Kata imam al ghazali..
HAKUKAT UBUDIAH ITU MENGANDUNGI 3 PERKARA :
Pertama : Menjaga hukum hakam syariat.
Kedua : Redha dengan qada' dan qadar dan pembahagian ALLAH Taala.
Ketiga : Bahawa engkau mencari keredhaan ALLAH Taala walaupun engkau terpaksa meninggalkan keredhaan dirimu sendiri.
(petikan Ayyuhai Walad)
KaLaU sEmALaM aKu MaTi
Tambahkan Saham Akhirat Kita Dengan Menyumbang Ke Akaun
PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI
Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234
PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI
Maybank ; 5622 - 0961 - 4495
Bank Islam : 1211 - 3010 - 04 - 1234
Thursday, December 15, 2011
Wednesday, November 9, 2011
musafirku
dalam musafirku satu tempat kesatu tempat diatas nukabumi ALLAH, ada suka dan duka MAKA aku terfikir musafirku ke alam barzah, ada dua pilihan sahaja suka maka akan suka berpanjangan dan duka Maka duka berpanjangan, mohon perlindungan ALLAH dari kedulkaan ini
Wassalam
Jakarta
Wassalam
Jakarta
Saturday, August 13, 2011
Hidup dan Mati
Assalamualaikum,
" HIDUP SETELAH MATI LEBIH DIGERUNI BERBANDING MATI SETELAH HIDUP "
Kita yang melalui kehidupan di di dunia sekarang berbeza beza skripnya... Susah senang , sakit sihat, suka duka salingbsilih berganti..ada yang kesempitan rezeki dan ada yang melimpah ruah nikmat harta, ada yang terpaksa duduk di bawah arahan dan ada yang menjadi pengarah, ada yang sentiasa sihat an ada yang disahkan doktor penyakitnya tiada harapan sembuh....begitulah kehidupan kita...
Tetapi segala yang di atas hanya setakat sakratulmaut...apabila mmmmmaaaaaauuuuuutttttt tiba....pesakit kanser hilang penyakitnya , orang yang tiada pangkat dan hanya menunggu arahan semasa hidup tiada lagi yang perlu lagi mengikut arahan manusia , yang berharta menjelang sakratul maut dipaksa berpisah selama lamanya dengan habuan dunia tersebut, yang tiada harta tiada peduli lagi tentang kemiskinan kerana diproses perpindahan tempat diambangbsakratul maut...
maka apa yang kita cari sebenarnya...
kita memcari kedamaian hidup setelah dimatikan iaitu aman damai di alam barzakh hingga bertemu ALLAH,...orang yang pernah sakit ketika hidup di dunia atau orang yang pernah kaya atau orang yang hanya menerima arahan manusia....akan mendapat kedamaian apabila berhati hati dengan hidup sebelum mati....dan binasalah orang yang melupakan hidup sesudah mati..
Fikirkanlah sahabat sahabat....rendahkan diri kita dihadapan ALLAH samaada kita di pigak miskin atau kaya, sihat ataun sakit diperintah atau memerintah...semua akan transit ditempat yang sama....ALAM BARZAKH
Wallahu'lam
KaLaU sEmAlAm AkU mAtI
ulu Yam Bharu
" HIDUP SETELAH MATI LEBIH DIGERUNI BERBANDING MATI SETELAH HIDUP "
Kita yang melalui kehidupan di di dunia sekarang berbeza beza skripnya... Susah senang , sakit sihat, suka duka salingbsilih berganti..ada yang kesempitan rezeki dan ada yang melimpah ruah nikmat harta, ada yang terpaksa duduk di bawah arahan dan ada yang menjadi pengarah, ada yang sentiasa sihat an ada yang disahkan doktor penyakitnya tiada harapan sembuh....begitulah kehidupan kita...
Tetapi segala yang di atas hanya setakat sakratulmaut...apabila mmmmmaaaaaauuuuuutttttt tiba....pesakit kanser hilang penyakitnya , orang yang tiada pangkat dan hanya menunggu arahan semasa hidup tiada lagi yang perlu lagi mengikut arahan manusia , yang berharta menjelang sakratul maut dipaksa berpisah selama lamanya dengan habuan dunia tersebut, yang tiada harta tiada peduli lagi tentang kemiskinan kerana diproses perpindahan tempat diambangbsakratul maut...
maka apa yang kita cari sebenarnya...
kita memcari kedamaian hidup setelah dimatikan iaitu aman damai di alam barzakh hingga bertemu ALLAH,...orang yang pernah sakit ketika hidup di dunia atau orang yang pernah kaya atau orang yang hanya menerima arahan manusia....akan mendapat kedamaian apabila berhati hati dengan hidup sebelum mati....dan binasalah orang yang melupakan hidup sesudah mati..
