Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Saturday, November 28, 2009

Yang Mati dan Yang Akan mati












بسم الله الرحمن الرحيم



اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang memiliki segala sifat yang terpuji.


Tahun ini saya menyambut Iedul Adha bersama pelajar-pelajar di Pusat Tahfiz Al-Kholidi cawangan Kubang Jelai , Pendang Kedah..


5 ekor dikorbankan pada hari raya pertama...


Yang mana buat korban melalui saya ...hajat anda telah dilaksanakan semoga menjadi ibadat yang memperolehi pengampunan dosa dan keredhaan ALLAH S.W.T



Macam-macam bunyi yang keluar ketika lembu disembelih...inikah yang dikatakan sakratul maut....


Hari ini hari lembu...hari kita??????????????????????



Wallahua'lam..



kAlAu SeMaLaM aKu MaTi..




الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي



Wassalam



Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Pusat Tahfiz Al-Kholidi.

















Tuesday, November 24, 2009

Bahaya 'Hello'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, Selawat serta Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Kuliah magrib semalam saya membaca kitab Al-Jauhar Al-Mauhub susunan Asy-Syeikh 'Ali Bin 'Abdul Rahman Al-Kalantani di Bab ke 18 " Pada Menyatakan Kelebihan Memberi Salam ".
Antara yang menarik :
1) Sabda Nabi S.A.W :
" Barangsiapa berkata " السلام عليكم ", disurat baginya 10 kebajikan,
Barangsiapa berkata " السلام عليكم ورحمة الله ", disurat baginya 20 kebajikan,
Barangsiapa berkata " السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ", disurat baginya 30 kebajikan."
( Meriwayatkan dia Thabrani )
2) Kata Ibnu Abbas Radhiallahuanhuma :" Bahawasanya iblis sungguhnya menangis ia daripada daripada salam orang mukmin atas saudaranya dan berkata ia Hai!! celakaku, tiada bercerai keduanya hingga diampunkan bagi keduanya.
3) Sabda Nabi S.A.W bagi Annas Bin Malik R.A : " Mahukah aku ajarkan dikau tiga perkara , engkau mengambil manafaat dengan dia ",
Katanya : " Bahkan "
Sabdanya : " Apabila engkau berjumpa akan seorang daripada umatku , maka memberi salam olehmu atasnya nescaya panjang umur engkau,
dan jika engkau masuk akan rumah engkau maka beri salam olehmu nescaya banyak kebajikan rumah engkau,
dan sembahyang olehmu akan sunnat Dhuha , maka bahawasanya ia sembahyang orang 'Abrar al Awwalin'."
4)...dan kata Imam Nawawi : Sunnat memulai dengan salam dahulu daripada tiap-tiap kalam.
Setakat ini dulu saya petik dari kitab Al-Jauhar Al-Mauhub...cuma nak cerita..habis kuliah ada seorang ahli jamaah surau menghampiri saya sambil tersenyum dia berkata ( lebih kurang yang saya ingatnya begini ) :
" Ustaz , kita tak boleh ucap ' hello ' sebab bila asingkan perkataannya akan jadi Hell O...tu ucap orang ke neraka namanya "
Saya cuma mampu senyum....ada logiknya tetapi tak boleh jadi hujah tanpa mencari dalil yang pasti....apapun berdasarkan perbincangan kita dalam bab salam ni...eloklah kita ubah....
-Bila jumpa orang mulakan dengan salam...dapat pahala dan terampun dosa...
-Bila pick-up phone...sebut salam pun tak pa...itupun perkataan baik...jangan mula dengan 'hell o'.. bunyinya macam neraka..
Wallahua'lam,
kAlAu SeMaLam AkU mAtI,
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Pusat tahfiz Al-Kholidi

Monday, November 23, 2009

Anakku Sazali...dengarlaaaah Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم

أسلام عليكم

Alhamdulillah pujian bagi ALLAH S.W.T yang bersifat dengan kesempurnaan dan selawat serta salam keatas Nabi Muhammad S.A.W , utusan yang memberi rahmat kepada sekelian alam.
Musim cuti sekolah dah tiba......ibubapa ramai yang pening....pening kenapa..???...bila cuti anak nak kawal macammana...antara alternatif yang ada :
-hantar balik kampung atau
-penuhkan dengan tuisyen
-atau biar aje ( pilihan paling tak tepat )
-hantar ke kem-kem cuti sekolah
Mari kita bincang tentang kem cuti sekolah...sebelum tu hayati satu hadis yang sangat dimaklumi :
Sabda Nabi S.A.W :

