Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH S.W.T yang kasih kepada hamba-hamba-NYA dan Selawat serta Salam atas Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.
Sepotong hadith Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Apabila ALLAH S.W.T mencintai suatu kaum , IA menguji mereka ".
( Riwayat Imam Ahmad , Tirmidzi dan Ibnu Majah ).
Ujian susah terlebih ringan kerana beradat apabila susah orang yang beriman akan mudah mengingati ALLAH S.W.T tetapi mudah menjadi lalai apabila diuji dengan kesenangan hingga ada yang menjadi sombong...ada yang memisahkan diri mereka dalam pergaulan kerana dianggap yang lain dari mereka tidak setaraf...ada yang menjadi kedekut ( kikir ) walhal semua yang terhasil adalah limpah kurnia ALAH S.W.T.
Mudah mudahan kita diberi kesabaran oleh ALLAH S.W.T apabila ditimpa kesusahan dan dikurniakan sifat syukur apabila diberi kesenangan.
Wallhau'alam.
KaLaU sEmAlAm AkU mAtI
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari
عليكم اسلام ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteDALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan malaikatNya yang sentiasa patuh agar pergi untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan terhadap hamba-hambaNya. Dengan dugaan dan ujian ini, moga akan terkeluarlah permohonan –permohonan hambaNya kepada Allah. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hambaNya.
Semua ini mengingatkan kita bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hambaNya dan ia adalah sunnatullah. Itulah yang hendak dinyatakan dalam hadis di atas.
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).