Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Monday, March 29, 2010

PEMBAGUNANAN FASA 1, HULU YAM

Assalamualaikum


Alhamdulillah , pujian ke hadrat ALLAH S.W.T yang sentiasa memberi rahmat dan pengampunan kepada hamba-hamba-Nya dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W penyudah segala Rasul.


Alhamdulillah juga kerana saya baru menerima lakaran pelan bangunan yang akan dibina untuk Fasa 1 di tanah wakaf di Hulu Yam seperti yang muslimin dan muslimat lihat gambar dibawah.Walaubagaimanapun saya sedang menunggu butiran kos daripada sahabat( BELIAU SEDANG MENUNAIKAN UMRAH ) yang membantu menyiapkan lakaran dan anggaran kos ini....jazakallah atas apa yang telah siap....mudah mudahan kerja agama ini mendapat redha ALLAH S.W.T.


Untuk menyiapkan bangunan ini sekiranya cukup kewangan ( dijangka Jun 2010 ) maka saya menyeru ikhwan di luar sana untuk menghulurkan bantuan kewangan dan mudah mudahan ia menjadi saham akhirat yang berkekalan.


Fasa pertama ini untuk memuatkan maksimum 24 pelajar sementara rumah mudir selain diduduki ia akan menjadi tempat memasak, kerja dobi dan dewan makan sementara sementara ruang kosong di tengah-tengah bangunan ini akan dijadikan tempat pengajian dan surau sementara.


Sumbangan ikhwan boleh disalurkan ke akaun berikut :


Penama Akaun : PUSAT PENGAJIAN QURAN AL KHOLIDI


Bank : CIMB


Nombor Akaun : 1476 - 0000 - 1771 - 05


( Semua cek ditulis atas nama : PUSAT PENGAJIAN QURAN AL KHOLIDI )


Saya akan menyediakan resit pelepasan cukai pendapatan atas permintaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 016 - 6655 763 atau email : ykfenan@gmail.com.


Mari kita semua memohon kepada ALLAH S.W.T agar usaha ini diberi kejayaan oleh ALLAH S.W.T dan segala yang kita rancang dipermudahkan serta lebih dari itu ia menjadi sumbangan kita kepada agama ALLAH S.W.T.

Tapak yang tersedia untuk bangunan seperti pelan di bawah








Pelan Bangunan Yang Dicadangkan



Wassalam



KaLaU sEmAlAm AkU mAtI



Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari

Thursday, March 25, 2010

Al Kholidi Marang, Trengganu

Assalamualaikum


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH S.W.T dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Tulisan ini mungkin terlewat tetapi dah ada saya teruskan niat nak masukkan dalam blog ini.


Jumaat 19/03/2010 lebih kurang jam 11.00 malam, saya Abg Man, Ust Radzi bertolak ketrengganu kerana menghantar pelajar untuk memulakan pengajian.


Kami tiba lebih kurang 6.00pagi hari Sabtu...kemudian solat subuh berjamaah.Selepas itu mengemaskan apa yang patut dan semua dibenarkan berehat hingga waktu makan tengahari.


Selepas makan tengahari lebih kurang jam 2.30 petang saya dan Abang Man mula meninggalkan Al Kholidi Marang untuk ke Kedah kerana Ahadnya ingin bersama sama meraikan majlis Khatam Suluk...selesai majlis tersebut lebihkurang jam 11.00malam saya bertolak balik ke KL dan tiba jam 4.30pagi Isnin...


Inilah sebuah perjalanan darat...ada jalan yang rata..ada jalan yang menurun bukit dan ada jalan yang mandaki bukit.....sama seperti perjalanan kehidupan kita...ada masa bersenang senang dan adakalanya penuh dengan kesusahan sementara yang menurut Imam Ghazali....ada jenis dosa yang ALLAH ampunkan dengan cara ALLAH mendatangkan kesususahan dalam hidup.


Untuk itu bersyukur apabila kita diberi kesenangan dan bersabar dalan segala masaalah kerana ALLAH S.W.T tidak sekali kali menzalimi hamba-NYA.


