Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Wednesday, January 13, 2010

BERBEZA-BEZA PERJALANAN KITA

اسلام عليكم ورحمة الله
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulilah segala pujian bagi ALLAH yang memberi hidayah dan taufiq kepada hamba-hambaNYA yang terpilih.Selawat serta Salam ke atas sesempurna hamba iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah hari ini hari terakhir tempoh yang diberikan kepada pelajar yang baru selesai menjalani Program Qolbun Salim untuk mengesahkan samaada meneruskan pengajian di Al-Kholidi atau tidak dan sehingga saya menulis ini daripada 56 orang yang mengikuti program 2 orang mengesahkan untuk tidak meneruskan, 5 orang masih belum memberi apa-apa maklum balas dan selebihnya telah sah akan meneruskan pengajian di cawangan yang telah ditetapkan.
Kepada yang tidak meneruskan mari kita sama-sama berdoa agar ALLAH terus memelihara mereka walau tidak bersama kita dan saya berjanji pintu Al-Kholidi sentiasa terbuka untuk mereka.
Kepada yang masih belum memberi apa-apa jawapan...keputusan mesti dibuat dan banyakkan berdoa daripada terkena was-was syaitan yang sentiasa mahu menggagalkan setiap hamba ALLAH yang hendak membuat kebaikan.
Kepada yang memilih untuk bersama Al-Kholidi hendaklah sentiasa ingat....label orang agama penuh dengan ranjau.....hati kena kuat bergantung kepada ALLAH....kita sama-sama kena beramal agar rahmat ALLAH sentiasa dengan kita....yang tak suka kepada jalan ini lebih ramai daripada yang suka.....kerana itu selain daripada membaca al-quran amalan harian merupakan benteng kita daripada terhenti sekerat jalan......tahniah kerana dipilih oleh ALLAH...peluang seperti ini tak selalu datang....ketika ALLAH memberi ia menjadi satu amanah....setiap amanah akan ditanya....
Saya mendoakan akan lahir ramai penghafaz kitab ALLAH daripada sini dan seterusnya menjadi seorang ulama atau sekurang-kurangnya orang yang dapat membezakan siapa hamba dan siapa Khaliq ( Pencipta )......kerana.......akhir zaman manusia ramai yang menjadi hamba dunia maka agamanya cuma ada pada hari raya , nikah cerai dan lain-lain yang telah beradat ..........sebahagiannya tewas kepada nafsu lalu bergelumang dengan maksiat....syaitan pula merobek iman-iman yang lemah sehingga menggadaikan agama untuk sesuatu yang tidak kekal...sementara manusia-manusia yang disfatkan di dalam al-quran sebagai syaitan yang meragu-ragukan selalu mengacau pemikiran manusia yang hendak buat kebaikan hingga terbalik cara berfikir.....nak buat baik jadi takut orang kata.....buat jahat dikhalayak ramai tiada apa-apa asalkan hati baik katanya...masyaALLAH......Minta ALLAH lindungkan kita dari perkara seperti ini.
Wallahua'lam..
kAlau SeMaLaM aKu MaTi.....
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
Ukay Bistari

11 comments:

