Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Wednesday, December 30, 2009

BALIK KAMPUNGGGGG

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم


Alhamdulillah dan Selawat serta Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W
Ahad depan InsyaALLAH semua pelajar akan kami serahkan kepada ibubapa atau penjaga masing-masing...tentunya mereka ingin melihat perubahan positif dan saya yakin keadaan ini akan dapat dilihat..sementara saya malam ini akan bertolak ke Kuala Trengganu kemudian petang esok dijangka berada di Kuantan bagi membuat persiapan cawangan Al-Kholidi di kedua-dua tempat sebelum pelajar melapor diri pada 17/01/2010.
Minggu depan saya akan ke Kedah membuat penilaian akhir untuk menentukan tempat 56 orang pelajar dan saya berharap tidak ada yang berpatah balik ke sekolah biasa tetapi jika itu berlaku saya berpegang dengan pendapat Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang menyatakan :
" Apabila murid meninggalkan guru maka hendaklah guru mengucapkan Alhamdulillah kerana lepas daripadanya satu tanggungan untuk mendidik "
Maknanya apabila pelajar ini diserah semula kepada keluarga...hendaklah ingat ....sebahagian besar daripada mereka telah melalui kehidupan beribadat dan jauh dari kerosakan maksiat serta berbagai-bagai ujian yang ditempoh....jika tidak diteruskan maka ini merupakan tangungjawab ibubapa/penjaga....sekiranya dihantar ke tempat seperti ini walaupun tidak di al-kholidi saya setuju...tetapi jika kembali ke sekolah konvensional.....ibubapa perlu bertanggungjawab jika anak-anak merka akhirnya berjaya akademik tetapi rohaninya mentah....
20 orang telah mencukupkan kuota untuk program 40 hari yang akan bermula 17/01/2010....kami selepas ini hanya menghadkan sebanyak itu bagi mendapat result yang lebih baik insyaALLAH...dan begitulah seterusnya habis satu kumpuan kami akan buat program seterusnya dengan syarat cukup 20 orang..
Minggu depan ibubapa akan mengetahui kedudukan anak mereka dan diharap terima perancangan kami kerana ia dibuat selepas pemerhatian selama 40 hari..yang penting anak-anak ini dapat belajar...jauh sikit pun tak apa
Wassalam..
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi

الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Al-Khoidi Ukay Bistari

Monday, December 21, 2009

50%...

بسم الله الرحمن الرحيم

أسلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Alhamdulilah pujian bagi ALAH S.W.T penyempurna segala nikmat dan Selawat serta Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Hari yang ke 20 semalam saya melihat bagaimana para pelajar keseluruhannya stabil emosinya dan sudah dapat menjalani kehidupan seorang bakal hafiz berbanding dengan minggu lepas apabila saya bertanya siapa yang selepas ini sudah tidak mahu meneruskan pengajian hafiz di Al-Kholidi maka hampir separuh yang mengangkat tangan.
Saya yakin ini adalah kesan daripada Al-Quran yang dimaklumi adalah mukjizat dimana dengan izin ALLAH S.W.T , Al-Quran boleh mengubah keperibadian seseorang.Kepada ibubapa di luar sana selepas 40 hari tuan/puan wajib menerima perubahan yang berlaku kepada anak-anak yang dihantar ke sini dan memberi sokongan kepada mereka yang dilatih menegakkan sunnah Rasululah S.A.W dalam diri masing-masing walaupun ibubapa sendiri tidak mampu melakukanya.....
70/71/72/73/75/77/78/80/81/84/85/86/90/91/95/96/97/100/101/102/103/106/107/110/111/112/113/115/117/118/120/122/ dan 126 adalah 34 orang daripada 56 pelajar yang sekarang dilatihtubi dengan muqaddam bagi melancarkan bacaan sebelum masuk ke kelas hafiz manakala pelajar selebihnya berada di kelas hafiz dan pra hafiz dan kami akan terus memantau untuk mengkategorikan pelajar sebelum program 40 hari ini tamat.
Sebentar lagi saya akan menaiki bas ke Kuala Lumpur kerana ada urusan penting dan dijangka saya akan ke Kedah semula pada hari Rabu....doakan kejayaan kita semua dan terutama pembangunan Al-Khoidi....
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi

الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي


Ustaz Yunus Bin Kamruddin
Pendang Kedah

Thursday, December 17, 2009

87/104/125/123

بسم الله الرحمن الرحيم


اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pujian bagi ALLAH S.W.T yang sentiasa melimpahkan rahmat dan pengampunan.Selawat serta Salam ke atas Junjungan nabi Muhammad S.A.W yang menjadi sebaik-baik hamba ALLAH.
Saya sampai di Pendang pagi Rabu ( Semalam )..ada perubahan pelajar-pelajar di Paya Mak Inson...yang menangis hampir tiada....sebabnya menangis pun bukan dapat balik...unsur paksaan pada tempat-tempat tertentu memberi kebaikan.
Lepas baca yaasin bersama pelajar pagi ini , saya membuat semakan sepintas lalu.Hari yang ke 17 hari ini dan 4 orang pelajar telah menghafaz Yaasin iaitu 87,104,123 dan 125.Alhamdulillah kerana sebelum ni mereka tak pernah masuk tahfiz...inilah usaha kita menggilap potensi bakal-bakal huffaz....walau tiada janji habuan sehebat akademi fantasia..tetapi sesuatu yang tak dapat difikir dengan akal semata-mata mendorong mereka dan masih ramai yang dijangka dapat menghafaznya sebelum 10 januari 2010 kerana purata mereka di ayat yang ke 20 lebih.
Bagi yang mula memahami kehidupan baru di sini dah banyak mereka tanya tentang selepas ini kemana mereka dan apa jadi dengan masa depan mereka lalu saya memberi gambaran yang mereka sepatutnya terus kekal dengan kehidupan seperti ini agar menjadi seorang ulama akhirat kerana hanya ulama yang takut kepada ALLAH S.W.T dan mendapat pemeliharaan terus daripadaNYA dan inilah yang terbaik.....kerana yang berlaku.............
Manusia cuba memelihara harta dengan pebagai ciri keselamatan tetapi kecurian,samun dan rompakan tetap berlaku.....
Manusia cuba sedaya upaya memelihara pangkat dan kedudukan mereka tetapi berlaku jatuh-menjatuh hingga hilang segalanya.
Manusia cuba memelihara kecantikan rupa mereka hingga ramai yang berdosa kerana tabarruj dan yang memandangnya juga ada yang berdosa kerana bernafsu.......tetapi usia memamah semua itu.......
Sampai waktu kematian semuanya lenyap begitu sahaja....tiada yang dapat dipertahankan....berslahan dengan seorang ulama yang semuanya dipelihara oleh ALLAH S..W.T
harta mereka dipelihara oleh ALLAH S.W.T dengan cara dijadikannya seorang pemurah hingga hartanya hanya digunakan untuk jalan-jalan kebajikan.....
umur mereka dihabiskan melaksanakan sebanyak mungkin kebajikan...
rupa mereka menyebabkan ada manusia yang mendapat pahala jika memandang debgab suka..
dan yang lebih penting ilmu mereka masih menyalurkan pahala walaupun ulama tadi telah mati kerana ilmu tersebut terus dimanafaatkan oleh yang hidup.
Inilah keperluan menjadi orang yang alim yang beramal dengan ilmunya...maka pelajar ini sedang berada dilandasannya yang betul...mudah-mudahan ALLAH S.W.T merahmati dan mengekalkan pelajar-pelajar ini di atas jalan ini dan kita yang membantu terus dipelihara juga oleh ALLAH S.W.T...AMIIIIN
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi..
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Pusat Tahfiz Al-Kholidi
Caw Kg Paya Mak Inson
Pendang Kedah




Suasana menunggu untuk bersahur pagi ini jam 5.00 pagi



Friday, December 11, 2009

TOYOTA ALPHARD

Asalamuallaikum..

Pujian bagi ALLAH S.W.T yang bersifat dengan kasihsayang dan Selawat serta Salam ke atas junjungan esar nabi Muhammad S.A.W.

" Mari adik-adik naik kereta pakcik "....inilah pelawaan kawan saya yang memiliki sebuah kereta Honda Accord kepada lima orang anak yang duduk di dalam kereta jenazah di mana mayat ibu mereka yang hendak dikebumikan ada di dalamnya....

Anak-anak itu membisu....ujian kematiaan kepada lima beradik ini menyebabkan mereka sanggup duduk di dalam kenderaan jenazah tanpa aicornd, tanpa muzik,tidak selesa walaupun mendapat pelawaan daripada kawan saya untuk menaiki kenderaan yang lebih baik..selesa..apatah lagi ada jenama....maknanya??????????????

Maknanya.....bila sesuatu itu dikaitkan dengan kematian....maka segala yang hebat daripada dunia..TIADA VALUE..

Toyota ALPHARD...harganya ratusan ribu....cuba letak satu stiker 'KENDERAAN JENAZAH'....maka tiada value alphard tersebut...

KAIN..yang paling mahal untuk dibuat pakaian yang menjadi kegilaan ahli fesyen...bila dibalutkan kepada mayat....namanya menjadi kain kapan.....maka tiada value kain tersebut...

Rumah yang dibina dengan 'building material' yang up to date , import dan mahal-mahal....diguna untuk simpan mayat...namanya menjadi rumah mayat.....maka rumah tersebut tiada value...tak da yang nak berebut..

Ini beberapa contoh betapa benarnya hadith Nabi S.A.W yang lebih kurang maksudnya :

" Perbanyakkanlah mengingati perkara yang boleh mencabut kelazatan dunia...iaitu mati. "

Umur kita tidak sekali-kali akan bertambah...SEDANGKAN.....

Manusia mabuk menambahkan harta dengan jalan yang salah atau mengumpul harta dengan jalan yang betul tetapi dibelanjakan pada jalan yang salah...akhirnya tiada value..

Tiba-tiba kematian sampai.....

kAlAu SeMaLaM aKu MaTi........