Mudah mudah kita semua sentiasa dipelihara oleh ALLAH S.W.T.
Wassalam.


kAlAu SeMaLam AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari



Solat Subuh....letih semua nampaknya
Berbeza bila waktu makan...alhamdulillah



Pemandangan di Marang...mandi laut

Monday, March 22, 2010

PERTUKARAN NOMBOR AKAUN

assalamualaikum


Alhamdulilah pujian bagi ALLAH dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


Akaun Maybank PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI tidak dapat digunakan buat masa ini dan mulai hari ini semua sumbangan, zakat atau infaq daripada ikhwan atau sesiapa sahaja untuk PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI hendaklah menggunakan akaun di bawah :


Nama Akaun : PUSAT PENGAJIAN QURAN AL KHOLIDI


Bank : CIMB


Nombor Akaun : 1476 - 0000 - 177 - 105



Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini dan mari kita sama sama berdoa agar ALLAH sentiasa memelihara pusat tahfiz ini.



Wassalam


USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
Mudir
Pusat Tahfiz Al Kholidi

PERTUKARAN NOMBOR AKAUN

Friday, March 19, 2010

Mula dan Akhir


Assalamualaikum


Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W , Nabi lagi Rasul.


Malam ini saya akan bertolak ke Marang Trengganu untuk mengiringi pelajar yang ditempatkan sementara di Ukay Bistari untuk pulang ke cawangan Marang bagi memulakan pengajian.


Pelajar cawangan Marang yang sedang bersuluk di Paya Mak Inson, akan menaiki bas pulang ke cawangan Marang pada hari Isnin 22/3/2010 jam 9.30 malam sementara pelajar cawangan Kuantan bertolak dari Alor Star hari yang sama jam 9.00 malam.Kedua-dua kumpulan pelajar ini dijangka tiba pada pagi Selasa 23/3/2010.


Dari Marang saya akan terus ke Kedah untuk meraikan majlis khatam suluk pada hari Ahad ini waktu Asar dan akan bertolak balik ke Kuala Lumpur malam itu juga.


Taqwim 2010 Pusat Tahfiz Al - Kholidi tahun ini lambat dikeluarkan kerana memerlukan beberapa penyelarasan dan diharapkan semua ibubapa dapat bersabar , cuma apa yang saya boleh maklumkan cuti berikutnya ialah bulan Jun, sama dengan cuti sekolah kebangsaan tetapi tarikh sebenar dan jumlah hari bercuti akan saya umumkan kemudian.


Kami di Ukay Bistari juga membuat persiapan terakhir untuk berpindah ke Ulu Yam pada bulan Jun ini dan sekarang gerak kerja ke arah itu sedang dibuat. Saya memohon doa dari semua pihak mudah mudahan usaha ini diberi pertolongan oleh ALLAH S.W.T. apabila berpindah maka tiada lagi Al-Kholidi di Ukay Bistari yang merupakan tempat tertubuhnya tahfiz ini.......tiada yang kekal...melainkan ALLAH.


Mari kita sama sama berdoa agar sebaik sahaja naik sessi pengajiabn bermula seperti biasa...semua pelajar dan ahli khidmat serta ibubapa dapat memainkan peranan masing masing dalam usaha menghafizkan pelajar-pelajar kita.Buanglah sifat terasa lambatnya cuti lalu rasa rindu pada anak anak kerana bimbang ia secara kerohanian akan menjejaskan tumpuan pelajar...anak anak ini duduk dijalan ALLAH......ahli ahli khidmat cuba sebaik mungkin menjaga kebajikan anak anak ini dan selebihnya kita serah kepada ALLAH S.W.T


Wassalam


kAlAu SeMaLaM AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

Tuesday, March 16, 2010

21 Mac 2010

Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul
( Tapak Di hulu Yam )


Assalamualaikum,

Alhamdulillah , pujian bagi ALLAH yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki dan Selawat serta salam atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hujung minggu ini 21/3/2010 semua pelajar yang bersuluk akan khatam pada waktu asar dan saya mendoakan agar zikir mereka mendekatkan hubungan masing-masing dengan ALLAH S.W.T.