  1. اسلام عليكم ورحمة الله

    Bila di amati betapa suci hati seorang guru menginginkan kebaikan kepada anak-anak muridnya. Murid yang didik penuh keimanan dan akhlak yang mulia. Ibubapa yang 100% membuat penyerahan kepada Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan yang membulat, bahawa apabila anak diserahkan dibawah didikan agama oleh guru yang mursyid, maka hasilnya anda akan dapat pulangan 100% perubahan anak anda. Yakinlah.. dengan meletakan penyerahan kepada Allah bulat-bulat setelah ibubapa semua berusaha menghantar anak dibawah didikan agama, maka pastinya ibubapa sekelian telah melihat hasilnya.
    Hapuskan segala kebimbangan,keraguan,kerisauan yang membuat rasa tidak selesa didada. Ana dapat mengambarkan suasana pentarbiyahan tersebut, walaupun anak ana tidak sedikit pun melahirkan rasa tidak puas hati, melainkan memuji keseluruhan program tersebut. kalau dia hendak komen, dia akan komen dirinya yang tidak bersyukur. Umpama katanya, makan 4 kali sehari, makanan banyak, tapi kat sana rasa lapar aje.. kenapa yer ummi. Dengan senyum ana mengatakan, syukur ada makanan, ada lagi insan yang tidak dapat makan seperti kita.Kesusahan, mendidik kita jadi bertimbang rasa, kesusahan melahirkan ketabahan dalam hidup kita. Bila kita dapat hadapi kesusahan2 yang dididik ini, pastinya kita akan dapat menempuh kesusahan yang lebih hebat di depan kita. kalau yang kecil pun kita tidak dapat menempuhnya, apa lagi di depan sana penuh ranjau dan duri yang jauh lebih hebat ujiannya.
    Ana mampu berkata begini, kerana bagi ana, bersusah2 itu nikmat. Masa kecil ana, bersalut lumpur di sawah, untuk mendapat sesuap nasi, ana bermula dari menabur benih, menanam di sawah, merumput, menuai, membanting,menjemur dan menumbuk, baru dapat merasa nasi.
    Petang hari mengejar kambing, kerbau , ayam dan itik.
    Malam nya bersengkang mata membuat kuih untuk dijual. semua itu, membuat ana sangat tabah hari ini. Bermula gaji RM300.00 hingga lah ke tempat ini, sedikit ana tidak mengeluh susah. Ana tidak risau dengan hutang. kerana ana takut berhutang walau 10 sen. Salah satu penghilang ketenangan adalah hutang. Sebab itu kalau ana berhutang, biar siap2 tolak dalam slip gaji.
    Anak2 ana didik supaya jangan sekali mengambil hak orang. Biar orang ambik hak kita. kita tidak rugi. Bahkan berpahala.
    Inilah yang ingin ana ketengahkan, bahawa Tahfiz al-Kholidi, telah berjaya 100% mendidik segala perbuatan baik itu berpahala. ana terpegun, sejak anak ana balik, ana tak sempat sentuh kain baju, telah habis dibasuh, disidai dan diangkatnya. ana tak sempat ke sinki, telah habis pinggan dan periuk dibasuhnya. Belum sempat suruh dia dah start motor ke masjid.
    Memang pelik, sebab sebelum ini, dia buat setelah cakap. Tapi Alhamdulillah, kali ini dengan sendirinya dia melakukan dari hati dan jiwanya sendiri.
    Yang keluar dari mulutnya, Abi, Ustaz Azman dan ustaz2 yang lain sangat baik....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah serta Salam dan Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

    Semoga Pentadbiran Al-Kholidi & Guru-Gurunya sentiasa dibawah naungan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

    Mudah-mudahan apa yang kita hajati buat anak-anak yang dikasihi dipermudahkan segala urusan dan laluannya menuju titian "Siratul Mustaqim" dengan 30 Juzuk Al-Quran dan Sunnah penuh di hati dan dapat diamal, diajar dan diwarisi oleh generasi yang seterusnya.

    Anak yang Soleh itu adalah amal jariah yang berpanjangan buat Guru-Guru yang mendidiknya dan Ibubapa yang melahirkannya serta ahli keluarga yang sentiasa memberi galakan dan sokongan.

    Tahniah buat Al-Kholidi dalam usaha Fisabilillah dalam melahirkan anak-anak yang Soleh.