Wassalam


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Gurun Kedah

Disiplin

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH S.W.T yang memiliki kekuasaan yang mutlak dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
Penulisan saya kali ini tanpa tulisan arab/jawi kerana menggunakan komputer di cibercafe di Gurun Kedah..saya sampai di Kg Paya mak Inson semalam dan akan pulang ke Ukay Bistari malam esok dan akan kembali semula mungkin selasa , dimana mulai minggu depan saya akan duduk bersama pelajar lebih lama daripada biasa.
Sebelum saya keluar daripada tempat program tadi anak-anak kita begitu ceria ketika bermain takraw yang gelanggangnya mereka buat secara gotongroyong...yang bawah 12 tahun kami belikan meeka raket badminton ......hari ini off day mereka.....kaki pancing...lepas sarapan dah tepi kolam.......
Penulisan kali ini juga tanpa gambar yang berkaitan kerana kekurangan peralatan.Minggu ini minggu yang teruji.....seorang pelajar telahpun dikeluarkan daripada program ini kerana kita yakin itu langkah yang terbaik berdasarkan tahap disiplinnya.
Peraturan yang ditetapkan sangat penting untuk dipatuhi oleh pelajar dan penting juga untuk dipatuhi oleh ibubapa kerana tanpa kerjasama ia bukan sahaja merosakkan pelajar yang tidak berdidiplin bahkan menjejaskan semua yang lain.
Pemeriksaan mengejut yang dijalankan mendapati ada yang membawa telefon bimbit dan secara senyap membuat panggilan kepada keluarga mereka, ada yang membawa duit walaupun kedua-dua perkara ini tidak dibenarkan.Kamiambil dan kami simpan dan kami menilai situasi ini untuk memutuskan apakah yang patut dibuat dubuat,,
Tazkirah ringkas saya kepada pelajar malam tadi ....jika kamu rasa sekarang susah, dengan keadaan tempat tinggal yang serba kekurangan ( Kami menggunakan 2 buah generator bagi menyalurkan bekalan letrik yang kos petrolnya mencecah RM30.00 sehari ),jika kamu merasakan makanan yang tidak seperti ketikaa kamu di rumah dan lain-lain kesusahan MAKA bayangkan bagaimana kehidupan mereka yang miskin , yang terpaksa makan dan pakai apa yang ada JADI hendaklah bersyukur kepada ALLAH S.W.T dan berterimakasih kepada ibubapa kamu yang melayan kehendak kamu selama ini sebaik mungkin tetapi kamu membalasnya dengan tidak solat...kamu membalasnya dengan maksiat yang kamu lakukan , kamu membalasnya dengan suara tinggi dan sebaginya.......mari kita sama-sama mengubah keadaan ini.....pastkan kamu menghabiskan program ini yang sengaja dirangka untuk menguji ketahanan kamu supaya kamu dapat membezakan apa itu susah dan apa itu senang.......
Kepada ibubapa di luar sana teruskan solat hajat anda, teruskan doa anda kerana ia membantu....23 orang dikenal pasti boleh terus mengikuti kelas hafiz....31 orang akan di dilatihtubi dengan muqaddam dan selebihnya perlu kepada tumpuan khusus supaya boleh membaca quran.....
Yang penting...disiplin...semua pihak wajib menjaga displin.....dalam hidup sesiap yang melanggar disiplin maka kesannya tidak baik...
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi.....
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Gurun Kedah

Tuesday, December 8, 2009

BAHAYA MULUT

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah kehadrat ALLAH S.W.T yang luas pengampunan-NYA dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W , Rasul yang dianugerahi dengan syafaat bagi ummatnya pada hari kiamat.
Semasa saya berada di Kg Paya Mak Inson, Pendang Kedah bersama pelajar tahfiz saya yang baru mendaftar dan sedang mengikuti program 'Qolbun Salim' saya dapati ada satu gejala yang tidak sihat dan inilah guna program 40 hari yang dirangka...tujuannya untuk pembersihan sebanyak mungkin gejala yang tidak sihat.
Antaranya ialah percakapan....cuba lihat contoh :
1) " Tak boleh la..bodohhhh "
2) " Cepatlah sial "
3) " Celaka betul "
Kita bandingkan dengan ajaran Rasulullah S.A.W yang saya petik daripada Kitab Bahru al-Mazi jilid 13 , Hadith ke 130.
BAB YANG TELAH DATANG IA PADA MENYATAKAN BERMAKI-MAKI.
( Ketahui kiranya ya saudaraku ) : Adalah pada hukum syarak kita mempermaki orang dengan kata : " Hei binatang , hei bodoh , hei lembu dan sebagainya maka iaitu BERDOSA , kerana menyakiti hati saudara sesama Islam bahkan boleh jadi membawa kepada fitnah besar, berkelahi dan bergocoh ( bertumbuk ) dan berpecah kepala dan berbunuh-bunuhan seperti banyak berlaku pada orang kutu-kutu pekan.
Bermula dalil yang menunjukkan atas BERDOSA mempermaki orang itu ialah sebagai hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa at-Tirmizi dengan katanya:
عَن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
المُستَبَّان مَا قَالَ , فَعَلَى الْبَادِئُ مِنْهُمَا مَالَمْ يَعْتَدِ المَظْلُومُ
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi S.A.W namanya Abi Hurairah Radhiallahuanhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda ia :
" Dua orang yang bermaki-makian itu bermula yang telah dikatakan oleh kedua orang itu akan dia maka DOSANYA atas yang memulai mempermaki daripada keduanya selama tiada mempermaki lebih orang yang kena maki dahulu itu.".
As-Syeikh al-Marbawi RahimahullahuTa'ala seterusnya menjelaskan :
Adalah mempermaki orang itu dapat tiga dosa ;
1) Dosa melanggar hukum ALLAH S.W.T
2) Dosa mula mempermaki orang
3) Dosa mempermaki
Maka jikalau dibalas oleh orang yang kena maki mula tadi maka lepaslah dosa ia mempermaki dan tinggal dosa mula mempermaki dan dosa melanggar hukum ALLAH S.W.T,
Kata qil : Terangkat sekelian dosa daripadanya dengan sebab dibalas permaki orang akan dia.
Wallahua'lam.
Bayangkan perkataan ini keluar daripada remaja kita setiap hari entah berapa kali, dan dosa ini membawa kepada gelap hati seterusnya keras hati yang hasilnya melahirkan hamba ALLAH yang kasar dan tidak suka kepada ibadat bahkan cenderung kepada bersukaria semata-mata serta maksiat.
Esok ( Rabu 9/12/2009 ) selepas habis kuliah Magrib saya dan beberapa sahabat akan bertolak ke Kg Paya Mak Inson, Pendang untuk melihat perkembangan 56 Pelajar di sana...mudahan penyakit mulut seperti yang kita bincangkan di atas sudah terhapus..insyaALLAH.
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi.........
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Ukay Bistari, Ampang.