Fikirkanlah sahabat sahabat....rendahkan diri kita dihadapan ALLAH samaada kita di pigak miskin atau kaya, sihat ataun sakit diperintah atau memerintah...semua akan transit ditempat yang sama....ALAM BARZAKH
Wallahu'lam
KaLaU sEmAlAm AkU mAtI
ulu Yam Bharu
Wednesday, August 3, 2011
Tuesday, August 2, 2011
AKTIVITI AL KHOLIDI
Majlis AQIQAH untuk anak- anak Saudara Saiful yang disempurnakan oleh Tn Guru haji Sanusi Bin Hj Salleh Pada Jumaat 29/7/2011di Al kholidi.
bas Rapid KL sewa Khas masuk ke al Kholidi bagi membawa pelajar ke majlis khatam bacaan 30 Juzuk serta qiamulail di Kg melayu Subang Tambahan ( berhampiran Subang Airport )
Pelajar tiba di Kg Melayu Subang Tambahan lebihkurang jam 6.30 petang
Inilah surau Malikus Soleh , Kg melayu Subang Tambahan . hasil dari gotong royong penduduk kampung dan menggunakan seberapa banyak bahan binaan yang sedia ada dan second hand,sekarang surau sudah boleh digunakan dengan kos sekitar RM340,000.00 dan masih meneruskan fasa keduanya. Contoh pemuafakatan yang sangat baik.
Pelajar yang terlibat dengan program bergambar di hadapan surau malikus Soleh
Pembinaan rumah mudir beberapa bulan lepas
Hampir siap dibina
Asrama pelajar serta Kantin...JazakALLAH kheir kepada semua yang membantu...semoga diberkati ALLAH
1/8/2011..bersamaan 1 Ramadhan...majlis tahil dan khtam bacaan 30 Juzuk untuk mereka yang telah meninggalkan kita...tanda satu ingatan dan mudah mudahan sampai pahalanya kepada mereka....
Majlis selepas asar ini akan diadakan setiap hari sehingga cuti idulfitri dan dipimpin oleh Ustaz Mukhlis
Al kholidi seterusnya akan memulakan pembinaan sebuah masjid dua tingkat bersebelahan bangunan kantin..sama sama kita membantu mendirikan rumah ALLAH ini......gunakan peluang yang ada untuk mencari bekal akhirat
.
Wassalam
kAlAu SeMaLaM AkU mAtI....
Tuesday, July 26, 2011
HIKAM
Berkata Syaikh Ibnu Atho'illah...
" Sengaja ALLAH menjadikan syaitan sebagai musuhmu supaya engkau jemu pada syaitan dan berlindung kepada ALLAH....
demikian pula ALLAH tetap menggerakkan nafsumu supaya engkau tetap selalu menghadap kepada ALLAH untuk melawan hawa nafsu " ( Kalam 249 )
ALLAH berfirman yang bermaksud :
" Sesungguhnya syaitan tidak berdaya terhadap orang yang betul-betul beriman dan kepada TUHAN mereka berserah diri dan bertawakkal kepada ALLAH " ( Annahl :99 )
WALLAHUA'LAM
kAlAu SeMaLAm AkU mATI
Monday, July 18, 2011
PENAMBAH BAIKkAN
Assalamualaikum
Ketika menulis di ruangan blog ni saya bersama Sdr Haziq sedang berada di cybercafe bagi membuat penambahbaikkan kepada blog saya....mudah mudahan lebih memberi manafaat.
Ramai yang meminta jadual saya maka di bawah ada tersenarai siri kuliah bulanan saya...boleh click untuk dapatkan perincian, cuma belum lengkap sepenuhnya...ni pun curi masa lepas kuliah muslimat berakhir jam 4 ptg..solat asar kemudian terus ke cybercafe...kejap lagi nak kuliah di Surau An Naim pula..
Lain-lain kita akan paparkan di blog ini...terimakasih kepada yang memberi sokongan...tujuan kita satu...mencari redha ALLAH.
Wassalam
KaLaU sEmAlAm AkU MaTi....
Wednesday, May 18, 2011
Saturday, May 14, 2011
Tuesday, May 10, 2011
PERANCANGAN AL KHOLIDI
Sama sama kita semua berdoa agar ALLAH mempermudahkan segala yang dirancang dalam memartabatkan Islam di atas mukabumi .
Sedang Mengumpul Dana RM550,000.00 bagi membina surau dua tingkat ini.Wakaf Tuan Puan boleh disalurkan ke :
Akaun : PUSAT TAHFIZ AL KHOLIDI
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Akaun No : 1211-3010-04-1234
Al Kholidi membeli seekar tanah lagi menjadikannya 3 ekar dan bangunan hotel antara yang dirancang selepas siap surau serta sedang membuka lot-lot atas tanah satu ekar untuk sesiapa yang berminat tinggal di sini setelah dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh al kholidi.
