Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Friday, November 20, 2009

Kiamat Semakin hampir .....

  • بسم الله الرحمن الرحيم
  • Assalamualaikum.
  • Alhamdulillah, Selawat serta salam kepada penghulu semua Rasul, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahua'laihiwasallam..
  • Tulisan terakhir Jumaat 13 Nov 2009....tup...tup...menulis kali ni dah Jumaat lagi....cepat betul rasanya masa berlalu..betullah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi Rahimahullahu Ta'ala yang bermaksud :
  • Daripada Anas Bin Malik Radhiallahuanhu berkata , "Rasulullah Shallallahua'laihiwasallam bersabda :
  • "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari seperti dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api ".
  • Dalam masa seminggu ini saya telah berada di Kedah dan sempat ke Kota Bharu semuanya atas urusan menyambut kedatangan bakal-bakal huffaz yang akan melapor diri pada 01hb Disember 2009 seramai 46 ( Setakat artikel ini ditulis dan maksima 50 orang tempat yang disediakan)
  • Ke Kg Paya Mak Inson Kedah untuk mengetahui perkembangan ubahsuai bangunan ( Surau ) cawangan Pusat Tahfiz Al-Kholidi yang ke 2 ( Al-Kholidi Ukay Bistari HQ dan Masjid Nurus Salam, Kubang Jelai, Pendang Kedah cawangan pertama ).
  • Cawangan ke 2 ini akan dijadikan tempat "Program Qolbun Salim" selama 40 hari bagi pelajar baru di atas dan selesai daripada program ini meraka akan diberi cuti beberapa hari sebelum ditempatkan di cawangan yang difikirkan sesuai termasuk cawangan yang InsyaALLAH akan dibuka Januari 2010 iaitu di Marang Trengganu ( Sebuah Bungalow telah diwakaf ) dan di Kuantan ( 2 unit rumah 3 bilik berserta dua ekar tanah ditepinya diwakaf ).Sekiranya ALLAH mengizinkan Al-Kholidi akan ada lima semuanya dan jumlah para pembaca AL-Quran mencecah 100 orang menjelang januari 2010.
  • Program 40 hari lebih kepada tarbiah rohani dengan dibimbing solat fardu dan sunnat, berzikir, mengaji khatam 30 juzuk dan sessi motivasi supaya mereka jelas dan yakin pembaca kitab ALLAH bukan golongan kelas tiga sebaliknya mempunyai masa depan yang cerah samaada di dunia mahupun akhirat , InsyaALLAH.
  • Seminggu ni saya menawarkan dalam kuliah saya sesiapa yang ingin mewakafkan naskah Al-Quran , Rehal, Sejadah, Jam dinding, Kipas angin , dulang, cawan dan yang berkaitan dan nampaknya ahli-ahli ilmu memberi respon yang sangat bagus....saya mendoakan agar usaha bersama ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.....BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA 019-3216267....
  • Nanti..tup..tup dah 1/12/2009.....bergegar paya mak inson dengan suara bacaan ayat-ayat suci....bagaimana rasanya...syahdu....maka ramai hamba ALLAH akan mula mengutip saham akhirat mereka....dengan kepantasan masa yang menandakan kiamat hampir tiba, ruang beribadat kita semakin hari semakin pendek..apa lagi jika kiamat kecil menjemput.......mati...
  • Kita mustahil mampu menahan kiamat kecil yang berupa kematian...mustahil kita mampu menangguhkan kiamat besar yang berupakan hari kiamat......kita cuma ada satu pilihan....mamanfaatkan masa yang sangat pendek ini dengan sebanyak-banyak kebajikan....kita berdoa dan berusaha agar ALLAH mengeluarkan kita dari golongan yang rugi demi masa......
  • kAlAu SeMaLaM aKu MaTi......
  • الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
  • Wassalam,
  • Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
  • Al-kHolidi Ukay Bistari, Ampang

1 comment:

  1. Perasan tidak,raya haji 2009 jatuh hari Jumaat.Awal Muharam 2009 hari Jumaat. Thaipusam 2009 hari Jumaat.Krismas 2009 hari Jumaat.Tahun baru 2010 hari Jumaat. Depavali 2010 hari Jumaat.Maulidur rasul 2010 hari Jumaat.Wesak 2010 hari Jumaat. Raya Puasa 2010 hari Jumaat. Bukahkah Kiamat pun Hari Jumaat.?Adakah anda mengu...nakan cuti untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah?. Kiamat semakin hampir.. ingat2 lah wahai kaum muslimin


    gerhana separa matahari 15/1/2010 pun hari Jumaat. Adakah anda mengambil kesempatan solat sunat gerhana dan berdoa sesungguhnya kepada Allah....?

    ReplyDelete