Saturday, December 5, 2009

Dah Botakkk..

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pujian bagi ALLAH S.W.T yang menyempurnakan segala nikmat dan selawat serta Salam ke atas Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Jumaat semalam sebelum berangkat pulang ke Ukay Bistari saya sempat bertazkirah selepas magrib dengan peserta 'Program Qolbun salim' di Kg Paya mak Inson dan saya berpesan agar menghargai nikmat ALLAH S.W.T yang telah memilih mereka untuk duduk dalam suasana ibadat dan menuntut ilmu kerana Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda lebih kurang maksudnya
" Barang siapa yang hendak diberi kebaikan oleh ALLAH S.W.T , maka ia akan diberi kefahaman agama "
Jadi pelajar ini duduk dalam maksud sabda Rasulullah S.A.W dan saya mengingatkan betapa besar harapan ibubapa mereka untuk melihat mereka berjaya bukan sahaja menghabiskan program ini tetapi meneruskan pengajian dan mencapai matlamatnya.
Minguu pertama lebih kepada penyesuaian dengan jadual hidup yang baru dengan bangun jam 5.00 pagi..mandi kemudian tahajjud sebelum menunaikan solat subuh berjamaah dan membaca Suarah Yaasin...itu antara jadual baru dalam kehidupan sebahagian besar pelajar.
Semua pelajar nampaknya dapat menyesuaikan diri walaupun ada yang lebih suka menyendiri..( ingat ps2 atau narutto agaknya ) tetapi dengan proses ibadat yang berterusan saya yakin ALLAH S.W.T dengan limpah kurnianya akan memberi kesan yang terbaik kepada pelajar-pelajar ini insyaALLAH
Saya akan ziarah mereka semula minggu depan untuk melihat perkembangan dan kepada para ibubapa teruskan berdoa kerana melahirkan anak yang soleh tidak semudah 'mematsallehkan' anak.
Wallahua'lam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi....
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari , Ampang.

Solat Berjamaah

Menghafaz Yaasin

Riadah Waktu Petang..nak kena baiki disiplin pakaian..minggu pertama kita tengkkan aje dulu cara berfikir mereka






Gantung Baju




Abi Laundry Sdn Bhd













































Friday, December 4, 2009

Minta Maaaaaf

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Minta maaf sebab dua hari kebelakang ni terlalu sibuk uruskan pelajar-pelajar tambahan pula broadband terlalu slow jadi selalu cut line menyebabkan usaha saya nak sampaikan maklumat terbantut.....
Sementara nak pi ( bahasa kedah tuuu...maknanya 'pergi' ) solat Jumaat tengok line internet ok pulak...terus menulis..
Kepada ibubapa yang hantar anak...ni gambar pelepas rindu.....tunggu 10/01/2010 baru boleh jumpa mereka....setakat ni semua ok terutama waktu beriadah ( Bersukan )...lagi satu waktu tidur....senyap.....sejuk agaknya...
Kepada yang mewakafkan Al-Quran , Rehal dan Sejadah serta lain-lain...ia sedang dan akan terus dimanafaatkan...mudah-mudahan mengalirlah pahala untuk mereka yang mengorbankan harta mereka..insyaALLAH.. yang datang dari pelbagai latarbelakang..betullah..atas nama agama lebih mudah bersatu.....
Jumpa Lagi..
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi......
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamشruddin
Kg Paya Mak Inson
Pendang Kedah.



Semua Pelajar berlatarbelakangkan Sawah Padi

Taklimat Oleh Tuan Guru Haji Sanusi Bin Haji Salleh
Taklimat


Mula Mengaji































Wednesday, December 2, 2009

oh,,Semanggol

بسم الله الرحمن الرحيم


اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah dan Selawat serta salam ke atas kekasih ALLAH Nabi Muhammad S.A.W.
Selasa jam 2.00 petang pelajar baru mula melapor diri..ada 52 orang ......kami berangkat dengan bas, dua van dan sebuah kereta..masing-masing masing meninggalkan Tahfiz Al-Kholidi Ukay Bistari jam 12.30 malam kecuali saya lewat sikit....
Dalam perjalanan saya dapat call....tayar bas pancit...saya sampai di Hentian Sebelah Ladang Bikam jam 2.00 pagi...bas masih tunggu bantuan...4.00 pagi selesai semuanya ..dan kami singgah di R & R Gunung Semanggol jam 6.15 pagi untuk solat subuh walaupun jangkaan kami boleh solat di Pendang..tetapi kehendak ALLAH menetapkan kami solat di Semanggol....satu tempat yang penuh dengan cerita kehebatan ilmu dan ulama pada suatu ketika dahulu.....ini agaknya hikmah tayar bas pancit......hebat Semanggol...
Saya menulis ni dalam kenderaan...mula menulis dari Semanggol..sampai pkl 8.00 baru nak siap...nanti saya cerita lagi..dah nak sampai Pendang..
Pancit tayar kira ok lagi...pancit ibadat....???????