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيِّاتِ

Maksudnya " Sesungguhnya Amalan-amalan itu dengan niatnya.
Kem cuti sekolah ada berbagai jenis dan berbagai pengisian..antara yang popular ialah kem ibadah di mana anak-anak akan diberi pengisian rohani dan jasmani...ada belajar solat...hafaz ayat-ayat lazim...motivasi dan sebagainya tetapi ini bukan persoalannya...dan kos juga bukan persoalannya..
Kita kembali kepada perkara pokok iaitu hadith di atas...kompas bagi ibubapa dalam pada menghantar anak-anak mereka ke kem cuti sekolah....jangan silap.
Jangan ibubapa berniat bila hantar anak ke kem :
-untuk memenuhi masa anak yang terluang
-supaya ibubapa tak pening kepala nak jaga
-untuk seronok-seronok
Perlu diingat anak adalah tanggungjawab ibubapa dan kem-kem ini cuma membantu ,jadi NIAT perlu betul setelah memilih kem yang betul...niat yang dinyatakan di atas tak tepat..walaupun apa yang diniat itu tercapai...
Saya mencadangkan berdasarkan pengalaman dengan budak-budak sekolah ni..( ini sekadar pandangan ,,mungkin tak tepat ) kem macammana nak pilih untuk anak-anak..
Anak yang sangaat liat hingga dah suruh pun tak buat ibadah wajib pilihlah kem yang ada pengisian basic fardu ain dan cari yang lebih kepada motivasi dan dalam masa yang sama ada aktiviti luar ....
Anak yang buat ibadat wajib cuma perlu disuruh baru buat...yang ni..pilih kem ibadah dimana mereka terpaksa solat berjamaah dan solat solat sunat dan cari yang ada menghafaz ayat-ayat quran kerana kategori ini mudah-mudahan lembut hati dengan ayat-ayat quran yang ada didada....motavasi sangat perlu dan riadhah tak banyak pun tak pa...
Anak yang dah ok dari sudut ibadat...maksudnya tak perlu bersuruh...yang ni hantar ke kem yang menghafal quran dan hadith, doa-doa....lebih sikit aktiviti luar semasa dalam kem pun tak pa...dapat anak macamni alhamdulillah.
Yang paling penting NIATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.........
Ya ALLAH...aku hantar anak aku ke kem ini untuk dia mendapat ilmu yang bermanafaat kerana ia tanggungjawab aku memberinya....tinggal lagi aku tak mampu ...mudah mudahan ENGKAU berikan kejayaan atas usaha aku yang tak seberapa ni....
Mudah-mudahan bila ibubapa haantar ketempat yang betul dngan NIAT yang betul...walaupun tak berapa hari programnya tetapi hak mutlak ALLAH untuk memberikan hasil yang terbaik kepada hamba yang memperbetulkan niatnya.
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...
إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Pusat tahfiz Al-Kholidi
abi@al-kholidi.com

Friday, November 20, 2009

Kiamat Semakin hampir .....