Rumah tetamu masih dalam perancangan
Rumah Kakitangan Kelamin ( Dalam Perancangan )
Mari kita menunaikan tanggungjawab kita dalam jihad ini kerana masa tidak menunggu kita..sikit atau banyak jangan difikir...tindakan segera itulah yang akan menyelamatkan kita semua ....laburkan...laburkan...laburkan kepada jalan ALLAH
Wassalam
ustaz yunus bin kamaruddin
mudir al kholidi
Wednesday, March 9, 2011
Selayang Pandang
ASSALAMU'ALAIKUM
Menunggu Waktu berbuka.....isnin dan Khamis wajib puasa sunat....ada yang nak dapat pahala puasa tanpa berpuasa....sedekahlah kurma
Waktu riadhah...sedang usahakan ' wembeli kholidi'...cari rumput...cari rumput
Sewa bas RM100.00 setiap Jumaat
Setiap langkah..mudah mudahan menghasilkan pahala...jalan sikit kerana bas belum berani masuk dalam..akan datang jika jalan dapat dibaikkan.. insyaALLAH.......
Tn Hj Azhari....."Tukarkan wang anda kepada Emas".....$$$$$$$$$$$$
Yang hadir tengah kusyuk dengar yang untung-untung....mari melabur...
Thursday, March 3, 2011
Suasana Al Kholidi
ASSALAMU'ALAIKUM
Bangunan Asrama : Kapasiti 48 pelajar
Kantin Di jangka siap hujung Mac 2011
Latihan Kompang
En Suryani dgn anaknya ...menunjuk cara
Waktu pengajian
Sebahagian dari pelajar
Inilah hasil setakat ini daripada sumber umat islam yang menyumbangkan dana...teruskan membantu..semoga ia menjadi amal jariah..
Seterusnya Al kholidi akan membina Rumah Mudir dan Surau...sama-sama berdoa dan berusaha..
Wassalam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi
Ustaz Yunus Bin Kamaruddin
batang kali
Monday, February 21, 2011
MUTIARA IMAM AS SYAFI'I
Assalamualaikum..
Dalam sebuah syair Imam as Syafi'i.....
'' MUDAH MUDAHAN ANJING DAPAT BESAHABAT DENGANKU , KERANA BAGIKU DUNIA INI SUDAH HAMPA DARI MANUSIA...
SEHINA- HINA ANJING , IA MASIH DAPAT MENUNJUKKAN JALAN UNTUK MAJIKANNYA YANG TERSESAT , TIDAK SEPERTI MANUSIA-MANUSIA JAHAT YANG SELAMANYA TAK AKAN MEMBERI PETUNJUK...
SELAMATKAN DIRIMU , JAGA LIDAHMU BAIK-BAIK , TENTU KAMU AKAN BAHAGIA WALAUPUN KAMU TERPAKSA HIDUP SENDIRI '
Wallahu'alam
kAlAu SeMaLaM aKu MaTi..
Friday, February 18, 2011
Antara Faedah Bersalaman
Assalamualaikum.
Petikan dari Kitab Muhimmah karangan Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani :
( Dan telah ) mengeluarkan oleh Ibnu 'Ali dan Rafi'i daripada Abi Sa'id "
" Bahawa sesungguhnya lelaki apabila memandang ia kepada isterinya dan memandang pula isterinya kepadanya , nescaya menilik ALLAH Ta'ala kepada keduanya akan sebagai tilik rahmat , maka apabila mengambil ia akan tangan , nescaya gugurlah segala dosa keduanya pada sebilang-bilang segala anak jarinya "
Kepada suami isteri ..rajin rajinlah bersalaman antara keduanya agar mendapat pengampunan.
Wassalam
KaLAu SeMaLaM aKu MaTi....
Monday, February 7, 2011
Tiada Upaya
Assalamu'alaikum
Mohon maaf, lama tak menulis...inilah yang dikatakan TIADA UPAYA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH.....
RabiulAwal sekarang....bulan kelahiran Nabi Muhammad Shallallau'alaihiwassallam.....sama sama kita memperbanyakkan selawat keatas baginda......jangan lagi kita berhabisan menyambut hari kelahiran kita atau anak beranak kita tetapi 12 RabiulAwal langsung tiada terdetik di hati untuk mengingatinya....siapa kita untuk sombong dengan kekasih ALLAH...
Hadiah paling afdal buat Baginda Shallallau'alaiiwassalam ialah memperbanyakkan selawat.
WALLAHU'ALAM
Subscribe to:
Posts (Atom)