OVERTIME....


OK KE BAS NI....



MACAM BALIK HAJI PULAK...




BAKAL-BAKAL ULAMA
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi
Ustaz Yunus Bin Kamruddin
Plus Highway




Saturday, November 28, 2009

Yang Mati dan Yang Akan mati












بسم الله الرحمن الرحيم



اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang memiliki segala sifat yang terpuji.


Tahun ini saya menyambut Iedul Adha bersama pelajar-pelajar di Pusat Tahfiz Al-Kholidi cawangan Kubang Jelai , Pendang Kedah..


5 ekor dikorbankan pada hari raya pertama...


Yang mana buat korban melalui saya ...hajat anda telah dilaksanakan semoga menjadi ibadat yang memperolehi pengampunan dosa dan keredhaan ALLAH S.W.T



Macam-macam bunyi yang keluar ketika lembu disembelih...inikah yang dikatakan sakratul maut....


Hari ini hari lembu...hari kita??????????????????????



Wallahua'lam..



kAlAu SeMaLaM aKu MaTi..




الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي



Wassalam



Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Pusat Tahfiz Al-Kholidi.

















Tuesday, November 24, 2009

Bahaya 'Hello'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, Selawat serta Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Kuliah magrib semalam saya membaca kitab Al-Jauhar Al-Mauhub susunan Asy-Syeikh 'Ali Bin 'Abdul Rahman Al-Kalantani di Bab ke 18 " Pada Menyatakan Kelebihan Memberi Salam ".
Antara yang menarik :
1) Sabda Nabi S.A.W :
" Barangsiapa berkata " السلام عليكم ", disurat baginya 10 kebajikan,
Barangsiapa berkata " السلام عليكم ورحمة الله ", disurat baginya 20 kebajikan,
Barangsiapa berkata " السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ", disurat baginya 30 kebajikan."
( Meriwayatkan dia Thabrani )
2) Kata Ibnu Abbas Radhiallahuanhuma :" Bahawasanya iblis sungguhnya menangis ia daripada daripada salam orang mukmin atas saudaranya dan berkata ia Hai!! celakaku, tiada bercerai keduanya hingga diampunkan bagi keduanya.
3) Sabda Nabi S.A.W bagi Annas Bin Malik R.A : " Mahukah aku ajarkan dikau tiga perkara , engkau mengambil manafaat dengan dia ",
Katanya : " Bahkan "
Sabdanya : " Apabila engkau berjumpa akan seorang daripada umatku , maka memberi salam olehmu atasnya nescaya panjang umur engkau,
dan jika engkau masuk akan rumah engkau maka beri salam olehmu nescaya banyak kebajikan rumah engkau,
dan sembahyang olehmu akan sunnat Dhuha , maka bahawasanya ia sembahyang orang 'Abrar al Awwalin'."
4)...dan kata Imam Nawawi : Sunnat memulai dengan salam dahulu daripada tiap-tiap kalam.
Setakat ini dulu saya petik dari kitab Al-Jauhar Al-Mauhub...cuma nak cerita..habis kuliah ada seorang ahli jamaah surau menghampiri saya sambil tersenyum dia berkata ( lebih kurang yang saya ingatnya begini ) :
" Ustaz , kita tak boleh ucap ' hello ' sebab bila asingkan perkataannya akan jadi Hell O...tu ucap orang ke neraka namanya "
Saya cuma mampu senyum....ada logiknya tetapi tak boleh jadi hujah tanpa mencari dalil yang pasti....apapun berdasarkan perbincangan kita dalam bab salam ni...eloklah kita ubah....
-Bila jumpa orang mulakan dengan salam...dapat pahala dan terampun dosa...
-Bila pick-up phone...sebut salam pun tak pa...itupun perkataan baik...jangan mula dengan 'hell o'.. bunyinya macam neraka..
Wallahua'lam,
kAlAu SeMaLam AkU mAtI,
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Pusat tahfiz Al-Kholidi

Monday, November 23, 2009

Anakku Sazali...dengarlaaaah Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم

أسلام عليكم

Alhamdulillah pujian bagi ALLAH S.W.T yang bersifat dengan kesempurnaan dan selawat serta salam keatas Nabi Muhammad S.A.W , utusan yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
Musim cuti sekolah dah tiba......ibubapa ramai yang pening....pening kenapa..???...bila cuti anak nak kawal macammana...antara alternatif yang ada :
-hantar balik kampung atau
-penuhkan dengan tuisyen
-atau biar aje ( pilihan paling tak tepat )
-hantar ke kem-kem cuti sekolah
Mari kita bincang tentang kem cuti sekolah...sebelum tu hayati satu hadis yang sangat dimaklumi :
Sabda Nabi S.A.W :