    Ya Allah……
    Rezekikan kami dengan keberkatan usia agar dapat kami perbanyakan Amalan dan Ibadah kami

    Masukkanlah kami kedalam golongan orang yang sentiasa mensyukuri ke atas nikmat-nikmat MU

    Jadikanlah kami orang yang sentiasa menyintai MU

    Jadikanlah kami orang yang sentiasa menyintai Kalam – Kalam suci MU

    Jadikanlah kami orang yang sentiasa menyintai RASULULLAH

    Jadikanlah kami orang yang sentiasa menyintai GURU-GURU kami

    Jadikanlah kami orang yang sentiasa menyintai kedua IBUBAPA kami

    Jadikanlah kami orang yang sentiasa menyintai KELUARAGA kami dan seluruh Umat Muslimin dan Muslimat.

    AMIN.........

    MK
    Alhamdulillah Naik Turun Nafas Ku masih Tidak Terhenti...........

    ReplyDelete
  3. kepada puan julia. tahniah kerana dapat anak sebegitu. tatkala saya membaca tulisan puan, saya mengalirkan air mata. saya amat tertarik dimana anak puan start motor ke masjid. alangkah beruntungnya kalau sewaktu saya kecik perangai saya sama dengan anak puan. malangnya saya da dewasa. 24 tahun. hidup bergelumang dengan dosa. jiwa terasa amat kosong. saya memang ingin menjadi mukmin yang soleh. tetapi saya tak dpt istiqamah. keinsafan saya hanya sekejap. selepas 2-3 hari saya kembali meninggalkan solat. saya sangat sedih dengan hidup saya. puan doakan saya agar Allah swt membuka hati saya, dikurniakan hidayah untuk selama-lamanya.

    ReplyDelete
  4. Subahanallah, Allahu akbar. MasyaAllah. Akhie Mr. Bang Miji, sungguh terharu ana membaca coretan saudara. Ana dapat gambarkan betapa bersih dan sucinya hati saudara mencari erti sebuah kebenaran dan ketaqwaan. Allah sebenarnya sayangkan saudara. Salah satunya apabila saudara membuka blog2 seperti ini. Ana amat yakin, saudara adalah seorang yang sangat ikhlas dan menjadi pilihan Allah untuk diberi hidayah dan petunjukNya. Mana mungkin sembarangan orang boleh membuka blog2 yang menyuluh agama ini. Bukan dapat dilakukan oleh semua orang.
    Mana mungkin semudah itu manusia mengakui dosa2 yang dilakukan. lebih2 depan orang banyak. tak semudah itu dapat dilakukan. kerana ramai yang hipokrit. mengaku baik mudah, tapi mengakui dosa sangat sukar dilakukan oleh mana2 mukalaf sekalipun.
    Itulah yang ana katakan, begitu juga yang Ustaz Yunus sering sebutkan, jika Allah berkehendakkan kebaikan kepada seseorang, maka akan dihidangkan dihadapannya jalan2 yang baik, seperti menuntut ilmu, mendengar ilmu dan kata2nya berkisar untuk mendapat ilmu. Syukurlah, saudara salah seorang daripadanya.
    Seperkara lagi saudara, Allah itu sangat pemurah dan sangat penyanyang. Percayalah, bagi seseorang yang bertaubat nasuha, dia bagai kapas putih yang tidak tinggal setitik dosa.
    Teruskan bertaubat setiap saat. Begitu juga mukmin yang lain, kerana kita tidak terlepas dari dosa. Ingatan untuk diri sendiri juga. Bila Allah dah benar2 menerima taubat kita, pasti kita tidak akan ulangi lagi dosa tersebut.
    Semoga kita menghadap Allah dalam keadaan hati yang tenang tenteram dan putih bersih.
    Moga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah. kerana masuknya seseorang dalam syurga bukan banyaknya amalan mereka. tetapi dengan rahmat Allah.
    Allahu yusalimukum.. Amin.

