Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Wednesday, November 11, 2009

BAHAYA MENCELA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT

Assalamualaikum,

Cuba kita renungkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi Rahimahullahu Ta'ala yang di petik daripada kitab Bahru al Mazi Jilid ke 17, Hadith ke 85.



بسم الله الرحمن الرحيم



عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَل قَال : قَالَ رَسُولُ اللهِ صل الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ. قَال أَحْمَدُ : مِنْ ذَنْبٍ قَدْ تَابَ مِنْهُ.

Daripada Mu'az Bin Jabal katanya " Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam : " Siapa mencaci saudaranya dengan satu dosa , tiada mati ia hingga diperbuatnya ". Kata Ahmad daaripada dosa sesungguhnya taubat ia daripadanya".

Kata As Syeikh Muhammad Idris Al Marbawi :

Ketahuilah kiranya ya saudaraku :

Apabila seorang daripada saudaramu yang islam telah taubat ia daripada maksiatnya yang telah diperbuatnya, tiadalah sayugianya engkau ingat kenang akan dosa yang telah ditaubatnya itu dengan niat menzahirkan aib diri saudaranya itu dan mahu mencacinya kerana yang demikian itu ditegah oleh syara' seperti seseorang itu tahi judi dan kuat makan riba atau suka main perempuan dan sebagainya kemudian taubat ia daripada segala pekerjaan maksiat itu maka tidaklah harus atas kamu membualkan dan mengeluarkan kata: saudaramu itu jahat bagian-bagian...,sekarang ia kita nampak tidak memperbuatnya, tidaklah boleh kita percaya akan dia itu lagi kerana sesungguhnya nampak ia tidak berbuatnya nanti diulangnya pula, takkan ia boleh berhenti langsung kerana orang sudah biasa berlumur dengan busuk dan makan bangkai , nanti tak lama lagi diulangnya pula.

Maka engkau berkata demikian itu cukup dengan qasad menghinakan dan membusukkan dia. Maka yang demikian itu tiada seseorang berbuat akan dia melainkan berbalik ke atas yang mencaci dan mencela itu memperbuatnya pula. Ialah balasan daripada ALLAH Subhanahuwata'ala akibat mencaci orang yang taubat itu.

Bersalahan jikalau ingatkan dan menyebutkan ahwalnya bukan kerana mencaci dan mencela, bahkan qasad mengambil iktibar dan memecutkan supaya kuat bertaubat maka yang demikian itu tidak apa.

Bermula dalil atas tegah mencaci saudara yang telah taubat daripada dosa yang yang diperbuatnya itu ialah sebagai satu hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa at Tirmizi dengan katanya :" Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, namanya Mu'az Bin Jabal Radhiallahu'anhu katanya": " Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam : " Siapa yang mencaci saudaranya sama islam dengan dosa yang telah diperbuatnya ( seperti dikatakan ke mukanya : " Kamu orang jahat", " Kamu tahi judi ", " Kamu orang kuat main perempuan " dan lainnya,padahal ia sudah taubat daripada segala pekerjaan maksiat itu ), nescaya tidak mati orang yang mencaci melainkan ia perbuat seperti yang dicacikannya saudaranya itu ". kata Ahmad : Daripada dosa yang sesungguhnya telah bertaubat ia daripadanya.

( Kata Abu Isa at Tirmizi bermula ini hadith Gharib )

Mari kita sama sama kita perbaiki diri dengan berhati-hati bila memperkatakan dosa orang lain....mereka bertaubat tanpa beritahu kita ...tiba-tiba kita menuduhnya jahat....kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...........

الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي

Wassalam,

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Pusat Tahfiz Al-Kholidi

email :abi@al-kholidi.com


No comments:

Post a Comment