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيِّاتِ

Maksudnya " Sesungguhnya Amalan-amalan itu dengan niatnya.
Kem cuti sekolah ada berbagai jenis dan berbagai pengisian..antara yang popular ialah kem ibadah di mana anak-anak akan diberi pengisian rohani dan jasmani...ada belajar solat...hafaz ayat-ayat lazim...motivasi dan sebagainya tetapi ini bukan persoalannya...dan kos juga bukan persoalannya..
Kita kembali kepada perkara pokok iaitu hadith di atas...kompas bagi ibubapa dalam pada menghantar anak-anak mereka ke kem cuti sekolah....jangan silap.
Jangan ibubapa berniat bila hantar anak ke kem :
-untuk memenuhi masa anak yang terluang
-supaya ibubapa tak pening kepala nak jaga
-untuk seronok-seronok
Perlu diingat anak adalah tanggungjawab ibubapa dan kem-kem ini cuma membantu ,jadi NIAT perlu betul setelah memilih kem yang betul...niat yang dinyatakan di atas tak tepat..walaupun apa yang diniat itu tercapai...
Saya mencadangkan berdasarkan pengalaman dengan budak-budak sekolah ni..( ini sekadar pandangan ,,mungkin tak tepat ) kem macammana nak pilih untuk anak-anak..
Anak yang sangaat liat hingga dah suruh pun tak buat ibadah wajib pilihlah kem yang ada pengisian basic fardu ain dan cari yang lebih kepada motivasi dan dalam masa yang sama ada aktiviti luar ....
Anak yang buat ibadat wajib cuma perlu disuruh baru buat...yang ni..pilih kem ibadah dimana mereka terpaksa solat berjamaah dan solat solat sunat dan cari yang ada menghafaz ayat-ayat quran kerana kategori ini mudah-mudahan lembut hati dengan ayat-ayat quran yang ada didada....motavasi sangat perlu dan riadhah tak banyak pun tak pa...
Anak yang dah ok dari sudut ibadat...maksudnya tak perlu bersuruh...yang ni hantar ke kem yang menghafal quran dan hadith, doa-doa....lebih sikit aktiviti luar semasa dalam kem pun tak pa...dapat anak macamni alhamdulillah.
Yang paling penting NIATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.........
Ya ALLAH...aku hantar anak aku ke kem ini untuk dia mendapat ilmu yang bermanafaat kerana ia tanggungjawab aku memberinya....tinggal lagi aku tak mampu ...mudah mudahan ENGKAU berikan kejayaan atas usaha aku yang tak seberapa ni....
Mudah-mudahan bila ibubapa haantar ketempat yang betul dngan NIAT yang betul...walaupun tak berapa hari programnya tetapi hak mutlak ALLAH untuk memberikan hasil yang terbaik kepada hamba yang memperbetulkan niatnya.
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...
إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Pusat tahfiz Al-Kholidi
abi@al-kholidi.com

Friday, November 20, 2009

Kiamat Semakin hampir .....

  • بسم الله الرحمن الرحيم
  • Assalamualaikum.
  • Alhamdulillah, Selawat serta salam kepada penghulu semua Rasul, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahua'laihiwasallam..
  • Tulisan terakhir Jumaat 13 Nov 2009....tup...tup...menulis kali ni dah Jumaat lagi....cepat betul rasanya masa berlalu..betullah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi Rahimahullahu Ta'ala yang bermaksud :
  • Daripada Anas Bin Malik Radhiallahuanhu berkata , "Rasulullah Shallallahua'laihiwasallam bersabda :
  • "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari seperti dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api ".
  • Dalam masa seminggu ini saya telah berada di Kedah dan sempat ke Kota Bharu semuanya atas urusan menyambut kedatangan bakal-bakal huffaz yang akan melapor diri pada 01hb Disember 2009 seramai 46 ( Setakat artikel ini ditulis dan maksima 50 orang tempat yang disediakan)
  • Ke Kg Paya Mak Inson Kedah untuk mengetahui perkembangan ubahsuai bangunan ( Surau ) cawangan Pusat Tahfiz Al-Kholidi yang ke 2 ( Al-Kholidi Ukay Bistari HQ dan Masjid Nurus Salam, Kubang Jelai, Pendang Kedah cawangan pertama ).
  • Cawangan ke 2 ini akan dijadikan tempat "Program Qolbun Salim" selama 40 hari bagi pelajar baru di atas dan selesai daripada program ini meraka akan diberi cuti beberapa hari sebelum ditempatkan di cawangan yang difikirkan sesuai termasuk cawangan yang InsyaALLAH akan dibuka Januari 2010 iaitu di Marang Trengganu ( Sebuah Bungalow telah diwakaf ) dan di Kuantan ( 2 unit rumah 3 bilik berserta dua ekar tanah ditepinya diwakaf ).Sekiranya ALLAH mengizinkan Al-Kholidi akan ada lima semuanya dan jumlah para pembaca AL-Quran mencecah 100 orang menjelang januari 2010.
  • Program 40 hari lebih kepada tarbiah rohani dengan dibimbing solat fardu dan sunnat, berzikir, mengaji khatam 30 juzuk dan sessi motivasi supaya mereka jelas dan yakin pembaca kitab ALLAH bukan golongan kelas tiga sebaliknya mempunyai masa depan yang cerah samaada di dunia mahupun akhirat , InsyaALLAH.
  • Seminggu ni saya menawarkan dalam kuliah saya sesiapa yang ingin mewakafkan naskah Al-Quran , Rehal, Sejadah, Jam dinding, Kipas angin , dulang, cawan dan yang berkaitan dan nampaknya ahli-ahli ilmu memberi respon yang sangat bagus....saya mendoakan agar usaha bersama ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.....BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA 019-3216267....
  • Nanti..tup..tup dah 1/12/2009.....bergegar paya mak inson dengan suara bacaan ayat-ayat suci....bagaimana rasanya...syahdu....maka ramai hamba ALLAH akan mula mengutip saham akhirat mereka....dengan kepantasan masa yang menandakan kiamat hampir tiba, ruang beribadat kita semakin hari semakin pendek..apa lagi jika kiamat kecil menjemput.......mati...
  • Kita mustahil mampu menahan kiamat kecil yang berupa kematian...mustahil kita mampu menangguhkan kiamat besar yang berupakan hari kiamat......kita cuma ada satu pilihan....mamanfaatkan masa yang sangat pendek ini dengan sebanyak-banyak kebajikan....kita berdoa dan berusaha agar ALLAH mengeluarkan kita dari golongan yang rugi demi masa......
  • kAlAu SeMaLaM aKu MaTi......
  • الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
  • Wassalam,
  • Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
  • Al-kHolidi Ukay Bistari, Ampang

