اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah dan Selawat serta salam ke atas kekasih ALLAH Nabi Muhammad S.A.W.
Selasa jam 2.00 petang pelajar baru mula melapor diri..ada 52 orang ......kami berangkat dengan bas, dua van dan sebuah kereta..masing-masing masing meninggalkan Tahfiz Al-Kholidi Ukay Bistari jam 12.30 malam kecuali saya lewat sikit....
Dalam perjalanan saya dapat call....tayar bas pancit...saya sampai di Hentian Sebelah Ladang Bikam jam 2.00 pagi...bas masih tunggu bantuan...4.00 pagi selesai semuanya ..dan kami singgah di R & R Gunung Semanggol jam 6.15 pagi untuk solat subuh walaupun jangkaan kami boleh solat di Pendang..tetapi kehendak ALLAH menetapkan kami solat di Semanggol....satu tempat yang penuh dengan cerita kehebatan ilmu dan ulama pada suatu ketika dahulu.....ini agaknya hikmah tayar bas pancit......hebat Semanggol...
Saya menulis ni dalam kenderaan...mula menulis dari Semanggol..sampai pkl 8.00 baru nak siap...nanti saya cerita lagi..dah nak sampai Pendang..
Pancit tayar kira ok lagi...pancit ibadat....???????
OVERTIME....
Alhamdulillah, walaupun ana tak dapat menghantar anak ana sewaktu hari pertama mereka memulakan hidup sebagai pelajar di Tahfiz al-Kholidi, namun gambar-gambar yang ada memberi kegembiraan dihati ana, melihat pelajar-pelajar yang terpilih ini, akhirnya menuju ke destinasi yang dituju. Namun, terasa terkilan juga balik dari Jordan, mendapat tahu salah seorang rakan anak yang didaftar serentak kelima-lima mereka, hampir-hampir tidak dapat untuk ke tahfiz kerana keluarga sebelah arwah bapanya tidak yakin dan khuatir dengan matlamat pondok seperti ini berbanding pelajaran akademik. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, maka pelajar tersebut masih dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjejak langkah ke tahfiz. Alhamdulillah.
ReplyDelete