Pelajar-pelajar cawangan Ukay Bistari akan menaiki bas Sani Ekpress ke Kuala Lumpur pada hari Isnin 22/3/2010 jam 12.00 tengahari( tiket sudah dibeli ) sementara cawangan Kuantan dan Trengganu, tiket bas mereka sedang diuruskan dan dijangka bertolak dari Alor Star pada hari Isnin juga.
Sementara pelajar cawangan Trengganu yang sekarang ini ditempatkan sementara di Ukay Bistari akan bertolak ke cawangan mereka insyaALLAH Jumaat malam Sabtuini.

Mereka diberi rehat dicawangan masing-masing untuk satu hari sebelum memulakan pengajian...

Setakat ini semuanya berjalan baik walaupun diluar suluk saya yang setakat ini mentadbir bergelut dengan sedikit masaalah tetapi kita sama sama berdoa agar semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Perjalanan Pusat Tahfiz Al-Kholidi seterusnya bergantung kepada rancangan perbincangan pihak yang terlibat dengan kemelut yang dijangka diadakan 21/3/2010 dan saya cuma menunggu hari tersebut serta yakin satu keputusan akan dicapai......yang lebih penting dari itu segalanya mungkin...

Mereka yang mendengar desas desus harap tidak komen dalam blog ini......bila sampai masanya saya akan umumkan ...mungkin Isnin 22/3/2010.....teruskan solat hajat agar PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI terus dipelihara ALLAH S.W.T.


Wassalam


kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...



Ustaz Yunus Bin kamaruddin

Ukay Bistari

Friday, March 12, 2010

SOLAT HAJAT

Assalamualaikum,

Alhamdulillah , pujian bagi ALLAH atas segala limpahan nikmat dan selawat serta salam atas Nabi Muhammad S.A.W sesempurna hamba-NYA.


Majlis suluk sudahpun bermula waktu asar hari Khamis 11/3/2010 dan akan berakhir pada 21/3/2010 ( Ahad ) selepas asar juga.



Rabu 10/3/2010 saya berada di Kedah atas beberapa urusan terutama tentang kemelut yang sedang dihadapi oleh tahfiz dimana wang yang disalurkan melalui akaun tidak dapat digunakan untuk manafaat pelajar dan pengurusan . Setelah berbincang dengan Tuan Guru Hj Sanusi, satu keputusan telah dicapai dan akan saya umumkan selewat-lewatnya selasa 16/3/2010. Buat masa ini segala sumbangan, yuran zakat dan sebagainya boleh dihantar terus kepada saya.


Saya ingin mengajak semua termasuk ibubapa pelajar untuk mengadakan solat hajat masing-masing dan mendoakan agar hak pelajar dikembalikan dan mudah-mudahan ada diantara kita yang dimakbulkan doanya...amin.



Berbalik kepada program suluk....saya nyatakan senarai nombor pelajar yang tidak bersuluk dan mana-mana yang nombornya tiada dalam senarai dibawah bermakna pelajar ini dalam suluk. Pelajar yang bersuluk tidak boleh dihubungi sehinggalah hari khatam....10 hari aje.....dulu 40 hari pun okey .


SENARAI PELAJAR TIDAK BERSULUK YANG DITEMPATKAN DI KUBANG JELAI


07 , 14 , 18 , 30 , 31 , 33 , 36 , 39 , 46 , 47 , 48 , 51 , 53 , 54 , 59 , 61 , 62 , 63 , 64 , 65 , 66 , 67 , 69 , 70 , 72 , 73 , 77 , 77 , 80 , 91 , 118 , 120 , 127 , 130 , dan 132.


SENARAI PELAJAR TIDAK BERSULUK YANG DITEMPATKAN DI UKAY BISTARI


01 , 05 , 25 , 27 , 37 , 41 , 71 , 74 , 139 , 140 , 172 , 84



Ada beberapa orang pelajar yang masih dalam cuti sakit saya tidak nyatakan di sini, mudah mudahan mereka cepat sembuh...



Akhirnya mudah-mudahan semua pelajar kita dan ahli-ahli khidmat sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T.....dan segala masaalah ALLAH permudahkan jalan keluarnya..
Wassalam.


KaLaU sEmAlAm AkU mAtI


Ustaz Ynus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari.


tengah bersantai...petang rabu..