Friday, November 13, 2009

DUA JUTA





Assalamualaikum



بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahualaihiwassallam...



Kita masih bernafas atas kurnia ALLAH S.W.T dan mudah mudahan setiap turun naik nafas yang merupakan nikmat daripada-NYA tidak menjadi beban kepada kita pada hari akhirat keran setiap nikmat akan ditanya manakala setiap dosa akan diazab..



Saya 'control' nafas bila arkitek membentangkan budget keseluruhan bagi pembinaan PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI di sebidang tanah lebih kurang dua ekar di Hulu Yam...lebih kurang RM2 juta....



Saya semak perinciannya dan saya berpuashati dengan apa yang nak dibuat dengan kos yang dianggarkan...kerja agama....ada surau..ada chalet hafiz....kantin...kuaters kakitangan....landscape...dan macam-macam lagi....buat jalan sahaja setakat ini RM14000.00 telah dibelanjakan dan masih perlu dibelanjakan untuk menyiapkan jalan.





Kita bandingkan...berapa kos buat stadium yang kemudian dibakar...kita bandingkan berapa kos pusat hiburan yang membawa manusia kepada kelalaian...juta juga harganya...jadi kita boleh terima kos 2 Juta untuk Pusat Tahfiz yang akan bergema dengan bacaan al-Quran dan berbagai jenis ibadat yang lain...satu huruf yang keluar daripada mulut pembaca Quran ganjarannya 10 pahala...maka yang sama-sama menyumbang kepada pembinaannya ..InsyaALLAH dapat saham...maka saya kata kita pergi langkah seterusnya...siapkan proposal dan kita akan gerakkan dana ini hingga jadi realiti apa yang dirancangkan...masa untuk berusaha dan memohon pertolongan daripada ALLAH S.W.T....jom ikut sama..



Fikir saya mungkin tak tepat dengan realiti....seorang kasi RM10.00...cuma perlu dua ratus ribu orang menyumbang..rakyat malaysia...lebih 25 juta orang....tapi mungkin tak semudah itu..apa pun pembaca cuma perlu tanya diri sendiri...apa aku nak buat....dapat doakan pun pertolongan juga...sebarkan maklumat ni pun pertolongan juga...mudah-mudahan ALLAH pilih anda salah seorang yang dapat saham akhirat ini..



Selagi kita bernafas usaha akan diteruskan..pendaftaran Disember 2009 menjangkau 51 orang walaupun limit asal 40 orang ..tapi tak sampai hati nak tolak....kita akan cuba ikhtiar...maka projek Hulu Yam ni mudah mudahan ALLAH permudahkan...niat kita sementara ada nafas ini nak cari saham sebanyak mungkin melahirkan para huffaz seterusnya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi....ada yang jadi ulama hendaknya......mungkin waktu itu kita dah tiada..jadi sementara ada ni kita buat semaksima yang kita mampu....



KaLau SeMaLaM AkU mAtI......



الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي



Wassalam,


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi

Ukay Bistari , Hulu Kelang



Wednesday, November 11, 2009

BAHAYA MENCELA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT

Assalamualaikum,

Cuba kita renungkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi Rahimahullahu Ta'ala yang di petik daripada kitab Bahru al Mazi Jilid ke 17, Hadith ke 85.



بسم الله الرحمن الرحيم



عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَل قَال : قَالَ رَسُولُ اللهِ صل الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ. قَال أَحْمَدُ : مِنْ ذَنْبٍ قَدْ تَابَ مِنْهُ.

Daripada Mu'az Bin Jabal katanya " Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam : " Siapa mencaci saudaranya dengan satu dosa , tiada mati ia hingga diperbuatnya ". Kata Ahmad daaripada dosa sesungguhnya taubat ia daripadanya".

