Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Sunday, February 28, 2010

Program Maulid Di Al Kholidi Kubang Jelai

Assalamualaikum,
Segala puji bagi ALLAH dan Selawat serta Salam atas Junjungan Besar nabi Muhammad S.A.W.
Jumaat 12 RabiulAwal umat Islam mengingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W dan Al-Kholidi menyambutnya secara sederhana dengan mengadakan majlis Qasidah, Berzanzi,Ceramah Maulid dan jamuan dengan menyembelih seekor lembu atas sumbangan seorang hamba ALLAH.
Dalam masa yang sama pada hari tersebut genap 40 hari peserta Program Qolbun Salim ke-3 , jadi diadakan sekali majlis khatam 40 hari dan kali ini setiap pelajar mendapat cenderahati...begitulah keadaannya di al-Kholidi.....kami cuba membuat pembaharuan agar semuanya menjadi lebih baik hari ke hari...mudah-mudahan ALLAH menyempurnakannya...
Guru-guru juga mendapat cenderahati dan juga 5 orang pelajar yang berjaya mencecah 8 Juzuk turut mendapat hadiah selain daripada balik cuti dengan menaiki pesawat airasia...Tahniah terutama Adik Ansori yang berjaya menghafaz 14 Juzuk sejak mendaftar di Al-Kholidi pada 14/12/2008.........alhamdulillah....
Bermula daripada petang Jumaat hingga malamnya dalam 10.30 malam gambar-gambar di bawah mewakili penulisan saya....banyak yang tak dapat dimuatkan....apa yang ada kita tatap...mudah mudahan ia memberi manafaat..
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi......
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari


Amar Bin Daud ( 8 Juzuk )

Muhammad Afiq Aiman Bin Yunus ( 8 Juzuk )

Ahmad Izzuddin Bin Abdul Hamid ( 8 Juzuk )



Pelajar Qolbun Salim 3



Pelajar Qolbun Salim 3




Pelajar Qolbun Salim 3



Bacaan Qasidah

Bacaan Qasidah

Berzanzi
Memuji Rasulullah S.A.W

Ceramah Maulid

Cenderahati untuk Penasihat Al-Kholidi
( Tn Guru Hj Sanusi Bin Hj Salleh )

Guru Al-Kholidi
( Ustaz Huzaifah )

Guru Al-Kholidi
( Ustaz M.Rafiq )

Wednesday, February 17, 2010

Paya Mak Inson

Hamba menulis dengan nama ALLAH yang pemurah lagi pengasih.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan selawat serta salam atas Nabi Muhammad S.A.W. , utusan akhir zaman.
Jumaat malam Sabtu bersamaan 12/2/2010 lebih kurang 11.30 malam saya bertolak ke Kedah, daripada Rawang perjalanan cukup perlahan kerana cuti umum ramai menggunakan lebuhraya dan 7.30 pagi hari Sabtu 13/2/2010 saya tiba di Cawangan Kubang Jelai. Setelah mengadakan perbincangan dengan Tn Guru Hj Sanusi tengaharinya saya bertolak ke cawangan Kg Paya Mak Inson....gembira bertemu pelajar...macam-macam cerita.
Pertama mesin basuh dah rosak, baju dah dua hari tidak bercuci...lalu saya segera ke pekan Pendang membeli mesin basuh yang baru berharga RM680.00 kerana untuk perbaiki memakan masa disebabkan cuti umum dan basuhan yang tertunggak selama dua hari saya kumpulkan dan hantar ke kedai dobi..........tujuan saya menceritakan hal ini sebagai satu renungan kepada semua bahawa tiada masaalah yang kami anggap kecil dan cuba sedaya upaya menyelesaikannya.
Kedua : Tiga orang pelajar tiada di asrama kerana seorang diambil oleh keluarganya pada hari Jumaat dan dua lagi pelajar mengikut pelajar tersebut .....saya mnenelefon bapanya...alasan yang diberi anak dia kata boleh balik.......inilah sikap.....saya telah memaklumkankepada semua ibubapa, pelajar boleh dibawa keluar pagi Jumaat pertama sahaja setiap bulan dan wajib kembali semula ke asrama sebelum magrib hari yang sama untuk membeli keperluan pelajar tetapi ramai ibubapa membuat kami menjadi serba salah kerana tiba-tiba muncul pada hari yang tidak dibenarkan melawat lalu minta bawa keluar anak....mari kita ubah sikap ini kerana kita telah rangka cuti dan bagi peluang untuk kemai menjalankan segala program dengan lancar ...
Ketiga : Biskut.......dikirim tanda sayang kepada anak...kesannya....pelajar tak berhenti makan....berebut sana curi sini....ponteng puasa.....yang paling tak tahan sedih tengok muka anak yatim dan pelajar miskin atau pelajar yang ibubapanya tak dapat kirim biskut....penyelesaiannya saya akan kembali kepada program asal...tiada kiriman biskut dan lain-lain......sekiranya ada...semua makanan tersebut akan dihantar kedapur dan dikendurikan pada waktu minum malam....maaf...saya terpaksa lakukannya.
Keempat...saya interview pelajar dalam mencari calon yang sesuai untuk ditempatkan di al-kholidi Ukay Bistari dan Kuantan...senarai pendek telah ada di tangan saya dan akan dimaklumkan secara rasmi pada 27/2/2010.Ibubapa boleh menelefon saya untukmendapat penjelasan tentang kedudukan anak mereka sebaik sahaja mendapat surat dari kami...
Saya berhenti dulu menulis ...nak baca kitab untuk pelajar di ukay bistari....
Wassalam,
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...
Ustaz YunusBinKamaruddin
Ukay Bistari





