بسم الله الر حمن الرحيم
Alhamdulillah pijian bagi ALLAH S.W.T yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W penyempurna syariat akhir zaman.
Semalam 21/1/2010 bersamaan hari Jumaat dalam perjalanan ke Ulu Yam untuk melihat perkembangan projek pembinaan Al-Kholidi di sana saya diberitahu Harian Metro pada muka depan memaparkan kisah pelajar tahfiz menjadi mangsa amukan guru.
Saya membeli suratkhabar ini dan membaca berulang kali sambil handphone saya menerima panggilan daripada ibubapa untuk pengesahan adakah tahfiz yang dinyatakan dalam berita itu Al-Kholidi....saya menjawab itu tidak benar..
Dalam tulisan ini saya tidak berminat mencari salah sesiapa cuma mengajak semua pihak agar berhati-hati menangani masaalah seperti ini agar ia memberi gambaran yang lebih tepat dan tidak mengelirukan masyarakat.
Saya membaca tidak kurang daripada 3 kali berita tersebut dan ceritanya seolah-olah satu kezaliman yang amat dasyat..di muka depan sahaja cerita merujuk kepada guru digunakan perkataan "usatz mengamuk dan membelasah" dan dibahagian dalam pula perkataan " "memukul, memijak , makin menggila dan memaki hamun".
Saya membayangkan dipenghujung berita ini peajar tersebut sedang dirawat di I.C.U tetapi tidak...pelajar tersebut masih boleh lari daripada asrama dan balik kerumahnya setelah menghubungi keluarganya beberapa kali tetapi tidak dijawab.
Saya sangsi dengan plot ceritanya walaupun saya bukan ahli drama yang berpengalaman dalam menulis skrip.....tetapi saya berharap yang pertamanya, pemberita harus menggunakan bahasa yang sesuai ... yang sekilo jangan menjadi sepuluh kilo......bagaimana mungkin ceritanya seperti diperlakukan dengan kejam sekali tetapi pelajar masih boleh balik sendiri....ini maksud saya....kesannya seolah-olah pusat tahfiz tempat penganiayaan kanak-kanak atau remaja...
Yang keduanya semua pengusaha tahfiz termasuk saya dan juga guru-guru yang berkhidmat memahamkan agama ALLAH kepada masyarakat..mari kita mengambil cerita ini sebagai iktibar....betul macammana pun tindakan kita apabila disensasikan oleh media...tak ramai yang menyokong kita...walhalnya..kita terus mendidik dan tidak membuat siaran media apabila ada pelajar yang bertindak ganas....bergaduh....merosakkan kelengkapan asrama ...mencuri....tetapi kita yang mendidik terus mendidik dengan harapan anak-anak ini berubah dan kita mendapat saham akhirat...
Kepada semua ibubapa yang menghantar anak mereka ke pusat tahfiz khususnya....adillah kepada pendidik....saya setuju dengan laporan polis jika betul ada tindakan melampau tetapi siaran media itu menyebabkan kesan yang sangat negatif.....bukan bermaksud saya takut kehilangan pelajar tetapi bimbang risiko terhadap masyarakat apabila cerita sampai ke tahap media....fahamilah....jika anda memberi makan pakai yang sempurna....belanja yang cukup...keperluan yang terkini kepada anaak-anak anda tetapi anak ini tak tau sembahyang...tak tau menutup aurat dengan betul...tak tau adab-adab dalam islam maka anda sebagai ibubapa lebih zalim daripada guru yang merotan kerana mendidik.
Wahai ALLAH..perbaikilah hati-hati kami semua....
Wallahua'lam
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM AkU mAtI
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Al-Khoidi Ukay Bistari
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteAna rasa terpanggil untuk turut bersuara mengenai berita yang disebutkan di atas. kerana ana juga ditanyai oleh beberapa orang akan hal tersebut. Mereka juga bimbang, kerana kawasan yang disebutkan berdekatan dengan Tahfiz al-Kholidi.
Ana dah maklumkan, perkara itu di Taman Melawati dan Tahfiz al-Kholidi di Ampang, Ukay Bistari.Apapun, ana tidak suka membuat apa2 pandangan sebelum merujuk kepada mana2 ustaz.
Apa yang ingin ana utarakan, ana cukup kesal dengan berita2 yang hanya disebar luas, sebelum mengkaji, menyelidiki akan satu2 perkara pada kedua-dua pihak yang mengadu dan pihak yang diadu.
Mereka yang berkenaan, lupa ke, bahawa Allah s.w.t tidak akan tertinggal menanyai satu perkara pun, walau sebesar zarah.
Sebelum kalian mengeluar berita, fikirlah maruah seseorang pendakwah, atau lebih utama maruah agama yang memokuskan seolah ikut agama itu sangat buruk lakunya. ini satu perkara yang sangat besar natijahnya terhadap islam itu sendiri.
Oleh karena itu kita harus hati2 dalam menerima berita agar tidak menzalimi saudara
kita:
[Quran 49.6] Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Tapi apa yang dilakukan oleh akhbar di atas, berita disiarkan hanya baru mendengar sebelah pihak. Diletakkan dimuka depan pulak tu. bila penafian ustaz tersebut, tidak pula di letakkan dimuka depan.
Bagi islam, seseorang itu, tetap tidak bersalah selagi dibuktikan bersalah.
Apapun, ana tidak mahu menghukum mana2 pihak. bukan kuasa ana utk tentukan semua itu.
Cuma ana tidak mahu, mereka yang mengakui islam, tetapi tidak meninggikan kesucian islam sendiri. malah, segala yang tak baik itu digambarkan pada yang dilabel telah ada ilmu islam. kesilapan dibesar2kan, walaupun belum tahu kebenaran yang sebenar.
Disekolah2 agama, bukan senang ustaz nak mendidik, bahkan menjaga pelajar yang dari latar belakang yang sangat jahil agama. Bukan setakat jahil, tetapi ada ibubapa yang memilih menghantar anak belajar agama setelah anak ini sangat bermasalah.
Pernahkah ustaz2 ni, menulis dalam akhbar mengatakan demikian.. mereka ikhlas mendidik. walaupun ada ibubapa sangat berlepas tangan.
Tapi pelajar bermasalah seperti ini lah, tak boleh disentuh sedikit oleh ustaz atau guru. mengadu jer pada ibubapa, ibubapa dah mula complain, dalam akhbar. seolah anak yang dihantar sana itu tersangat mulia akhlaknya.
Dimana kepercayaan kita terhadap guru2 yang kita amanahkan untuk melepas tanggunjawab kita mendidik mereka dengan agama?
apa pun saya nyatakan ini, untuk peringatan diri saya sendiri. Bagi saya tak semua ibubapa begitu. Tapi harapan saya, perkara2 begini, selidik dulu, berbincang dulu, jangan dengar sebelah pihak... lebih2 kita sebagai ibubapa kita kenali setiap perwatakan anak kita.
kita tahu siapa mereka sebenarnya... maka adil lah terhadap guru2 agama, pada Allah s.w.t kerana, kita akan ditanyai setiap perilaku kita..... Sayangkan islam itu, agama yang dibekalkan untuk keselamatan kita semua.