Asalamuallaikum..
Pujian bagi ALLAH S.W.T yang bersifat dengan kasihsayang dan Selawat serta Salam ke atas junjungan esar nabi Muhammad S.A.W.
" Mari adik-adik naik kereta pakcik "....inilah pelawaan kawan saya yang memiliki sebuah kereta Honda Accord kepada lima orang anak yang duduk di dalam kereta jenazah di mana mayat ibu mereka yang hendak dikebumikan ada di dalamnya....
Anak-anak itu membisu....ujian kematiaan kepada lima beradik ini menyebabkan mereka sanggup duduk di dalam kenderaan jenazah tanpa aicornd, tanpa muzik,tidak selesa walaupun mendapat pelawaan daripada kawan saya untuk menaiki kenderaan yang lebih baik..selesa..apatah lagi ada jenama....maknanya??????????????
Maknanya.....bila sesuatu itu dikaitkan dengan kematian....maka segala yang hebat daripada dunia..TIADA VALUE..
Toyota ALPHARD...harganya ratusan ribu....cuba letak satu stiker 'KENDERAAN JENAZAH'....maka tiada value alphard tersebut...
KAIN..yang paling mahal untuk dibuat pakaian yang menjadi kegilaan ahli fesyen...bila dibalutkan kepada mayat....namanya menjadi kain kapan.....maka tiada value kain tersebut...
Rumah yang dibina dengan 'building material' yang up to date , import dan mahal-mahal....diguna untuk simpan mayat...namanya menjadi rumah mayat.....maka rumah tersebut tiada value...tak da yang nak berebut..
Ini beberapa contoh betapa benarnya hadith Nabi S.A.W yang lebih kurang maksudnya :
" Perbanyakkanlah mengingati perkara yang boleh mencabut kelazatan dunia...iaitu mati. "
Umur kita tidak sekali-kali akan bertambah...SEDANGKAN.....
Manusia mabuk menambahkan harta dengan jalan yang salah atau mengumpul harta dengan jalan yang betul tetapi dibelanjakan pada jalan yang salah...akhirnya tiada value..
Tiba-tiba kematian sampai.....
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi........
Wassalam
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Gurun Kedah
Assalamualaikum Ustaz,
ReplyDeleteSaya mengikuti kelas ustaz di Surau Al Wardah tempoh hari. Ustaz ada menyarankan agar kami melakukan sekurang2 Solat Tahajjud, Solat Duha dan Puasa 3 hari sebulan.
Pada suatu masa saya merasakan perkara di atas adalah susah sekali di tunaikan.
Akan tetapi, semenjak saya membaca Al Qur'an terjemahan Ar Rahman berkali2, saya merasaka perkara ini amat mudah sekali. Dengan membaca terjemahan Al Qur'an, saya dapat kenali Allah, Tuhan yang Maha Agung. Perkara ini tidak dapat saya belajar melalui kelas2 agama yang saya hadiri sebelum ini. Tidak ada satu perkara yang di dunia ini saya belajar mengenai Allah kecuali melalui Al Qur'an.
Apa yang ingin saya share di sini, adalah dengan membaca terjemahan AL Qur'an berkali2 dapat mendekatkan kita dengan Allah swt.
Apabila saya mendengar kelas ustaz, ia hanya menceritakan apa yang tersirat di dalam dada saya dan saya dapat memahami apa yang ustaz terangkan.
Sekian Wassalam
Syed
Salam ustaz yunus..
ReplyDeletesaya skrg belajar di mesir...baru 2 bulan setengah di sini...emm roommate saya tak solat...saya dah tegur sekali tapi tiada perubahan..ada kah tanggungjawab saya sudah selesai?