  • بسم الله الرحمن الرحيم
  • Assalamualaikum.
  • Alhamdulillah, Selawat serta salam kepada penghulu semua Rasul, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahua'laihiwasallam..
  • Tulisan terakhir Jumaat 13 Nov 2009....tup...tup...menulis kali ni dah Jumaat lagi....cepat betul rasanya masa berlalu..betullah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi Rahimahullahu Ta'ala yang bermaksud :
  • Daripada Anas Bin Malik Radhiallahuanhu berkata , "Rasulullah Shallallahua'laihiwasallam bersabda :
  • "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari seperti dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api ".
  • Dalam masa seminggu ini saya telah berada di Kedah dan sempat ke Kota Bharu semuanya atas urusan menyambut kedatangan bakal-bakal huffaz yang akan melapor diri pada 01hb Disember 2009 seramai 46 ( Setakat artikel ini ditulis dan maksima 50 orang tempat yang disediakan)
  • Ke Kg Paya Mak Inson Kedah untuk mengetahui perkembangan ubahsuai bangunan ( Surau ) cawangan Pusat Tahfiz Al-Kholidi yang ke 2 ( Al-Kholidi Ukay Bistari HQ dan Masjid Nurus Salam, Kubang Jelai, Pendang Kedah cawangan pertama ).
  • Cawangan ke 2 ini akan dijadikan tempat "Program Qolbun Salim" selama 40 hari bagi pelajar baru di atas dan selesai daripada program ini meraka akan diberi cuti beberapa hari sebelum ditempatkan di cawangan yang difikirkan sesuai termasuk cawangan yang InsyaALLAH akan dibuka Januari 2010 iaitu di Marang Trengganu ( Sebuah Bungalow telah diwakaf ) dan di Kuantan ( 2 unit rumah 3 bilik berserta dua ekar tanah ditepinya diwakaf ).Sekiranya ALLAH mengizinkan Al-Kholidi akan ada lima semuanya dan jumlah para pembaca AL-Quran mencecah 100 orang menjelang januari 2010.
  • Program 40 hari lebih kepada tarbiah rohani dengan dibimbing solat fardu dan sunnat, berzikir, mengaji khatam 30 juzuk dan sessi motivasi supaya mereka jelas dan yakin pembaca kitab ALLAH bukan golongan kelas tiga sebaliknya mempunyai masa depan yang cerah samaada di dunia mahupun akhirat , InsyaALLAH.
  • Seminggu ni saya menawarkan dalam kuliah saya sesiapa yang ingin mewakafkan naskah Al-Quran , Rehal, Sejadah, Jam dinding, Kipas angin , dulang, cawan dan yang berkaitan dan nampaknya ahli-ahli ilmu memberi respon yang sangat bagus....saya mendoakan agar usaha bersama ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T.....BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA 019-3216267....
  • Nanti..tup..tup dah 1/12/2009.....bergegar paya mak inson dengan suara bacaan ayat-ayat suci....bagaimana rasanya...syahdu....maka ramai hamba ALLAH akan mula mengutip saham akhirat mereka....dengan kepantasan masa yang menandakan kiamat hampir tiba, ruang beribadat kita semakin hari semakin pendek..apa lagi jika kiamat kecil menjemput.......mati...
  • Kita mustahil mampu menahan kiamat kecil yang berupa kematian...mustahil kita mampu menangguhkan kiamat besar yang berupakan hari kiamat......kita cuma ada satu pilihan....mamanfaatkan masa yang sangat pendek ini dengan sebanyak-banyak kebajikan....kita berdoa dan berusaha agar ALLAH mengeluarkan kita dari golongan yang rugi demi masa......
  • kAlAu SeMaLaM aKu MaTi......
  • الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
  • Wassalam,
  • Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
  • Al-kHolidi Ukay Bistari, Ampang

Friday, November 13, 2009

DUA JUTA





Assalamualaikum



بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahualaihiwassallam...



Kita masih bernafas atas kurnia ALLAH S.W.T dan mudah mudahan setiap turun naik nafas yang merupakan nikmat daripada-NYA tidak menjadi beban kepada kita pada hari akhirat keran setiap nikmat akan ditanya manakala setiap dosa akan diazab..



Saya 'control' nafas bila arkitek membentangkan budget keseluruhan bagi pembinaan PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI di sebidang tanah lebih kurang dua ekar di Hulu Yam...lebih kurang RM2 juta....



Saya semak perinciannya dan saya berpuashati dengan apa yang nak dibuat dengan kos yang dianggarkan...kerja agama....ada surau..ada chalet hafiz....kantin...kuaters kakitangan....landscape...dan macam-macam lagi....buat jalan sahaja setakat ini RM14000.00 telah dibelanjakan dan masih perlu dibelanjakan untuk menyiapkan jalan.





Kita bandingkan...berapa kos buat stadium yang kemudian dibakar...kita bandingkan berapa kos pusat hiburan yang membawa manusia kepada kelalaian...juta juga harganya...jadi kita boleh terima kos 2 Juta untuk Pusat Tahfiz yang akan bergema dengan bacaan al-Quran dan berbagai jenis ibadat yang lain...satu huruf yang keluar daripada mulut pembaca Quran ganjarannya 10 pahala...maka yang sama-sama menyumbang kepada pembinaannya ..InsyaALLAH dapat saham...maka saya kata kita pergi langkah seterusnya...siapkan proposal dan kita akan gerakkan dana ini hingga jadi realiti apa yang dirancangkan...masa untuk berusaha dan memohon pertolongan daripada ALLAH S.W.T....jom ikut sama..



Fikir saya mungkin tak tepat dengan realiti....seorang kasi RM10.00...cuma perlu dua ratus ribu orang menyumbang..rakyat malaysia...lebih 25 juta orang....tapi mungkin tak semudah itu..apa pun pembaca cuma perlu tanya diri sendiri...apa aku nak buat....dapat doakan pun pertolongan juga...sebarkan maklumat ni pun pertolongan juga...mudah-mudahan ALLAH pilih anda salah seorang yang dapat saham akhirat ini..