Kata As Syeikh Muhammad Idris Al Marbawi :

Ketahuilah kiranya ya saudaraku :

Apabila seorang daripada saudaramu yang islam telah taubat ia daripada maksiatnya yang telah diperbuatnya, tiadalah sayugianya engkau ingat kenang akan dosa yang telah ditaubatnya itu dengan niat menzahirkan aib diri saudaranya itu dan mahu mencacinya kerana yang demikian itu ditegah oleh syara' seperti seseorang itu tahi judi dan kuat makan riba atau suka main perempuan dan sebagainya kemudian taubat ia daripada segala pekerjaan maksiat itu maka tidaklah harus atas kamu membualkan dan mengeluarkan kata: saudaramu itu jahat bagian-bagian...,sekarang ia kita nampak tidak memperbuatnya, tidaklah boleh kita percaya akan dia itu lagi kerana sesungguhnya nampak ia tidak berbuatnya nanti diulangnya pula, takkan ia boleh berhenti langsung kerana orang sudah biasa berlumur dengan busuk dan makan bangkai , nanti tak lama lagi diulangnya pula.

Maka engkau berkata demikian itu cukup dengan qasad menghinakan dan membusukkan dia. Maka yang demikian itu tiada seseorang berbuat akan dia melainkan berbalik ke atas yang mencaci dan mencela itu memperbuatnya pula. Ialah balasan daripada ALLAH Subhanahuwata'ala akibat mencaci orang yang taubat itu.

Bersalahan jikalau ingatkan dan menyebutkan ahwalnya bukan kerana mencaci dan mencela, bahkan qasad mengambil iktibar dan memecutkan supaya kuat bertaubat maka yang demikian itu tidak apa.

Bermula dalil atas tegah mencaci saudara yang telah taubat daripada dosa yang yang diperbuatnya itu ialah sebagai satu hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa at Tirmizi dengan katanya :" Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, namanya Mu'az Bin Jabal Radhiallahu'anhu katanya": " Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam : " Siapa yang mencaci saudaranya sama islam dengan dosa yang telah diperbuatnya ( seperti dikatakan ke mukanya : " Kamu orang jahat", " Kamu tahi judi ", " Kamu orang kuat main perempuan " dan lainnya,padahal ia sudah taubat daripada segala pekerjaan maksiat itu ), nescaya tidak mati orang yang mencaci melainkan ia perbuat seperti yang dicacikannya saudaranya itu ". kata Ahmad : Daripada dosa yang sesungguhnya telah bertaubat ia daripadanya.

( Kata Abu Isa at Tirmizi bermula ini hadith Gharib )

Mari kita sama sama kita perbaiki diri dengan berhati-hati bila memperkatakan dosa orang lain....mereka bertaubat tanpa beritahu kita ...tiba-tiba kita menuduhnya jahat....kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...........

الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي

Wassalam,

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Pusat Tahfiz Al-Kholidi

email :abi@al-kholidi.com


Friday, November 6, 2009

JALAN KE TAMAN SYURGA DAN DOA WUDUK

Assalamualaikum.


بسم الله الرحمن الر حيم

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W penyudah segala Rasul.




Jumaat pagi saya ke tapak projek pembinaan Pusat Tahfiz Al-Kholidi di Hulu Yam dan alhamdulillah kerja kerja membuat jalan masuk ke tapak pembinaan berjalan baik cuma sesekali terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca.




Tentunya pemegang-pemegang saham akhirat yang telah menginfaqkan harta dan lain-lain bagi menjayakan pembinaan ini turut merasa syukur kepada ALLAH S.W.T kerana pahala mereka telahpun tertulis dan akan terus ditulis yang akhirnya mudah mudahan menjadi sesuatu yang berharga ketika dibentangkan kitab amal masing-masing insyaALLAH.

Ada 4 jambatan saiz kecil dan sederhana yang perlu dibina untuk sampai ke tapak pembinaan dengan jalan masuk sekarang dankami yakin akan dapat selesaikan sebelum bulan Disember 2009.


Pembinaan jalan untuk sampai ke taman syurga ini ( Tempat ilmu dinisbahkan kepada Taman Syurga ) dan jambatan ini mengingatkan kita untuk sampai ke syurga yang hakiki kita perlu berada di jalan yang lurus seperti firman ALLAH S.W.T di dalam Surah Fatihah sehinggalah kita akan melalui titian ( Jambatan ) sirat dan yang selamat akan bertemu dengan syurga.....









Kuliah minggu ini saya banyak berkongsi tentang doa keluar tandas yang mungkin tidak sehebat hanphone untuk diambil berat pada sesetengah hamba ALLAH.Memang doa ini hukumnya sunnat dibaca setiap kali keluar daripada tandas apatah lagi kita baru membuang segala kekotoran atau lebihan yang terhasil daripada lebihan makanan atau lainnya.



Tiada dosa bagi yang tidak membaca doa ini tetapi adakah kita hamba yang bersyukur apabila ALLAH , yang telah memberi kemudahan untuk najis keluar dengan sempurna mengikut saluran yang ALLAH cipta tanpa ada sebarang bayaran perkhidmatan tiba tiba lupa memuji ALLAH atas nikmat ini....bayangkan ada kisah manusia yang tidak mempunyai saluran najis yang sempurna....untuk mengeluarkannya menyakitkan dan memerlukan alat bantuan yang tidak sama dengan yang ALLAH cipta walhal kos yang perlu dibayar bukan sedikit....doa ini tidaklah sesusah mana hingga kanak-kanak tadika lancar membacanya tetapi sifat hamba seperti kita sering dilupakan oleh ALLAH untuk beramal dengannya .....kenapa?



...kAlAu sEmAlAM aKu mAtI...??????????????????????
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي



Wassalam,
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Pusat Tahfiz Al-Kholidi