Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Tuesday, September 21, 2010

MENYAMBUNG PENGAJIAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH S.W.T yang mengurniakan hidayah kepada hamba-hamba pilihan-NYA , Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W , pemimpin ummah.

19/9/2010 bersamaan 10 Syawal, 21 orang pelajar telah melapor diri untuk menyambung pengajian di tempat sementara, Tamu Hill Park , Batang Kali , Selangor.

Ibubapa dan pelajar dibawa melawat ke tapak pembinaan yang dijangka dapat diduduki dalam masa dua bulan dari sekarang insyaALLAH...juga ibubapa diberi taklimat mengenai tempat tinggal dan tempat pengajian di mana Al Kholidi ditawarkan oelh ahli jawatankuasa Surau At Taqwa untuk menggunakan surau mereka sebagai tempat pengajian....saya menyatakan persetujuan dan telahpun membuat kunjungan ke rumah Tuan pengerusi Surau ini....al hamdulillah pengajian sedang berjalan...

Kita berdoa agar usaha ini terus mendapat pertolongan dari ALLAH S.W.T walaupun masaalah yang datang tak kurang hebatnya tetapi ini asam garam perjuangan atas jalan ALLAH S.W.T.

Wassalam

KaLaU sEmAlAm AkU mAtI

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Batang Kali, Selangor


Rombongan tiba melihat tapak pembinaan

Menikmati jambatan tanpa tol

IsyaALLAH siap kak oiii....

sangkut pulak lori ni...

Surau tempat pengajian

Sebahagian pelajar yang melapor diri

Kelas fardu Ain

Kelas Hafiz pimpinan Ust Malek

Kelas Hafiz pimpinan Ustaz Radzi

Sunday, September 19, 2010

HIJAU KUNING

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah , pujian hanya bagi ALLAH yang mentadbir segala urusan makhluknya dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi  contoh ikutan ummatnya.

Lebih Kurang pukul 10.20 malam, sabtu 18/9/2010 bersamaan 9 Syawal, 1431 saya sampai di masjid Ar Redhuan Ulu Kelang di mana semua pelajar Lembah Kelang yang akan pulang ke cawangan Kubang Jelai dan Paya Mak Inson berkumpul di sini untuk menaiki bas sewa khas.

Sewaktu saya sampai bas telah pun tiba dan sebahagian pelajar beserta keluarga masing masing juga telah tiba...saya terus memeriksa senarai yang telah tiba....yang saya perasan nampaklah kasut baru masing masing...kasut raya...alhamdulillah.

Pukul 11.00 malam semua pelajar telah hadir seramai 30 orang dan guru pengiring ialah Ust Ufhran...tiada lagi pelajar yang ditunggu maka 11.06 malam , bas dari syarikat Kiffah Travel membaw pelajar ke negeri hijau kuning.....mudah mudahan selamat sampai.

Ahad 11.00 pagi, pelajar yang ditempatkan di Ulu Yam akan mendaftar di batang Kali buat sementara waktu..insyaALLAH dalam masa dua bulan sahaja....kita tengok pula susana esok...ceria seperti group hijau kuning tak....cuti lama...macam macam boleh jadi...yang pasti keluar masuk pelajar adalah asam garam sesebuah Pusat tahfiz.....yang terlibat dengannya sangat maklum....yang tak sambung mudah mudahan dapat pilih tempat yang lebih bagus....yang masih kekal...saya mohon pada ALLAH sentiasa memimpin kami agar tanggungjawab mendidik dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.


Wassalam


kAlaU sEmAlAm AkU mAtI


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Batang kali , Selangor







Bukan main Lukman senyum yaa...

pesanan ibubapa kut..

Asyik-asyik gambar dia...jangan marah aaa

Pendokong Al Kholidi..anaknya dengan kami tiga orang...macam macam cerita

Mudah Mudahan dapat lah trip dari Kiffah free lain kali..