Selagi kita bernafas usaha akan diteruskan..pendaftaran Disember 2009 menjangkau 51 orang walaupun limit asal 40 orang ..tapi tak sampai hati nak tolak....kita akan cuba ikhtiar...maka projek Hulu Yam ni mudah mudahan ALLAH permudahkan...niat kita sementara ada nafas ini nak cari saham sebanyak mungkin melahirkan para huffaz seterusnya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi....ada yang jadi ulama hendaknya......mungkin waktu itu kita dah tiada..jadi sementara ada ni kita buat semaksima yang kita mampu....



KaLau SeMaLaM AkU mAtI......



الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي



Wassalam,


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi

Ukay Bistari , Hulu Kelang



Wednesday, November 11, 2009

BAHAYA MENCELA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT

Assalamualaikum,

Cuba kita renungkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi Rahimahullahu Ta'ala yang di petik daripada kitab Bahru al Mazi Jilid ke 17, Hadith ke 85.



بسم الله الرحمن الرحيم



عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَل قَال : قَالَ رَسُولُ اللهِ صل الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ بِذَنْبٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَعْمَلَهُ. قَال أَحْمَدُ : مِنْ ذَنْبٍ قَدْ تَابَ مِنْهُ.

Daripada Mu'az Bin Jabal katanya " Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam : " Siapa mencaci saudaranya dengan satu dosa , tiada mati ia hingga diperbuatnya ". Kata Ahmad daaripada dosa sesungguhnya taubat ia daripadanya".

Kata As Syeikh Muhammad Idris Al Marbawi :

Ketahuilah kiranya ya saudaraku :

Apabila seorang daripada saudaramu yang islam telah taubat ia daripada maksiatnya yang telah diperbuatnya, tiadalah sayugianya engkau ingat kenang akan dosa yang telah ditaubatnya itu dengan niat menzahirkan aib diri saudaranya itu dan mahu mencacinya kerana yang demikian itu ditegah oleh syara' seperti seseorang itu tahi judi dan kuat makan riba atau suka main perempuan dan sebagainya kemudian taubat ia daripada segala pekerjaan maksiat itu maka tidaklah harus atas kamu membualkan dan mengeluarkan kata: saudaramu itu jahat bagian-bagian...,sekarang ia kita nampak tidak memperbuatnya, tidaklah boleh kita percaya akan dia itu lagi kerana sesungguhnya nampak ia tidak berbuatnya nanti diulangnya pula, takkan ia boleh berhenti langsung kerana orang sudah biasa berlumur dengan busuk dan makan bangkai , nanti tak lama lagi diulangnya pula.

Maka engkau berkata demikian itu cukup dengan qasad menghinakan dan membusukkan dia. Maka yang demikian itu tiada seseorang berbuat akan dia melainkan berbalik ke atas yang mencaci dan mencela itu memperbuatnya pula. Ialah balasan daripada ALLAH Subhanahuwata'ala akibat mencaci orang yang taubat itu.

Bersalahan jikalau ingatkan dan menyebutkan ahwalnya bukan kerana mencaci dan mencela, bahkan qasad mengambil iktibar dan memecutkan supaya kuat bertaubat maka yang demikian itu tidak apa.

Bermula dalil atas tegah mencaci saudara yang telah taubat daripada dosa yang yang diperbuatnya itu ialah sebagai satu hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa at Tirmizi dengan katanya :" Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, namanya Mu'az Bin Jabal Radhiallahu'anhu katanya": " Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam : " Siapa yang mencaci saudaranya sama islam dengan dosa yang telah diperbuatnya ( seperti dikatakan ke mukanya : " Kamu orang jahat", " Kamu tahi judi ", " Kamu orang kuat main perempuan " dan lainnya,padahal ia sudah taubat daripada segala pekerjaan maksiat itu ), nescaya tidak mati orang yang mencaci melainkan ia perbuat seperti yang dicacikannya saudaranya itu ". kata Ahmad : Daripada dosa yang sesungguhnya telah bertaubat ia daripadanya.

( Kata Abu Isa at Tirmizi bermula ini hadith Gharib )

Mari kita sama sama kita perbaiki diri dengan berhati-hati bila memperkatakan dosa orang lain....mereka bertaubat tanpa beritahu kita ...tiba-tiba kita menuduhnya jahat....kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...........

الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي

Wassalam,

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Pusat Tahfiz Al-Kholidi

email :abi@al-kholidi.com


Friday, November 6, 2009

JALAN KE TAMAN SYURGA DAN DOA WUDUK

Assalamualaikum.


بسم الله الرحمن الر حيم

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W penyudah segala Rasul.




Jumaat pagi saya ke tapak projek pembinaan Pusat Tahfiz Al-Kholidi di Hulu Yam dan alhamdulillah kerja kerja membuat jalan masuk ke tapak pembinaan berjalan baik cuma sesekali terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca.




Tentunya pemegang-pemegang saham akhirat yang telah menginfaqkan harta dan lain-lain bagi menjayakan pembinaan ini turut merasa syukur kepada ALLAH S.W.T kerana pahala mereka telahpun tertulis dan akan terus ditulis yang akhirnya mudah mudahan menjadi sesuatu yang berharga ketika dibentangkan kitab amal masing-masing insyaALLAH.

Ada 4 jambatan saiz kecil dan sederhana yang perlu dibina untuk sampai ke tapak pembinaan dengan jalan masuk sekarang dankami yakin akan dapat selesaikan sebelum bulan Disember 2009.


Pembinaan jalan untuk sampai ke taman syurga ini ( Tempat ilmu dinisbahkan kepada Taman Syurga ) dan jambatan ini mengingatkan kita untuk sampai ke syurga yang hakiki kita perlu berada di jalan yang lurus seperti firman ALLAH S.W.T di dalam Surah Fatihah sehinggalah kita akan melalui titian ( Jambatan ) sirat dan yang selamat akan bertemu dengan syurga.....









Kuliah minggu ini saya banyak berkongsi tentang doa keluar tandas yang mungkin tidak sehebat hanphone untuk diambil berat pada sesetengah hamba ALLAH.Memang doa ini hukumnya sunnat dibaca setiap kali keluar daripada tandas apatah lagi kita baru membuang segala kekotoran atau lebihan yang terhasil daripada lebihan makanan atau lainnya.



Tiada dosa bagi yang tidak membaca doa ini tetapi adakah kita hamba yang bersyukur apabila ALLAH , yang telah memberi kemudahan untuk najis keluar dengan sempurna mengikut saluran yang ALLAH cipta tanpa ada sebarang bayaran perkhidmatan tiba tiba lupa memuji ALLAH atas nikmat ini....bayangkan ada kisah manusia yang tidak mempunyai saluran najis yang sempurna....untuk mengeluarkannya menyakitkan dan memerlukan alat bantuan yang tidak sama dengan yang ALLAH cipta walhal kos yang perlu dibayar bukan sedikit....doa ini tidaklah sesusah mana hingga kanak-kanak tadika lancar membacanya tetapi sifat hamba seperti kita sering dilupakan oleh ALLAH untuk beramal dengannya .....kenapa?



...kAlAu sEmAlAM aKu mAtI...??????????????????????
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي



Wassalam,
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Pusat Tahfiz Al-Kholidi

Thursday, November 5, 2009

BARU BERMULA

Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah dan selawat serta salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang sebaik-baik manusia.
Hari ini hari pertama saya di ruangan ini yang saya akan cuba menjadikannya tempat perkongsian ilmu . Mudah mudahan ia dapat kita sama sama dapat manafaatkan bagi kehidupan dunia dan akhirat.
Dalam keadaan masih baru tentu kejahilan menyebabkan ada yang tidak sempurna tetapi saya akan berusaha dan memohon hidayah dan taufiq daripada ALLAH S.W.T untuk menJadikan laman ini satu taman bagi menghidupkan benih benih pahala yang seterusnya ada sesuatu yang boleh menyampaikan kepada redha ALLAH S.W.T.
Kuliah Zohor di MARA jalan raja laut hari ini satu rahmat kerana ada dua orang saudara baruyang telah di Islamkan.Begitu gembira mereka berdua apabila difahamkan segala yang mereka buat sebelum daripada ini tidak perlu dibimbangkan kerana mulai hari ini buku lembaran baru bermula.Inilah kekuasaaan dan kehendak ALLAH S.W.T memberi hidayah dan taufiq kepada sesiapa yang dikehendaki....cuma persoalannya kepada kita........Islam kita selama ini adakah menjadikan kita semakin hari semakin dekat kepada Ilahi atau sebaliknya.....
.....kalau semalam aku mati..
Wassalam
الهي انت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Pusat Tahfiz Al-Kholidi