Hamba menulis dengan nama ALLAH yang PEMURAH lagi PENGASIH
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pujianbagi ALLAH dan Selawat serta Salam atas Nabi Muhammad S.A.W.
Labtop dah kena virus jadi lama tak dapat menulis . Inipun pakai pc dapat juga sampaikan berita walaupun tiada tulisan arab...asalkan msg sampai alhamdulillah.
Pertama masaalah cuti...yang paling dekat bermula Sabtu 27/2/2010 dan kembali semula 7/3/2010.....termasuk anak-anak saya mereka takdapat jumpa adik vberadik mereka yang hanya akan mula cuti sekolah pada 13/3/2010.....jadi cerita soal perasaan saya merasai apa yang para ibubapa rasa...inilah pengorbanan dan dalam membuat sesuatu keputusan saya cuba sedaya upaya bertindak atas kepentingan Al-Kholidi dan termasuk kepada dua orang anak saya yang kini berada di cawangan Kubang Jelai dan seorang lagi di cawangan Trengganu...harap semua bersabar kerana kami menyusun program suluk untuk mereka dan jadilah cuti sedemikian rupa tetapi insyaALLAH CUTI SEKOLAH bulan Jun Al-Kholidi akan bercuti sekali lagi dan saya yakin mereka dapat berkumpul dengan keluarga....maknanya soal cuti nibukan perkara berat...masih dibenarkan melawat dan telefon...bayangkan jika anak tuan puan di Mesir..!!!
Yang kedua pelajar batch pertama di Cawangan Pendang telah diberi satu insentif iaitu sesiapa yang berjaya menghafaz sekurang-kurang 8 Juzuk sehingga Februari 2010 maka mereka akan pulang cuti 27/2/2010 dengan menaiki kapalterbang...alhamdulillah 5 orang berjaya dan tiket telah pun dihantar kepada mereka...28/2/2010 iaitu hari ahad, kami akan tunggu mereka di LCCT...sambut sebagai wira.....walaupun tanpa pingat...tetapi mujahadah mereka itu kami raikan...Tahniah kepada 1) ANSORI BIN ISMAIL 2) MOHD AFIQ AIMAN BIN YUNUS 3) AHMAD IZZUDIN BIN ABDUL HAMID 4) MUHAMMAD AMMAR BIN MD DAUD 5) MOHD ROZAIDI BIN ASNGAT...
Yang ketiganya...malamni saya akan bertolak ke Kedah untukmembuat pemerhatian kerana selesai program 40 hari yang ke 3 ini kami akan membuat susun atur pelajar yang baru....terutama cawangan Ukay Bistari akan mengalami perubahan yang ketara kerana hanya mereka yang memenuhi kriteria yang kami gariskan akan ditempatkan di Ukay Bistari...sementara cawangan Kubang Jelai dan Kuantan dijangka tiada perubahan sementara Mak Inson dan Trengganu mungkin akan terlibat dalam susunatur yang baru....harapan saya ibubapa memberi kerjasama kerana susunatur baru ini penting bagi perkembangan positif pelajar...
yang Ke empatnya selepas ini saya bercadang untuk menaangguhkan sementara waktu pengambilan pelajar baru kerana hendak menumpukan kepada pembangunan pembelajaran dan prasarana kerana saya belum sempat melaksanakannya dengan penumpuan terpaksa diberi kepada pembukaan cawangan dan program Qolbun Salim...saya berharap kami dapat menyediakan satu tempat pelajaran yang terbaik di semua cawangan...jadi kepada yang ingin mendaftar terpaksa bersabar...boleh terus mendaftar dan kami akan panggil bila sampai waktunya insyaALLAH.
Akhirnya mari kita sama sama terus berusaha dan berdoa agar 140 orang pelajar AL-KHOLIDI di 5 cawangan akan terus mendapat pertolongan ALLAH dan kita yang terlibat dalam menjayakannya pastilah perlu kuatkan semangat dan memberi kepercayaan kepada kami untuk mentadbir
Wassalam
kAlAu SeMaLaM AkU mAtI
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari
No comments:
Post a Comment