Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Thursday, November 5, 2009

BARU BERMULA

Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah dan selawat serta salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang sebaik-baik manusia.
Hari ini hari pertama saya di ruangan ini yang saya akan cuba menjadikannya tempat perkongsian ilmu . Mudah mudahan ia dapat kita sama sama dapat manafaatkan bagi kehidupan dunia dan akhirat.
Dalam keadaan masih baru tentu kejahilan menyebabkan ada yang tidak sempurna tetapi saya akan berusaha dan memohon hidayah dan taufiq daripada ALLAH S.W.T untuk menJadikan laman ini satu taman bagi menghidupkan benih benih pahala yang seterusnya ada sesuatu yang boleh menyampaikan kepada redha ALLAH S.W.T.
Kuliah Zohor di MARA jalan raja laut hari ini satu rahmat kerana ada dua orang saudara baruyang telah di Islamkan.Begitu gembira mereka berdua apabila difahamkan segala yang mereka buat sebelum daripada ini tidak perlu dibimbangkan kerana mulai hari ini buku lembaran baru bermula.Inilah kekuasaaan dan kehendak ALLAH S.W.T memberi hidayah dan taufiq kepada sesiapa yang dikehendaki....cuma persoalannya kepada kita........Islam kita selama ini adakah menjadikan kita semakin hari semakin dekat kepada Ilahi atau sebaliknya.....
.....kalau semalam aku mati..
Wassalam
الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Pusat Tahfiz Al-Kholidi

1 comment:

  1. Alhamdulillah dengan kehadiran blog dari Ustaz ini diharap dapat menambahkan pencarian ilmu yang tidak pernah habis. Benar jika kita mati semalam bagaimana keadaan kita di alam kubur.

    Harap ustaz dapat mengulas dari kuliah hari ustaz agar dapat dikongsi bersama.

    Moga blog ini terus dimanfaatkan bersama.

    Ameen

    Kak Majidah
    Surau Al Kauthsar.

    ReplyDelete