Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الر حيم
Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W penyudah segala Rasul.
Jumaat pagi saya ke tapak projek pembinaan Pusat Tahfiz Al-Kholidi di Hulu Yam dan alhamdulillah kerja kerja membuat jalan masuk ke tapak pembinaan berjalan baik cuma sesekali terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca.
Tentunya pemegang-pemegang saham akhirat yang telah menginfaqkan harta dan lain-lain bagi menjayakan pembinaan ini turut merasa syukur kepada ALLAH S.W.T kerana pahala mereka telahpun tertulis dan akan terus ditulis yang akhirnya mudah mudahan menjadi sesuatu yang berharga ketika dibentangkan kitab amal masing-masing insyaALLAH.
Ada 4 jambatan saiz kecil dan sederhana yang perlu dibina untuk sampai ke tapak pembinaan dengan jalan masuk sekarang dankami yakin akan dapat selesaikan sebelum bulan Disember 2009.
Pembinaan jalan untuk sampai ke taman syurga ini ( Tempat ilmu dinisbahkan kepada Taman Syurga ) dan jambatan ini mengingatkan kita untuk sampai ke syurga yang hakiki kita perlu berada di jalan yang lurus seperti firman ALLAH S.W.T di dalam Surah Fatihah sehinggalah kita akan melalui titian ( Jambatan ) sirat dan yang selamat akan bertemu dengan syurga.....
Kuliah minggu ini saya banyak berkongsi tentang doa keluar tandas yang mungkin tidak sehebat hanphone untuk diambil berat pada sesetengah hamba ALLAH.Memang doa ini hukumnya sunnat dibaca setiap kali keluar daripada tandas apatah lagi kita baru membuang segala kekotoran atau lebihan yang terhasil daripada lebihan makanan atau lainnya.
Tiada dosa bagi yang tidak membaca doa ini tetapi adakah kita hamba yang bersyukur apabila ALLAH , yang telah memberi kemudahan untuk najis keluar dengan sempurna mengikut saluran yang ALLAH cipta tanpa ada sebarang bayaran perkhidmatan tiba tiba lupa memuji ALLAH atas nikmat ini....bayangkan ada kisah manusia yang tidak mempunyai saluran najis yang sempurna....untuk mengeluarkannya menyakitkan dan memerlukan alat bantuan yang tidak sama dengan yang ALLAH cipta walhal kos yang perlu dibayar bukan sedikit....doa ini tidaklah sesusah mana hingga kanak-kanak tadika lancar membacanya tetapi sifat hamba seperti kita sering dilupakan oleh ALLAH untuk beramal dengannya .....kenapa?
...kAlAu sEmAlAM aKu mAtI...??????????????????????
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Wassalam,
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Pusat Tahfiz Al-Kholidi
No comments:
Post a Comment