Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Thursday, December 17, 2009

87/104/125/123

بسم الله الرحمن الرحيم


اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pujian bagi ALLAH S.W.T yang sentiasa melimpahkan rahmat dan pengampunan.Selawat serta Salam ke atas Junjungan nabi Muhammad S.A.W yang menjadi sebaik-baik hamba ALLAH.
Saya sampai di Pendang pagi Rabu ( Semalam )..ada perubahan pelajar-pelajar di Paya Mak Inson...yang menangis hampir tiada....sebabnya menangis pun bukan dapat balik...unsur paksaan pada tempat-tempat tertentu memberi kebaikan.
Lepas baca yaasin bersama pelajar pagi ini , saya membuat semakan sepintas lalu.Hari yang ke 17 hari ini dan 4 orang pelajar telah menghafaz Yaasin iaitu 87,104,123 dan 125.Alhamdulillah kerana sebelum ni mereka tak pernah masuk tahfiz...inilah usaha kita menggilap potensi bakal-bakal huffaz....walau tiada janji habuan sehebat akademi fantasia..tetapi sesuatu yang tak dapat difikir dengan akal semata-mata mendorong mereka dan masih ramai yang dijangka dapat menghafaznya sebelum 10 januari 2010 kerana purata mereka di ayat yang ke 20 lebih.
Bagi yang mula memahami kehidupan baru di sini dah banyak mereka tanya tentang selepas ini kemana mereka dan apa jadi dengan masa depan mereka lalu saya memberi gambaran yang mereka sepatutnya terus kekal dengan kehidupan seperti ini agar menjadi seorang ulama akhirat kerana hanya ulama yang takut kepada ALLAH S.W.T dan mendapat pemeliharaan terus daripadaNYA dan inilah yang terbaik.....kerana yang berlaku.............
Manusia cuba memelihara harta dengan pebagai ciri keselamatan tetapi kecurian,samun dan rompakan tetap berlaku.....
Manusia cuba sedaya upaya memelihara pangkat dan kedudukan mereka tetapi berlaku jatuh-menjatuh hingga hilang segalanya.
Manusia cuba memelihara kecantikan rupa mereka hingga ramai yang berdosa kerana tabarruj dan yang memandangnya juga ada yang berdosa kerana bernafsu.......tetapi usia memamah semua itu.......
Sampai waktu kematian semuanya lenyap begitu sahaja....tiada yang dapat dipertahankan....berslahan dengan seorang ulama yang semuanya dipelihara oleh ALLAH S..W.T
harta mereka dipelihara oleh ALLAH S.W.T dengan cara dijadikannya seorang pemurah hingga hartanya hanya digunakan untuk jalan-jalan kebajikan.....
umur mereka dihabiskan melaksanakan sebanyak mungkin kebajikan...
rupa mereka menyebabkan ada manusia yang mendapat pahala jika memandang debgab suka..
dan yang lebih penting ilmu mereka masih menyalurkan pahala walaupun ulama tadi telah mati kerana ilmu tersebut terus dimanafaatkan oleh yang hidup.
Inilah keperluan menjadi orang yang alim yang beramal dengan ilmunya...maka pelajar ini sedang berada dilandasannya yang betul...mudah-mudahan ALLAH S.W.T merahmati dan mengekalkan pelajar-pelajar ini di atas jalan ini dan kita yang membantu terus dipelihara juga oleh ALLAH S.W.T...AMIIIIN
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi..
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Pusat Tahfiz Al-Kholidi
Caw Kg Paya Mak Inson
Pendang Kedah




Suasana menunggu untuk bersahur pagi ini jam 5.00 pagi



2 comments:

  1. UNTUK DIKONGSI BERSAMA.
    PETIKAN DARI BERNAMA.COM
    29 DISEMBER,2008

    Lepasan Tahfiz Dipelawa Sertai Latihan Artikulasi Titian
    BESUT, 29 Dis (Bernama) -- Pelajar lepasan sekolah tahfiz, sekolah menengah agama rakyat (SMAR) atau madrasah yang tidak dapat menyertai pengajian di Institut Kemahiran Mara (IKM) kerana tidak memenuhi syarat kelayakan dipelawa mengikuti Program Latihan Kemahiran Artikulasi Titian bagi membolehkan mereka dipilih untuk sesi tahun depan.

    Pegawai Perhubungan Industri, IKM Besut, Mohd Azhar Mohd Nawi berkata Program Titian selama 21 minggu itu di jalankan di IKM Besut dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Balik Pulau, Pulau Pinang.

    Beliau berkata pelajar yang ingin menyertai program itu mestilah yang berumur antara 17 hingga 25 tahun dan memiliki Sijil SMAR di samping boleh menghafaz sekurang-kurangnya 5 juzuk Al-Quran yang disahkan pihak SMAR, Madrasah atau Pusat Tahfiz yang berkenaan.

    "Mereka yang berjaya dipilih akan disediakan dengan kemudahan penginapan asrama secara percuma dan elaun bulanan RM210," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata komponen persediaan Program Titian itu membabitkan bidang asas Matematik, Sains, Komputer, Bahasa Inggeris dan Teknologi (eletrikal, eletronik dan mekanikal).

    Antara kursus peringkat sijil yang akan ditawarkan pula termasuk bidang Pengiklanan dan Reka Bentuk Grafik, Seni Bina, Automatif, Mekanikal, Eletrikal, Mekatronik, Eletronik, Komputer, Baikpulih Badan Kenderaan, Bekalan Air Pembentungan, Fabrikasi Logam, Kimpalan, Reka Bentuk dan Pembuatan Perabut, Hiasan Dalaman, Landskap, Elektro Penyaduran dan sebagainya.

    Pelajar yang berjaya mengikuti program itu juga akan diberikan transkrip dan surat akuan tamat program yang seterusnya akan membolehkannya mengikuti pelajaran di mana-mana IKM dalam peringkat persijilan bidang teknologi.

    -- BERNAMA


    Dipanjangkan Oleh :-
    JULIA, MARA.

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Saya mengharapkan semua pelajar tahfiz, menghafaz 30 juzuk al-Quran berkekalan sehingga akhir hayat. Dimana sahaja mereka berada, baik dibidang pekerjaan untuk masa depan mereka, kalau mereka seorang engineer adalah mereka seorang engineer yang hafiz dan taqwa. kalau mereka sebagai guru, adalah guru yang taqwa, pendek kata, kehidupan mereka membawa taqwa di mana-mana, serta mempunyai ilmu fardu kifayah yang didasarkan taqwa kepada Allah yang mampu mendidik masyarakat melalui contoh teladan mereka, yang sentiasa meletakkan Allah di depan. Mereka lahir sebagai seorang yang menjaga agama dengan watak al-Quran yang dibawa di dada. Maka tidak cederalah agama dan terpelihara agama sentiasa. Juga Seorang hamba yang takutkan Allah dimana juga mereka berada. In sya Allah.

    TERIMA KASIH USTAZ YUNUS. TERIMA KASIH TAHFIZ AL-KHOLIDI. الله معك

    ReplyDelete