Rumah Suluk setelahbeberapa ubahsuai















Pujian bagi ALLAH yang bersifat pengasih serta penyayang kepada hamba-hamba-NYA dan Selawat serta Salam ke atas kekasih-Nya

Friday, March 5, 2010

PERHIMPUNAN AL-KHOLIDI

Assalamualaikum,


Alhamdulillhah pujian bagi ALLAH S.W.T yang sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya untuk bertaubat dan Selawat serta Salam ke atas Kekasih ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W.

Ahad ini semua pelajar ( kecuali pelajar tempatan Kedah dan Trengganu ) akan dikumpulkan di Ukay Bistari jam 10.00 malam sebelum dibawa dengan bas sewa khas ke Kedah pada malam yang sama.Pelajar cawangan Trengganu sebahagiannya akan bermukim di Al-Kholidi Ukay Bistari sehingga 21/3/2010 .

InsyaALLAH setelah sampai di Kedah, pelajar yang tidak mengikuti program suluk akan bermukim di Al-Kholidi Kubang Jelai ntuk meneruskan pengajian sementara yang bersuluk akan dikumpulkan Al-Kholidi Kg Paya Mak Inson.

Program suluk akan bermula pada waktu asar Khamis 11/3/2010 dan berakhir pada waktu asar Ahad 21/3/2010.Kemudian InsyaALLAH pada hari Isnin 15/3/2010 semua pelajar akan bertolak ke cawangan masing-masing untuk memulakan pengajian termasuk yang telah bermukim di Ukay Bistari..mereka akan kembali ke Al-Kholidi Trengganu pada hari isnin tersebut.

Menyusun semua ini tidaklah mudah, oleh itu kerjasama dari semua pihak sangat diharapkan....jangan ada yang lewat pada hari ahad ini...jangan kasi pelajar lebih daripada RM20.00.....jangan ada yang senyap-senyap membawa telefon bimbit......lebih elok dibawa gambar keluarga ( gambar hendaklah menutup aurat ) atau gambar ibubapa.....berhentilah membawa makanan yang berlebihan......

Sehingga ini saya masih menunggu pengesahan daripada beberapa orang pelajar dan diharap mereka dapat sahkan kedudukan mereka samaada terus dengan AL-KHOLIDI atau sebaliknya....yang meneruskan alhamdulillah....yang tak sambung......didoakan mendapat tempat yang lebih baik..

Selamat kembali ke Al-Kholidi........sama sama kita mencari keredhaan ALLAH S.W.T....yang lemah kita kuatkan.....yang susah kita bantu supaya menjadi mudah......yang keliru ???...mintalah pada ALLAH S.W.T....moga diberi jalan keluar..

Wassalam


kAlAu SeMaLaM aKu MaTi....


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari


Thursday, March 4, 2010

SELOSAI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah , pujian bagi ALLAH dan Selawat serta Salam ke atas semulia-mulia hamba..Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T.. saya telah selesai menyiapkan susunatur pelajar yang baru dan sms telah dihantar kepada yang terlibat..mudah mudahan susunatur ini diberkati ALLAH S.W.T.

Dalam menyiapkannya setelah berbincang dengan guru-guru yang terbabit serta sessi interview dan pemerhatian itulah keputusannya dan saya menunggu jawapan balas daripada pelajar terbabit dan diharapkan ia dapat diterima....kita cuma merancang. Bagi pelajar yang tidak terlibat dengan susun atur yang baru ini sms tidak dihantar yang menandakan mereka kekal di cawangan sebelum ini.

Jumlah pelajar terkini seramai 133 orang dan rancangan kami 60 orang akan dipilih menyertai program suluk manakala bakinya akan meneruskan kelas mereka di Ukay Bistari dan Masjid Kubang Jelai.Selesai majlis suluk , pelajar akan kembali ke cawangan masing-masing untuk meneruskan pengajian.


Akhirnya mari kita sama-sama berdoa agar Pusat Tahfiz Al-Kholidi terus dilindungi oleh ALLAH S.W.T segala masaalah dan halangan, mendapat pertolongan daripada-NYA....tiada yang sempurna melainkan ALLAH.S.W.T.....


Wassalam.

KaLaU sEmAlAm aKu MaTi.....


USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
Ukay Bistari