Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Thursday, July 22, 2010

AL KHOLIDI HULU YAM

Assalamualaikum.



Alhamdulillah pujian bagi ALLAH S.W.T yang sempurna sifat-NYA dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W.


Selasa 20/7/2010 saya membawa sahabat saya Al-Ghazali ke tapak pembinaan tahfiz kita di Hulu Yam.Beliau merupakan anak didik As-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makky yang merupakan seorang ulama sangat dikenali di Malaysia dan memiliki Maahad Az-Zein Al- Makky al-'Aly di Bogor Indonesia.Pukul 11.00 pagi ini ( Khamis ) saya akan membawa sahabat saya ini berziarah Tuan Guru Haji Sanusi Bin Haji Salleh di Pendang Kedah sebelum beliau dijangka berangkat pulang ke Indonesia pada hari Ahad ini .

Kami banyak berbincang bagaimana memajukan pusat pengajian memandangkan beliau telah berada di Maahad Az-Zein sejak dari mula dibuka pada tahun 2004 lagi.Alhamdulillah beberapa perkara yang sangat baik terhasil untuk dihalusi termasuk kerjasama dengan maahad beliau bagi membuahkan hasil yang terbaik, InsyaALLAH.


Muslimin dan Muslimat terutama pemegang saham saham akhirat di Al-Kholidi yang melaburkan harta mereka di sini dapat saksikan perkembangan terbaru di tapak pembinaan yang setakat ini berjalan lancar dan kita telah mempercepatkan proses pembinaan jambatan bagi menghubungkan ke tapak tahfiz...semua ini mengikut perancangan akan disiapkan menjelang Syawal nanti, InsyaALLAH.


Mari kita sama sama berdoa agar niat baik ini diperbaiki oleh ALLAH kerana untuk sampai ke tahap ini bukan sedikit dugaan yang ditempuh.Syaitan sentiasa mencari jalan agar usaha ini gagal.Semoga ALLAH sentiasa melindungi kita semua.

Sahabat saya Al-Ghazali dari Pasentren Bogor Indonesia


( Blok Asrama Sedang Dalam pembinaan )


( PILE untuk pembinaan jambatan )
( Majlis Doa Selamat Ringkas Bersama Pelajar Ukay Bistari )


Wassalam.


kAlAu SeMaLaM aKu MaTi....


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari



















Friday, July 9, 2010

UJIAN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pujian bagi ALLAH S.W.T yang kasih kepada hamba-hamba-NYA dan Selawat serta Salam atas Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Sepotong hadith Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Apabila ALLAH S.W.T mencintai suatu kaum , IA menguji mereka ".

( Riwayat Imam Ahmad , Tirmidzi dan Ibnu Majah ).

Ujian susah terlebih ringan kerana beradat apabila susah orang yang beriman akan mudah mengingati ALLAH S.W.T tetapi mudah menjadi lalai apabila diuji dengan kesenangan hingga ada yang menjadi sombong...ada yang memisahkan diri mereka dalam pergaulan kerana dianggap yang lain dari mereka tidak setaraf...ada yang menjadi kedekut ( kikir ) walhal semua yang terhasil adalah limpah kurnia ALAH S.W.T.

Mudah mudahan kita diberi kesabaran oleh ALLAH S.W.T apabila ditimpa kesusahan dan dikurniakan sifat syukur apabila diberi kesenangan.

Wallhau'alam.

KaLaU sEmAlAm AkU mAtI

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari

Thursday, July 1, 2010

TERKINI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang memiliki mukjizat dan kesempurnaan akhlak.

2 hari saya berada di Kedah untuk memperkemaskan perjalanan cawangan Kubang Jelai dan Kg Paya Mak Inson dan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T yang sentiasa melimpahkan rahmatNYA sehingga saya merasakan keadaan di kedua dua tempat terutamanya cawangan Kg Paya Mak Inson bertambah baik.

Satu perbincangan dengan Tuan Guru Hj sanusi Bin Hj Salleh tertumpu kepada permasalahan cawangan Kuantan dan akhirnya satu keputusan telah dibuat di mana semua pelajar di sana yang jumlahnya 4 orang akan ditempatkan sementara di cawangan Ukay Bistari. Perjalanan cawangan Kuantan dihentikan sementara dan penyusunan semula akan dibuat bergantung kepada perbincangan dengan Ustaz Zulkifli yang menguruskannya.

Sementara 4 pelajar ini akan dibimbing oleh saya sendiri dan ibubapa terbabit akan dimaklumkan tentang apa yang saya rancangkan untuk 4 orang pelajar ini yang akan dibawa balik ke Ukay Bistari pada hari ini ( Khamis 1hb Julai 2010 ).

Saya memandang kisah di Kuantan sebagai satu iktibar betapa untuk mengekalkan diri kita di tempat yang baik berhadapan dengan halangan halangan yang sangat banyak dan jika tidak dapat melawannya boleh mengakibatkan kita semakin mundur dari sudut hubungan hamba dengan Khaliq. Walaubagaimanapun 3 pelajar terakhir yang meninggalkan Al Kholidi Kuantan sehingga mencetuskan keputusan ini, kita sama sama berdoa agar mereka sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T dan pastinya pada satu saat nanti sejarah ini agar memberi pengajaran kepada mereka.

Kepada ibubapa 4 pelajar...selagi ada kepercayaan kepada kami..usaha akan diteruskan agar 4 pelajar ini mendapat hak mereka yang sewajarnya agar menjadi manusia yang berilmu dan berakhlak serta istiqomah dalam amal-amal soleh.

Rahmat ALLAH S.W.T yang kita terus harapkan kerana setiap sesuatu ada hikmahnya.

Wassalam,

kAlAu SeMaLaM aKu MaTi

ILAHII ANTA MAQSUDHI WA RIDHOKA.MATHLUUBI

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin

Ukay Bistari.