    ReplyDelete
  5. wahai puan julia. kata kat dari tulisan amat bermakna. bait bait perkataan yang ditulis oleh puan amat memberi makna dalam hati saya yang keras ini. sewaktu membaca tulisan puan, hadirnya keinsafan dalam diri sehingga mengalirkan air mata sekali lagi. sudah lama saya hidup dalam kegelapan. masih mencari cari sinar yang dapat menyinari hidup saya. selama ini hidup dalam tanpa cahaya, dalam kegelapan sentiasa meraba2x mencari jalan keluar. kadang2x sehingga saya menyalahkan takdir dengan redha kerana percaya ini semua adalah ketentuan qada & qadar saya hidup dalam kejahilan.saya ucapkan terima kasih kepada puan atas nasihat yang sungguh bermotivasi buat diri saya. terasa masih ada harapan untuk saya menemui sinar cahaya kehidupan.

    ReplyDelete
  6. Slm..Ana begitu terharu dan sedih dengan luahan hati yg iklas dari Mr Bang Miji....Alhamdulillah Semoga Allah beri hidayah dan rahmat pada Mr Bang...kalau ade ape2 masalah bole lah cerita kan kat blog ni..Insyallah..ape yg kami bole tolong...kami tolong..

    ReplyDelete
  7. Mr Bang Miji,Hanya mereka yang berhati lembut boleh mengalirkan airmata. Lebih2 Airmata yang takutkan Allah. Mr Bang Miji boleh rasakan tidak, bila saudara ikhlas mencari keredhaan Allah, dan mula melangkah mencari sinar hidayah, pastinya Mr Bang Miji dapat rasakan ada insan lain, yakni saudara islam yang lain merasa sangat perihatin. Malahan menawarkan bantuan sebagai seorang sahabat yang sedia berkongsi cerita, kasih sayang mungkin, seperti yang akhie Lanz di atas. Kami sama2 dapat rasakan keiklasan Mr Bang Miji. Akhie Lanz seorang yang sangat perihatin, siapa yang mendekatinya akan mendapat kasih sayangnya yang semata2 kerana Allah. Ana yakin,Mr Bang Miji dan Akhie Lanz dapat berkongsi masalah bersama. Sebagai yang lebih tua dari Mr Bang Miji, Akhie Lanz boleh membimbing Mr Bang Miji sedikit sebanyak.

    Mr Bang Miji, orang yang menyedari kejahilannya adalah orang yang bijak. Orang yang menyedari akan kesilapan dan dosanya, lantas dia menangis kerana takutkan Allah adalah orang yang mendapat petunjuk Allah.Pastinya Mr Bang Miji pernah melihat, orang melakukan dosa, tapi sangat bangga dengan perbuatannya.
    Menangislah sepuas hati, moga2 airmata itu menjadi pemadam api neraka Allah. Menangislah, moga dengan tangisan tersebut akan menghentikan dosa2 dan kejahilan yang sebelumnya. Ketahuilah..
    Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"

    Mereka adalah:
    Pemerintah yang adil
    Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
    Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
    Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
    Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
    Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
    Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
    [Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

    Mr Bang Miji,lepas ni, jangan tinggal solat lagi yer.. yang terlepas minta ampun dari Allah dan gantilah perlahan2 seperti tunai yang wajib 1 dan Qhada 1. Moga2 Allah menerimanya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. time kasih encik lanz dan puan julia. saya sangat terharu dengan keperihatinan saudara berdua dalam masalah saya. semua ini adalah sumber motivasi untuk diri saya terus berjuang ke arah menjadi hamba yang soleh yang taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. sangat bersyukur kerana Allah telah ketemukan kita dalam blog walaupun tidak pernah kenal antara satu sama lain tetapi dengan harapan membimbing saya ke arah kebaikan. sebenarnya saya amat memerlukan bimbingan ke arah kebaikan. untuk pengetahuan saudara berdua, antara tindakan yang saya ambil untuk mencari bimbingan adalah mengantar emel kepada ustaz2x untuk berkongsi masalah, mendengar nasihat dsb. namun tiada respon. mungkin mereka sibuk dan tak perasan dengan emel saya.

