dan terus berada di jalan Allah nescaya rezeki ada di mana-mana.Sesungguhnya segala keburukan dan kepahitan datangnya dari diri saya dan anak manakala yang penuh kebaikan dan keindahan datangnya dari Allah s.w.t.Kalau bukan orang kita yang menyokong bangsa kita siapa lagi?Saya berdoa semoga usaha murni ustaz dan isteri akan beroleh kejayaan.Mengajar ilmu dan mendidik hati bukanlah perkara yang ringan kerana ia meminta kesabaran sebagai imbalannya dan untuk sabar itu begitu sukar untuk dinyatakan hanya mereka yang pernah menjadi pendidik dan pengajar ilmu yang mengetahui betapa azabnya menanggung kesabaran.....Semoga Allah merestui usaha murni ustaz dan isteri...AMIN

    ReplyDelete