Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Monday, January 11, 2010

Al-Kholidi 2...Perbaikilah

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الر حمن الرحيم

Alhamdulillah, pujian bagi ALAH S.W.T yang menyempurnakan segala nikmat dan Selawat serta Salam ke atas Nabi Akhir Zaman iaitu nabi Muhammad S.A.W.
Sempurnalah semalam majlis penyerahan pelajar yang mengikuti program 'Qolbun Salim' kepada keluarga masing-masing dan saya percaya hari ini cerita masing-masing masih berkisar kepada 40 hari mereka di Kedah.
Selepas magrib semalam saya bersama pelajar Al-Kholidi Ukay Bistari ke Masjid Al-Falakh di Subang Jaya kerana seorang ulama dari Hadralmaut Yaman iaitu Habib Umar Al-Hafiz akan memberikan nasihat.Dalam syarahan tersebut Habib Umar Al-Al-Hafiz antara yang saya ingat beliau mengatakan kepada semua yang hadir bahawa sesungguhnya kita semua patut bersyukur di waktu ALLAH tidak memerlukan kita ALLAH menjemput kita ke rumah-NYA untuk diberi rahmat. Kita tidak mampu untuk berdoa ( maksudnya untuk melakukan apa saja jenis kebaikan ) sekiranya ALLAH tidak memilih kita....
Ilmu saya yang cetek ini dapat merasakan betapa kata-kata ulama ini cukup mendalam....saya merenung...... inilah yang dikatakan hamba ALLAH.
Sekiranya semua manusia memilih maksiat atau kekufuran..ALLAH tetap dengan kebesaranNYA.....sekiranya semua manusia menjadi waliNYA...ALLAH tetap dengan kebesaranNYA.....di saat kita tidak berupaya untuk membuat kebaikan , ada waktunya ALLAH pilih kita untuk melakukannya atas sifat RahmanNYA.......tanda sayang ALLAH kepada hamba...bukan ALLAH mengambil manafaat dari ibadat hamba bahkan kebaikan itu kembali kepada hambaNYA semata-mata....
56 orang dipilih ALLAH duduk di Kedah selama 40 hari untuk mengharungi suasana ibadat dan ibadat adalah jalan-jalan yang wajib ditempuh oleh setiap hamba bagi mencari keredhaanNYA..
Semalam genap 40 hari....waktu untuk pulang kepangkuan keluarga ...suasana di Kedah ketika itu cukup ceria...masing-masing tak sabar .....nampak dari raut muka masing-masing.
Perjalanan dari Kg Paya Mak Inson Kedah bermula lebih kurang 9.30 pagi...sebaik bertolak saya menghantar SMS kepada semua keluarga pelajar........kami berhenti rehat di R n R Tapah untuk solat Zohor dan makan tengahari dan sebaik sahaja hendak bertolak jam 2.30 petang satu SMS lagi dihantar kepada keluarga pelajar.....SMS terakhir saya kepada keluarga masing-masing sejurus tiba di Sg Buloh ..........semua ini bagi membantu semua ibubapa sampai dahulu di tahfiz Ukay Bistari sebelum bas yang membawa anak-anak mereka tiba.....tetapi ini tidak berlaku
Saya tidak mengharapkan saya disambut kerana ini kerja harian saya...tetapi sebahagian pelajar berubah emosi dan wajah mereka sebaik tiba di Ukay Bistari....panjang leher merka mencari keluarga yang terpisah 40 hari...akhirnya.....keluarga mereka belum sampai.......sayu hati saya kerana saya cukup faham perasaan mereka....
Kalau boleh saya minta maaf kepada pelajar...saya akan buat tetapi saya tak mampu...saya cuma berjanji pada diri saya akan datang jangan jadi seperti ini....saya akan baiki kelemahan saya hingga menyebabkan ibubapa lambat sampai ...mungkin SMS tak cukup kerap atau mungkin ibubapa memang tak dapat elakkan kelewatan ini.....wallahua'lam.
Kepada yang sampai Ukay Bistari sebelum bas sampai saya ucapkan terima kasih.....sempurna hari khatam anak anda..
Apapun kita tunggu 17/1/2010........setelah dipilih oleh ALLAH duduk daam suasana ibadat adakah mereka terus mendapatnya atau sebaliknya...saya mendoakan apa pun keputusannya biarlah di tempat yang baik sekalipun tidak di Al-Kholidi...
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...

الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي


Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari



Makan tengahari di Tapah
Sedapke Abu Deen...hingga jilat jari




Handphone dah habis bateri

Sebelum bertolak











































1 comment:

  1. Salam. Sedihnya baca tulisan Ustaz. Ustaz, sebenarnya beberapa keluarga dah mula bertolak ke Ukay Bistari menanti anak masing2. Terutama Encik Azlan. Ana sentiasa mendapat sms dari Encik Azlan. Ana pun dah bersiap2 sebelum jam 3 lagi. Sejurus lepas siap lebih kurang jam 3 lebih dapat SMS ustaz, kata di R & R tapah. memandangkan perjalanan ke Ukay Bistari dalam masa 15 minit aje dari rumah, ana tunggu SMS kedua, yang ustaz janji 4.30. Saat tu, suami ana dah bersiap ke Masjid. Beliau bertolak aje ke Masjid,SMS ustaz kata di tol Jalan Duta. Cubalah ustaz bayangkan, hati ibu mana yang tak sedih, walau pun ingin sampai awal di sana. Namun Ibu juga akur Panggilan Allah, Azan berkumandang, akur lagi bila pandangan suami, bahawa hari Ahad, jalan jem, maka aula solat asar di Qariah dan sempat sampai sebelum bas anak-anak sampai ke Ukay Bistari. Namun, anggapan tersebut meleset, bila Encik Lan bagi tahu bas dah sampai dulu. Sedih Ustaz, namun itulah yang termampu kami lakukan. Ana, gitu juga ibubapa yang lain. Yang sampai suami2 pergi solat jemaah dulu di Masjid berhampiran. Lebih2 suami ana, akan utamakan solat jemaah di awal waktu di Masjid. Sejak beliau VSS 2006 beliau tak pernah tinggal 1 solat Jemaah di masjid melainkan sekali dua atas perkara yang betul2 tidak dapat dielakkan.
    Bertembung dengan masa ini lah, menyebabkan kami tidak berada disaat bas sampai. Apapun, kami sangat bersyukur atas segala usaha yang Ustaz lakukan. Namun, kita merancang, perancangan Allah yang lebih baik.
    Tiada satu usaha ustaz yang dikira salah. Kami ibu bapa tidak perlu dihormati sedemikian, bahkan lebih dari itu ustaz. Bimbingan yang Ustaz beri pada anak2 kami, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Anak ana sendiri, anak-anak angkat ana yang 4 orang tu, banyak berubah. yang baik bertambah baik. yang sederhana dah jadi baik amalan mereka.
    Bimbingan Ustaz sangat berjaya, jam 4.30 pagi anak dah bangun untuk bersahur. kemudian solat jemaah kat Masjid. Hati mana yang terharu Ustaz.
    Suka ana nyatakan... bimbingan ustaz-ustaz al-Kholidi sangat berjaya. Barakallah fikum.

    ReplyDelete