    keadaan memainkan peranan dlm hidup seseorng. dulu semasa di universiti,solat tak pernah tinggal. ini kerana persekitaran kwn2x yang solat. semenjak masuk ke alam pekerjaan ini, perbuatan tinggal solat adalah perkara biasa kerana selalu keluar bersama rakan2x dan tidak solat. pada peringkat awal saya pergi solat sorang2x. tapi lame kelamaan saya seperti kawan2x yang laen.

    saya berharap akan sentiasa keep in touch dengan puan julia dan encik lanz. dan kalo boleh puan julia jadi mak dan encik lanz sbg abng di dalam alam maya ini. dengan harapan ada pihak yang selalu memberi nasihat, petunjuk ke arah kebaikan.sekian terima kasih

    ReplyDelete
  9. Miji, sebagai saudara seislam kita pasti menyanyangi saudara islam yang lain. Itulah peranan kita sebagai hamba Allah. Kami bersedia menganggap Miji sebagai sebahagian dari keluarga kami.
    Miji, Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?
    Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang lebih mendekatkan kita kepada taqwa. Sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud,
    “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah: 119)
    Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta yakni mereka mempunyai sifat2 mahmudah (terpuji) dan terhindar dari sifat2 mazmumah (keji).
    “Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf: 67)
    Dalam al-Quran ada menyentuh, betapa menyesalnya kita di akhirat, jika tidak sempat bertaubat lantaran telah berkawan dengan kawan2 yang salah.
    “Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” (Surah al-Furqan: 28)
    Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
    “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
    Paling tidak sekalipun, bila berkawan dengan tukang besi, akan terkena percikan apinya. Begitu lah sebaliknya berkawan dengan sipenjual minyak wangi.
    Tuntasnya, kawan banyak mempengaruhi tingkah laku kita. Jadi berkawanlah dengan mereka2 yang banyak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana kita akan bertemu Allah. Pasti. Kita tidak membawa harta atau apa jua, melainkan amalan kita di dunia. Bila berkawan dengan ilmuan agama, insyaAllah, kita mendapat tempias keberkatannya. Banyakkan masa ke Masjid. Tiap kali kita dapat mendengar tazkirah, hati kita akan tenang. Kerana Quran juga menyebut bermaksud,
    (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [TMQ:13:28]

    ReplyDelete
  10. اسلام عليكم ورحمة الله

    KHAS UNTUK MR BANG MIJI

    Miji, boleh memanggil ana dengan "ummi". dan hubungi ummi di e mel juliayacub@yahoo.com atau juliay@mara.gov.my untuk mendapatkan nombor telefon ummi dan abg Lanz Hamid.

    Ummi pun nak mempertemukan Miji dengan anak sulung Ummi Abdul Hadi. Jika tidak keberatan, datang di Masjid Sungai Tua, setiap hari Ahad Jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tghari untuk sama2 mendengar kuliah dhuha dalam bab usuluddin. InsyaAllah, kami ada di sana.

    Miji boleh berkawan rapat dengan Abdul Hadi dan abg Lanz Hamid. Mungkin jika abg Lanz Miji, terbaca ini, jemput sekali mendengar kuliah tersebut yang diadakan setiap hari Ahad di sana.

    Allahu yusalimukum.

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULILLAH.............

    Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

    Huraian
    1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.
    2. Orang yang sentiasa ... See Moreberistighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.
    3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

    Cara-cara melakukan taubat nashuha : 1. Meninggalkan kemaksiataan yang dilakukannya. 2. Menyesali perbuatannya. 3. Bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi selama-lamanya. 4. Jika terkait dengan hak-hak orang lain maka hendaklah ia mengembalikannya kepada yang memilikinya. Wallahu A’lam

    i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
    ii) Sesungguhnya ... See Moresembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
    iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

    Syukur Alhamdulillah..ana terima saudara miji sebagai adik angkat dengan hati yg terbuka. macam mana ana bole hubungi saudara dan temujanji untuk jumpa. bole kita berkenal-kenal dulu.


    saudara bole lah tgk kat website blog ana. www.lanzberkat.blogspot.com
    atau add ana kat facebook lanz hamid.

    ReplyDelete