Assalamualaikum.
Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang memiliki mukjizat dan kesempurnaan akhlak.
2 hari saya berada di Kedah untuk memperkemaskan perjalanan cawangan Kubang Jelai dan Kg Paya Mak Inson dan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T yang sentiasa melimpahkan rahmatNYA sehingga saya merasakan keadaan di kedua dua tempat terutamanya cawangan Kg Paya Mak Inson bertambah baik.
Satu perbincangan dengan Tuan Guru Hj sanusi Bin Hj Salleh tertumpu kepada permasalahan cawangan Kuantan dan akhirnya satu keputusan telah dibuat di mana semua pelajar di sana yang jumlahnya 4 orang akan ditempatkan sementara di cawangan Ukay Bistari. Perjalanan cawangan Kuantan dihentikan sementara dan penyusunan semula akan dibuat bergantung kepada perbincangan dengan Ustaz Zulkifli yang menguruskannya.
Sementara 4 pelajar ini akan dibimbing oleh saya sendiri dan ibubapa terbabit akan dimaklumkan tentang apa yang saya rancangkan untuk 4 orang pelajar ini yang akan dibawa balik ke Ukay Bistari pada hari ini ( Khamis 1hb Julai 2010 ).
Saya memandang kisah di Kuantan sebagai satu iktibar betapa untuk mengekalkan diri kita di tempat yang baik berhadapan dengan halangan halangan yang sangat banyak dan jika tidak dapat melawannya boleh mengakibatkan kita semakin mundur dari sudut hubungan hamba dengan Khaliq. Walaubagaimanapun 3 pelajar terakhir yang meninggalkan Al Kholidi Kuantan sehingga mencetuskan keputusan ini, kita sama sama berdoa agar mereka sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T dan pastinya pada satu saat nanti sejarah ini agar memberi pengajaran kepada mereka.
Kepada ibubapa 4 pelajar...selagi ada kepercayaan kepada kami..usaha akan diteruskan agar 4 pelajar ini mendapat hak mereka yang sewajarnya agar menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak serta istiqomah dalam amal-amal soleh.
Rahmat ALLAH S.W.T yang kita terus harapkan kerana setiap sesuatu ada hikmahnya.
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi
ILAHII ANTA MAQSUDHI WA RIDHOKA.MATHLUUBI
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari.
عليكم اسلام ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteTerharu melihat usaha ustaz yang sangat banyak untuk pelajar didikkannya. Semoga Allah memberi ganjaran yang banyak atas kesungguhan dan keikhlasan ustaz.
Tak dapat di bayangkan, betapa sukar dan susah payah ustaz menyelesaikan berbagai kemelut, untuk memastikan perjalanan al-Kholidi berjaya satu hari nanti melahirkan anak-anak yang bertaqwa. Besar maknanya besar segala input yang ustaz terpaksa lalui dengan berbekal istiqamah yang tinggi. Dengan pantas ustaz bekejar ke pusat-pusat cawangan tatkala ada sahaja perkara baru yang berlaku sebagai ujian.
Bukan setakat keletihan, bahkan kos yang besar dan banyak perlu di keluarkan untuk ke sana. namun ustaz telah tempuhi dengan penuh kesabaran.
Hasilnya, mengalir air mata sayu apabila melihat anak2 yang tinggal 4 orang ini, berjalan berserta ustaz dengan kitab-kitab mengikuti kuliah ustaz di sana sini. Mereka di didik sepenuh perhatian dan kasih sayang.
ya... betapa hancur hati ustaz agaknya, bila pelajar2 yang dididik sebegini rupa, tiba-tiba meninggalkan pengajian dengan cara yang diluar adab yang di ajar. Sedangkan kitab 'adab-adab belajar' telah dipelajari di sana. Sedihnya... namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga ibubapa anak2 tersebut, ucaplah salam kemaafan pada ustaz-ustaz yang mengajar demi keberkatan ilmu yang telah diperolehi oleh anak2 tersebut.
Mereka datang dan masuk secara baik, biarlah mereka pergi dan keluar secara baik. moga ilmu yang mereka dapat sebelum ini, membawa keberkatan bagi mereka.
Ana yang sering ke Kuantan, ana yang sering bersama semua anak-anak ini. sedikit sebanyak ana tahu permasalahan mereka. Moga semua anak2 ini akan terus duduk dalam pengajian agama, walau di mana jua mereka berada. InsyaAllah.