PELAJAR PROGRAM 40 HARI KALI YANG KE 3


KERJA UBAH SUAI CAWANGAN MAK INSON



Friday, February 12, 2010

PerkembanganTerkini

Hamba menulis dengan nama ALLAH yang PEMURAH lagi PENGASIH
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pujianbagi ALLAH dan Selawat serta Salam atas Nabi Muhammad S.A.W.
Labtop dah kena virus jadi lama tak dapat menulis . Inipun pakai pc dapat juga sampaikan berita walaupun tiada tulisan arab...asalkan msg sampai alhamdulillah.
Pertama masaalah cuti...yang paling dekat bermula Sabtu 27/2/2010 dan kembali semula 7/3/2010.....termasuk anak-anak saya mereka takdapat jumpa adik vberadik mereka yang hanya akan mula cuti sekolah pada 13/3/2010.....jadi cerita soal perasaan saya merasai apa yang para ibubapa rasa...inilah pengorbanan dan dalam membuat sesuatu keputusan saya cuba sedaya upaya bertindak atas kepentingan Al-Kholidi dan termasuk kepada dua orang anak saya yang kini berada di cawangan Kubang Jelai dan seorang lagi di cawangan Trengganu...harap semua bersabar kerana kami menyusun program suluk untuk mereka dan jadilah cuti sedemikian rupa tetapi insyaALLAH CUTI SEKOLAH bulan Jun Al-Kholidi akan bercuti sekali lagi dan saya yakin mereka dapat berkumpul dengan keluarga....maknanya soal cuti nibukan perkara berat...masih dibenarkan melawat dan telefon...bayangkan jika anak tuan puan di Mesir..!!!
Yang kedua pelajar batch pertama di Cawangan Pendang telah diberi satu insentif iaitu sesiapa yang berjaya menghafaz sekurang-kurang 8 Juzuk sehingga Februari 2010 maka mereka akan pulang cuti 27/2/2010 dengan menaiki kapalterbang...alhamdulillah 5 orang berjaya dan tiket telah pun dihantar kepada mereka...28/2/2010 iaitu hari ahad, kami akan tunggu mereka di LCCT...sambut sebagai wira.....walaupun tanpa pingat...tetapi mujahadah mereka itu kami raikan...Tahniah kepada 1) ANSORI BIN ISMAIL 2) MOHD AFIQ AIMAN BIN YUNUS 3) AHMAD IZZUDIN BIN ABDUL HAMID 4) MUHAMMAD AMMAR BIN MD DAUD 5) MOHD ROZAIDI BIN ASNGAT...
Yang ketiganya...malamni saya akan bertolak ke Kedah untukmembuat pemerhatian kerana selesai program 40 hari yang ke 3 ini kami akan membuat susun atur pelajar yang baru....terutama cawangan Ukay Bistari akan mengalami perubahan yang ketara kerana hanya mereka yang memenuhi kriteria yang kami gariskan akan ditempatkan di Ukay Bistari...sementara cawangan Kubang Jelai dan Kuantan dijangka tiada perubahan sementara Mak Inson dan Trengganu mungkin akan terlibat dalam susunatur yang baru....harapan saya ibubapa memberi kerjasama kerana susunatur baru ini penting bagi perkembangan positif pelajar...
yang Ke empatnya selepas ini saya bercadang untuk menaangguhkan sementara waktu pengambilan pelajar baru kerana hendak menumpukan kepada pembangunan pembelajaran dan prasarana kerana saya belum sempat melaksanakannya dengan penumpuan terpaksa diberi kepada pembukaan cawangan dan program Qolbun Salim...saya berharap kami dapat menyediakan satu tempat pelajaran yang terbaik di semua cawangan...jadi kepada yang ingin mendaftar terpaksa bersabar...boleh terus mendaftar dan kami akan panggil bila sampai waktunya insyaALLAH.
Akhirnya mari kita sama sama terus berusaha dan berdoa agar 140 orang pelajar AL-KHOLIDI di 5 cawangan akan terus mendapat pertolongan ALLAH dan kita yang terlibat dalam menjayakannya pastilah perlu kuatkan semangat dan memberi kepercayaan kepada kami untuk mentadbir
Wassalam
kAlAu SeMaLaM AkU mAtI
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari