Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Tuesday, August 31, 2010

JAMBATAN AL KHOLIDI

ALHAMDULILLAH

INILAH " JAMBATAN AL KHOLIDI " YANG SEDANG DALAM PEMBINAAN

JAZAKALLAH ATAS BANTUAN SEMUA PIHAK

SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH KERANA MEMUDAHKAN PENUNTUT PENUNTUT ILMU

SELAMAT BERIBADAT MALAM MALAM LAILATUL QADAR
BUKAN TANDA ATAU ALAMAT YANG DICARI SEBALIKNYA MEMAKSIMAKAN KETAATAN KEPADA ALLAH S.W.T

SALAM DARI : USTAZ YUNUS BIN KAMARUDDIN
TAMU HILL PARK, BATANG KALI , SELANGOR








Monday, August 23, 2010

Faedah Berlapar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Di dalam kitab " JALAN PINTAS MERAIH HIDAYAH " ( Terjemahan daripada kitab : Al Arbai'in fi Usuluddin ) , karangan Hujjatul islam , Imam Al Ghazali Rahimahullah di nyatakan  tujuh faedah berlapar dan salah satunya  ialah :

Meringankan badan untuk melaksanakan tahajud dan ibadah serta menghilangkan rasa mengantuk yang menjadi penghalang ibadah. Sesungguhnya modal kebahagian adalah umur , sedangkan tidur mengurangi umur kerana ia menghalang ibadah , yang sumbernya adalah banyak makan.

Abu sulaiman ad Darani berkata " Barangsiapa kenyang ,maka dia akan dihinggapi enam penyakit :

1. Hilangnya kelazatan ibadah
2. Terhalang dari menghafal ilmu
3. Tidak memiliki rasa sayang kepada manusia kerana jika ia kenyang  , dia akan mengira bahawa seluruh manusia juga kenyang
4. Berat untuk beribadat
5. meningkatnya nafsunya
6. Bahawa seluruh orang mukmin sibuk di antara masjid-masjid , sedangkan dia sibuk di sekitar tempat buang air.

Sidang pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T...kita sama sama berusaha dan berdoa agar madrasah ramadhan tahun ini mengeluarkan kita daripada enam penyakit di atas.

Wallahua'lam


kAlAu SeMaLAm AkU mAtI


Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Ukay Bistari

Saturday, August 14, 2010

KESEMPURNAAN NIKMAT DUNIA

Assalamualaikum

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan ALLAH S.W.T kepada kita serta selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menyampaikan risalah tauhid sehingga manusia dapat keluar dari kegelapan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud ;

" Siapa berpagi-pagi daripada kamu sentosa pada dirinya , segar pada badannya , di sisinya makanan mengenyangkan harinya maka seolah-olahnya mencapai baginya dunia ".

As-Syeikh al-Marbawi RahimahullahuTaala menerangkan tentang hadith di dalam kitab Bahru al Mazi jilid ke 16, hadith yang ke 68 dengan katanya :

Masaalah : Orang Yang Mencapai Semua Nikmat Dunia

Sesungguhnya boleh dikatakan banyak orang yang tiada tahu akan dirinya telah terhimpun dunia padanya kerana jahilnya, maka dengan hadith ini dapat tahu seseorang  akan dirinya menghimpun dunia itu padanya iaitu :

 Barang siapa berpagi-pagi:

1) sentosa daripada seteru pada dirinya, tiada seterunya buat apa atas tubuhnya,

2 ) segar pada tubuhnya iaitu tiada sakit pada tubuhnya melainkan sihat wal afiat dan boleh melakukan pelbagai kerja dan berfikir,

3) ada di sisinya makanan yang mengenyangkan cukup pada hari itu,

MAKA SEOLAH OLAH TELAH BERHIMPUN BAGINYA DUNIA DAN TIDAKLAH BOLEH BERKATA APA MELAINKAN MAULAH KUAT MENGAMBIL BEKAL AKHIRAT PULA.

Sidang pembaca sekelian....mudah mudahan setiap hari ALLAH merahmati kita dengan nikmat yang tiga ini lalu kita makin kuat beribadat lebih lebih lagi di dalam bulan yang penuh barakah ini.....jika tiga nikmat telah ada masih ada rungutan atau keluh kesah , itulah tanda hamba yang tidak bersyukur.

WALLAHUA'LAM


KaLaU SeMaLAM aKU mAtI....

Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhmmad S.A.W.

Syukur atas nikmat umur yang ALAH kurniakan hingga kita dapat bersama Ramadhan al Mubarrak dan kita sama sama berusaha agar bulan yang penuh dengan rahmat serta pengampunan ini dapat kita manafaatkan.

Berbimbanglah dengan satu hadis Nabi S.A.W di mana baginda bersabda yang maksudnya " Berapa banyak daripada orang yang berpuasa padahal tiada baginya pada puasanya melainkan lapar dan dahaga jua ".

Puasa menyebabkan hawa nafsu yang kuat kepada keinginan maksiat menjadi lemah...tetapi jika sedang menjalani puasa, maksiat tidak ditinggalkan maka bayangkan betapa tebal nafsu yang jahat bersarang dalam diri atau mungkin maksiat itu berlaku akibat tidak sempurna cara kita menjalani ibadat puasa tersebut.....kita harus tahu puncanya.

Mari kita gandakan usaha agar madrasah ramadhan akan menghasilkan pengampunan dosa, lautan rahmat dan dilepaskan dari azab neraka ALLAH serta ramadhan ini memberi kesan kepada ibadat kita di mana dapat ibadat yang sempurna serta istiqamah sepanjang hayat.

Selamat berpuasa dan menjalani ibadat ramadhan,

Wassalam,

KaLaU sEmAlaM aKu MaTi...........


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

Monday, August 9, 2010

AL KHOLIDI HULU YAM 2

BLOK ASRAMA

BLOK ASRAMA

LAWATAN DARIPADA WAKIL BKUM, MARA, JALAN RAJA LAUT

JAMBATAN YANG AKAN DIDIRIKAN DI SINI

PILE YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN