Assalamualaikum,
Alhamdulillah , syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar , Nabi Muhammad S.A.W .
14/9/2010 ( Rabu ) saya dapat message daripada Ust M. Rafiq menyatakan beliau kekurangan RM4300.00 lagi bagi menampung yuran tahunan pengajiannya di Hadralmawt, Yaman. saya kemudian menghantar message sebanyak mungkin kepada kenalan dan al hamdulillah setakat pukul 12.00 tengahari 15/9/2010 ( khamis ) jumlah yang telah terkumpul dalam akaun Ust Muhamad mencecah lebih RM8000.00.
Inilah yang dikatakan rezeki penuntut ilmu dijamin oleh ALLAH S.W.T sementara penyumbang-penyumbang pula dapat meraih kebaikan insyaALLAH dengan setiap detik penuntut ilmu ini melakukan ibadat , pahala yang berpanjangan mengikut keikhlasan penyumbang tersebut.
Saya merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang membantu usaha ini dan hanya ALLAH S.W.T yang akan membalasnya.
Rabu ( 15/9/2010 ) saya sempat ke KLIA meraikan Ust Muhamad Rafiq yang sedang bersiap sedia berlepas ke Yaman dengan Qatar Airways dalam pukul 8.00 malam dan berkongsi ilmu dengannya betapa sentiasa perlu menjaga niat dan adab belajar ilmu ALLAH serta menggunakan wang sebaik mungkinkerana ia adalah amanah.
Kita mendoakan agar beliau dapat menumpukan pebgajiannya dan bila selesai bertambah-tambahlah orang alim di atas mukabumi ini, InsyaALLAH
Sumbangan jika ada lagi untuk beliau boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional : 10100-41-0000-8088-6 atas nama MUHAMAD RAFIQ NORDIN, ia berguna untuk belanja yang lain-lain seperti pembelian kitab, ziarah ulama dan sebagainya.
Ustaz Muhamad Rafiq Nordin
Antara yang berada di KLIA
Saya bersama M.Syahir yang beserta Ust rafiq ke Yaman
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi
USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
Batang Kali , Selangor
No comments:
Post a Comment