Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun

PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI

Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234

Saturday, January 9, 2010

Al-Kholidi 1

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulilah, Selawat serta Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang sebaik-baik akhlaknya.
Sebentar lagi saya akan berangkat ke Kedah bagi sama-sama meraikan pelajar yang akan menamatkan langkah pertama di Al-Kholidi iaitu 'Program Qolbun Salim' selama 40 hari.Saya dapat gambarkan keriangan mereka seolah-olah mereka tak pernah susah selama 40 hari ini.Katanya Tuan Guru Haji Sanusi Bin Haji Salleh akan menyembelih seekor lembu bagi majlis ini dan jazakallah kepada semua yang menyumbang...setiap kali kami hendak melaksanakan program....ramai hamba ALLAH yang menghulurkan bantuan...inilah perjuangan.
Ahad ini ibubapa akan mendapat surat mengandungi surat pengesahan cawangan mana anak mereka akan meneruskan pengajian...satu stage yang sangat sukar bagi saya tetapi setelah mengambil kira segala sudut , itulah keputusannya.
40 hari berprogram maka saya akan serahkan pelajar kepada keluarga masing-masing sebelum mereka akan kembali semula pada 17/1/2010.....saya akan berdiam diri kecuali ditanya....saya juga menanti keputusan...sambung atau cukup 40 hari.....ALLAH lebih mengetahui..kami cuba yang terbaik......keputusan di tangan ibubapa cuma...... berapa yang tinggal kerja-kerja mendidik insyaALLAH tetap akan diteruskan.
Kepada ibubapa selamat bertemu kembali dengan anak-anak....pahit itu asam garam penuntut ilmu...tiada seorang ulama yang terhasil tanpa mujahadah....
Sementara kita masih menguasai anak-anak buatlah keputusan untuk mereka walau terpaksa berpisah sementara ...terpaksa menanggung rasa...namun tak sama jika dibandingkan memiliki anak yang soleh...satu soalan ?...andai Dr Haron Din itu anak tuan/puan.....apa perasaan anda..
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi...
الهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
Ustaz Yunus Bin kamaruddin
Ukay Bistari, Ampang

1 comment:

  1. Alaikumussalam.
    Soalan ustaz sangat menyentuh jiwa. Ana yakin semua ibubapa inginkan anak soleh seperti itu ustaz.
    Terima kasih atas bimbingan Al-Kholidi atas anak-anak yakni pelajar tahfiz ini semuanya. Semoga pelajar Tahfiz balik dengan semangat dan ilmu yang sangat bermakna untuk dunia maupun akhirat.
    Ibubapa juga diharap istiqamah memberi sokongan dan dorongan pada anak-anak bagi mempastikan mereka terus ditarbiyah dengan pendidikan yang benar di sisi Allah s.w.t.
    Suatu hari akan bergema bacaan al-Quran dari anak-anak kita semua.
    Moga akan lahirnya seramai mungkin ulama' mengatasi mereka yang ingkar mengikut jalan benar yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

    Moga Allah memberkati bumi dengan keberkatan mereka-mereka yang mempelajari, menghafaz dan megamalkan jalan hidup sebagai seorang Hafiz.

    Selamat pulang anak-anak Tahfiz Al-Kholidi, Istiqamahlah dalam mengamalkan apa yang ditarbiyahi selama 40 hari ini.
    الله معكم

    ReplyDelete