Wednesday, September 15, 2010

YAMAN

Assalamualaikum,



Alhamdulillah , syukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar , Nabi Muhammad S.A.W .



14/9/2010 ( Rabu ) saya dapat message daripada Ust M. Rafiq menyatakan beliau kekurangan RM4300.00 lagi bagi menampung yuran tahunan pengajiannya di Hadralmawt, Yaman. saya kemudian menghantar message sebanyak mungkin kepada kenalan dan al hamdulillah setakat pukul 12.00 tengahari 15/9/2010 ( khamis ) jumlah yang telah terkumpul dalam akaun Ust Muhamad mencecah lebih RM8000.00.



Inilah yang dikatakan rezeki penuntut ilmu dijamin oleh ALLAH S.W.T sementara penyumbang-penyumbang pula dapat meraih kebaikan insyaALLAH dengan setiap detik penuntut ilmu ini melakukan ibadat , pahala yang berpanjangan mengikut keikhlasan penyumbang tersebut.



Saya merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang membantu usaha ini dan hanya ALLAH S.W.T yang akan membalasnya.



Rabu ( 15/9/2010 ) saya sempat ke KLIA meraikan Ust Muhamad Rafiq yang sedang bersiap sedia berlepas ke Yaman  dengan Qatar Airways dalam pukul 8.00 malam dan berkongsi ilmu dengannya betapa sentiasa perlu menjaga niat dan adab belajar ilmu ALLAH serta menggunakan wang sebaik mungkinkerana ia adalah amanah.



Kita mendoakan agar beliau dapat menumpukan pebgajiannya dan bila selesai bertambah-tambahlah orang alim di atas mukabumi ini, InsyaALLAH



Sumbangan jika ada lagi untuk beliau boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional : 10100-41-0000-8088-6  atas nama MUHAMAD RAFIQ NORDIN, ia berguna untuk belanja yang lain-lain seperti pembelian kitab, ziarah ulama dan sebagainya.


Ustaz Muhamad Rafiq Nordin


Antara yang berada di KLIA


Saya bersama M.Syahir yang beserta Ust rafiq ke Yaman


Wassalam

kAlAu SeMaLaM aKu MaTi

USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
Batang Kali , Selangor

SYAWAL AL KHOLIDI

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

13/9/2010 petang saya dapat panggilan telefon dari Pak Din ( Ahli Khidmat Al Kholidi ) menyatakan jalan dan tebing jambatan kedua terakhir rosak teruk kerana sehari sebelumnya hujan lebih kurang 8 jam.

Hati saya tak senang....ziarah iedulfitri bercampur dengan ingatan Ulu Yam...saya di Johor ketika panggilan dibuat.11.45 malam ..rumah terakhir saya ziarah rumah saudara sebelah isteri di Kulai terus saya balik ke Batang kali dan tiba lebih kurang 4.30 pagi 14/9/2010.

Keesokkannya inilah yang kelihatan di jalan masuk tahfiz...kerosakan yang perlu dibaiki segera...saya bercadang membawa ibubapa melawat tapak tahfiz ini hari Ahad ini 19/9/2010...dan esoh kami akan memulakan kerja-kerja membaiki kerosakan agar  ia tidak bertambah teruk..mudah mudah ALLAH mempermudahkannya.

Kerja-kerja menyiapkan bangunan asrama dijangka bermula minggu depan dan semua pelajar Al Kholidi akan memulakan pengajian di cawangan masing masing hujung minggu ini.

Masih belum terlewat untuk saya mewakii warga Al Kholidi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IEDULFITRI dan mohon maaf atas segala dosa zahir dan batin kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan Al Kholidi.


Wassalam,

kAlAu SeMaLAm AkU MaTi


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
No 19 , Jalan Mahagoni 1C/1
Tamu Hill Park, Seksyen 4
Bandar Utama Batang kali
Selangor Darul Ehsan







Jambatan Utama masih Steady


batu batu yang dilanggar air

Tebing jambatan yang rosak